Popia Udang Ranggup Nestum

Popia Udang Ranggup Nestum


Selamat malam semua nya.
Disini dah waktu isyak dan sudahpun tunaikan kewajipan.
Time ni sedang santai-santai lah dengan popia udang ranggup ni.
Hari ni memang takde kemana-mana sebab dah jadi rutin sejak dulu-dulu
Kalau ada anak yang exam, kami tak kan keluar kemana-mana, takut yang exam tu ikut nanti dah letih memang tak kan belajar lagi.  So dah dua minggu jadi penunggu rumah.
Bila dah habis exam insya allah baru lah dapat hora hore sikit.
Dah duduk kat umah apa lagi kalau tak makannnnnnnnn je manjang.
Jom tengok popia udang ranggup nestum ni.





Bahan-bahannya
1 /2 kg udang yang sederhana besar
1 peket kulit popia yang kecil
1 biji telur
nestum secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Bersihkan udang buang semua kulit kecuali ekor nya saja ditinggalkan.
2. Gaulkan udang dengan sedikit garam.
3. Letakkan kulit popia, letakkan udang dan balut lah seperti biasa.
4. Tinggalkan bahagian ekor udang disebelah luar,
5. Gam kan dengan telur supaya kulit popia tidak terbuka masa menggoreng.
6. Celupkan dengan telur seluruh popia dan salutkan dgn nestum.
7. Gorenglah dengan minyak yang banyak sekejab saja asalkan kekuningan.
8. Tos kan dan popia sedia di hidang kan panas - panas.



Sedap dimakan dengan sos atau dimakan begitu saja, rasa nya macam tak cukup udang je kalau buat macam ni, boleh try siapa yang suka kudapan yang ranggup ni.

13 comments:

  1. Kreatif :-)) minta 6 ekor...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee sedapnye udang goreng ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam TL
      confem sedap boleh try nanti resepi simple dimple je thanks sudi singgah sini

      Delete
  3. boleh cuba respi simple dimple noor ni...

    ReplyDelete
  4. kudapan yg super marvellous!

    ReplyDelete
  5. sedap nih kudapan macam nih.. macam tak cukup jer banyak tuh..

    ReplyDelete
  6. Oh wow bila balik Sabah nanti udang murah-murah teringin gak nak cuba ni Kak Noor.
    Anak-anak memang gemar sungguh udang kalau masak ranggup camni.

    ReplyDelete
  7. ini boleh cubaaa.. rangup kruk kruk kan.. tapi anak buah ada elegik sefud..
    buat untuk acik2 je la..

    ReplyDelete
  8. nanti bila stok udang byk bley cuba.macam best ja..tergoda tgok udang ni..lmbt baca..stok udang baru ja habis kt umah ni

    ReplyDelete
  9. udang goreng rangup pulak iskkkhh

    ReplyDelete
  10. Yeah! Dah jumpa resepi memikat hati dan mudah! Yang ni senang nak buat. Bab seafood ni saya memang champion memakannya. Senang betullah resepi, suka hati. Nanti saya pi cari udang!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home