Nasi Kerabu Kelantan Lagi Tak Pernah Jemu

Nasi Kerabu Kelantan Lagi Tak Pernah Jemu


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua.
Semoga sihat-sihat sejahtera hendak nya.
Nasi kerabu ni dah buat dua tiga hari lepas, tapi tak sempat nak update
Jadi hari ni lah agak santai sikit boleh  dikongsi .
Sebenarnya bulan lepas kalau tak salah dah buat nasi kerabu ni tapi takde kepok lekor.
Baru ni ada kawan dari Malaysia balik dan sedekahkan keropok lekor.
Jadi memang sedap lah makan dengan nasi kerabu, bahan semua dah ada jadi goheadlah.
Bunga telang pun banyak kat luar rumah.



Nasi
Masak nasi seperti biasa. Blend bunga telang dan tapis kacau kacau bagi rata warnanya,  Kak Noor letakkan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 




Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula


Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.





Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 


Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 


Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Keropok atau keropok lekor
Atau apa apa jer yang disukai





Belek-belek album lama terjumpa gambar ni, masa kaknoor di kampong di Kedah, adalah dalam 3-4 tahun lepas kot masa anak sedara kaknoor kawin. Memang disini lah tempat kaknoor di lahirkan, rindu nya dengan pemandangan sawah padi ni..:(


16 comments:

  1. sedapnyer kak nor... mmg xleh tgk nasi kerabu terus lapar nie... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul shiela kaknoor pun selalu dok tengok dlm fb kenkawan dok buat jadi selalu teringin nak makan nasi kerabu ni, macam seminggu sekali pulak buat nya haha, nak beli disini mmg tkdeeee

      Delete
  2. macam2 warna ada kan kak...makan tak ingat orang belakang ni :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tk ingat orang belakang yan, orang belakang tak sempat nak makan lagi ni hahahaha

      Delete
  3. Kak zai baru aje pekena nasi kerabu masa pergi Tasik Kenyir tempohari. Sedap hingga menjilat jari.

    Noor punya lagilah sedap homemade gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kakzai nasi kerabu bila2 saja pun ok je kan, pagi petang malam, maybe sbb ada sambal yg power tu kot menambahkan kelazatan nasi kerabu ni

      Delete
  4. sedap2..kalah orang kelate ni hehehe..kalau dekat Wan dah tak nak masak hari ni....makan rumah k noor je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu lah orang kelate nak singgah makan sini, sbb yg buat ni pun bukannya orang kelate sekadar ikut2 je resepi orang kelate, tapi alhamduillah feedback kawan2 yg pernah makan tk menghampakan hehee bila cikwan nak kesini boleh kaknoor buatkan nasi kerabu ni

      Delete
  5. Halo Kak Noor, waah nasi kerabunya mantap! Saya pengen cuba juga, bunga telang lagi banyak berbunga di rumah. Minta ijin contek resepnya yaa, pasti akan saya cantumkan sumbernya. Sedap! Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai endang, tkda masaalah silakan ngontek resep nya kaknoor udah ijin kok hehe..
      nanti cantumkan sumbernya ya biar kaknoor liht hasil nasi kerabu Endang

      Delete
  6. sedapnya nasi kerabu.. lama betul tak makan.. tengok nih buat nak cari nasi kerabu..

    ReplyDelete
  7. nak tggu jd jiran knoor,mcm mission impossible..kna doa hari2 supaya sy rajin & terer masak mcm knoor ni haha

    ReplyDelete
  8. Teringinnya nak rasa nasi kerabu Kak Noor ni.

    ReplyDelete
  9. Kalau saya ada pintu Doraemon, ke Brunei jugak saya sekarang!

    ReplyDelete
  10. tu..nasi kerabu kak noor mmg terbaik! org kedah rupanya kak noor ni

    ReplyDelete
  11. suka mkn nasi kerabu tp nk buat aweh2 tu yg malas sbb jenis x sabar

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home