Sambal Petai Bilis Pesen Lama

Sambal Petai Bilis Pesen Lama


 Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua nya.
Pernah tengok tak sambal petai yang masih berkulit macam ni.
Masa dulu-dulu memang sambal petai macam ni lah yang sinonim dengan kaknoor. 
Tapi sekarang ni, ada jugak yang tak suka dengan kulit petai yang agak pahit sikit kan. Tapi kata orang yang pahit tu lah ubat kan, bagi kaknoor memang suka yang ada kulit lah.




 

Tak susah nak buat sambal ni

Yang wajib 2 papan petai dihiris dan direbus
3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan ikan bilis yg digoreng
4 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula


Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukan cili kisar dan tumis sehingga wangi dan naik minyak, masukan air asam jawa, gula dan garam, kacau lagi biar mendidih, masukan petai dan ikan bilis.  Mudah dan senang je  sambal ni dan yang paling best sekali sedap dimakan.  Kalau ada nasi panas memang tak payah lauk lain, sambal tumis petai ni pun dah cukup.

Kalau ada yang tak suka petai berkulit, boleh jugak dimasak dengan tanpa kulit macam sambal sotong ni.
Pilihan sendiri lah ya, tapi dua-dua pun sedap dan tetap busyuk jugak dah nama nya petai kan...


19 comments:

  1. Hmmm.... apa pun tak kiralah petai berkulit ke tak berkulit bila kena penangan dapur Kak Noor memang terliurlah siapa yg tengok:)

    ReplyDelete
  2. mak saya selalu masak sambal petai mcm ni, anak2 kena kikis kulit petai...hehe...

    ReplyDelete
  3. Makan dengan nasi panas yummyyy....

    Kalau petai berkulit kak zai suka buat sambal tu kering2.

    ReplyDelete
  4. Allah...meleleh air liur aih...br tingat nk beli petai wt sambal...adehhhh

    ReplyDelete
  5. blog kak noor cantiklah. kemas. ruginya tak jumpa blog kak noor awal-awal. tips & resipi yang kak noor beri pun mudah saya fahami. tetiba rasa nak buat sambal petai mlm ni. yezza...

    ReplyDelete
  6. Kak Noor...betul tu..peberet arwah abah Erny ni..kalau buat sambal petai..mmg abah soh masak cam gini, sekali kulit.. ;p

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak Noor.. nak skit..

    ReplyDelete
  8. My favorite! Tengok gambar terus lapar hehehe....

    ReplyDelete
  9. arwah ayah sya pun suka petai sambal dgn kulit ni kak noor,masa budak2 dulu kita orang makan korek isinya tinggal kulit petai je udahnya .

    ReplyDelete
  10. kak noor, suami ana suka makan sambal petai tanpa buang kulit ni kak :)

    ReplyDelete
  11. Kita sepesen... gulai lemak cilipadi petai dengan kulit2nya pun sodap jugak. Tapi kikis sikitlah kulitnya bagi hilang pahit.

    ReplyDelete
  12. masak sambal petai style lama pun sedap.

    ReplyDelete
  13. kata orang petai tu sedap.. TAPI kata yan..petai tu emmmmmmm

    ReplyDelete
  14. wahhh memang sedap ni kak..hubby sy suka sgt makan..sy plak tak berapa pandai nak masakkan..haha..
    boleh lah jeling2 resepi akak ni:)

    ReplyDelete
  15. sayapun suka makan sambal petai mcm ni..lebih cabaran tapi byk ganjaran hehehehe

    ReplyDelete
  16. bawang tu di tumbuk..kalau JM blender sekali ngan cili...maybe sbb tu kalau JM buat sambal ada je x kena...rasa x umpphhh

    ReplyDelete
  17. busuk tu ok lagi..tpi petai berangin..hangin je badan ni klu mkn..hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home