Nasi Lemuni Menu Breakfast & Lunch

Nasi Lemuni Menu Breakfast & Lunch



Assalamualaikum dan salam manis untuk semua.
Walau sibuk dengan macam-macam benda hari ni, alhamdulillah ada sedikit ruang untuk mengupdate blog kesayangan ni, nasi lemuni yang ala nasi lemak jugak, cuma warna nya saja agak kehitaman dek kerana daun lemuni tu. Rasa nya sedap dan sikit wangi daun lemuni tu.







Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.
4.    Hidangkan bersama sambal kegemaran, telur mata, timun dan lain-lain.
5. Disini kaknoor hidangkan dengan perut goreng dan ayam goreng.




Ini lah pokok lemuni pada yang tak tau macamana rupa nya.
Kebetulan ada rakan datang nak ambik daun ni, yang dipegang oleh rakan kaknoor tulah daun nya.
Pokoknya kalau tak di tebang memang tinggi giler ni.
Pada adik-adik blogger memang tak tau kot, hanya yang veteren saja yang suka nasi lemuni ni.

18 comments:

  1. Sedapnya kak noor... Nanti boleh suruh mak buat.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa nak suruh mak pulak, fatin tak boleh masak ke heheeee

      Delete
  2. ooo sedap ni kak Noor
    arwah my grandmother selalu buat nasi lemuni tapi tak menggunakan santan. Katanya bagus untuk diabetes or high blood pressure... wallahu'alam
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Muna, nanti boleh try versi tk boh santan pulak, itulah kan kalau bubuh santan dia akan jadi nasi lemak lah pulak..

      Delete
  3. pertama kali tengok pokok lemuni..nasinya pagi lah tak pernah makan :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. belah utara banyak pokok ni yan, mungkin yan belah lain tulah tak pernah tnegok kot

      Delete
  4. Belum ada peluang nak rasa nasi lemuni ni.

    ReplyDelete
  5. Dulu2 kalau sebut jer daun lemuni dan nasi lemuni, orang kaitkan dengan orang dalam pantang kan....
    Sebenarnya boleh jer makan bila2 masa pun, sebab ia hanya daun herba yang baik untuk kesihatan kan...

    Sedap lagi berkhasiat, walaupun rupanya tak cantik ....

    ReplyDelete
  6. lama tak makan nasi lemuni nih.. tengok gambar nih, tetiba rasa nak makan plak..

    ReplyDelete
  7. pernah masak sekali nasi lmak daun lemuni ni..itu pun daunnya org kasi..alhamdulillah
    nampak sgt sedap lemuni noor ni..

    ReplyDelete
  8. BELUM SARAPAN LAGI NI..TERINGIN LAK NAK MKN NASI LEMUNI NOOR NI.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak Noor, baru kali pertama dengar nama pokok lemuni. Kemungkinan sudah tengok dengan nama lain agaknya. Bagaimnaa rasanya ya?

    ReplyDelete
  10. Tengok resipinya lebih kurang macam masak nasi dagang je kak Noor... cuma beza tambah perisa lemuni. Saya tak pernah makan nasi lemuni ni... Apa rasanya... cer bayang-bayangkan sikit kat saya...

    ReplyDelete
  11. Dulu2 biasa dengar daun lemuni. Nasi lemuni kak zai belum pernah makan lagi.

    ReplyDelete
  12. KakNoor,

    Saya ni nak kata veteran tidak, nak kata muda pun tidak. Apa yang penting saya memang tak kenal pokok lemuni ni. Ini pun first time mendengarnya. Silalah rasa terharu :)

    Ish, part telur tu yang mengancam sungguh, tak tahan mata memandang! Rasa macam nak terbang ke sana jerk belajar masak dengan KakNoor tau!

    ReplyDelete
  13. Pernah dengar pasal daun lemuni ni KN. Tp tak pernah jumpa daunnya, makan apa tah lagi. Rasa apa yer KN? Ke tak rasa apa .....cuma warna je yg bezanya

    ReplyDelete
  14. Salam singgah :)

    Daun lemuni tu macam mana? First time dengar.

    ReplyDelete
  15. betul cakap kak noor ni pertama kali JM tgk pokok lemuni

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home