Somtam Betik Ala Thai & Chocolate Kisses

Somtam Betik Ala Thai & Chocolate Kisses


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam ya, lately memang sibuk sangat sampai malam baru dapat mengupdate blog kesayangan ni, biasa lah hari ni memenuhi majlis perkahwinan belah tengahari nya, petang dah sibuk dengan urusan dapur pulak, itu lah kan biasa nya ada maid, dia yang uruskan semua nya, kaknoor dapat lah rileks sikit, ini dari A - Z semua nya kena buat sendiri, lagipun injin lama ni lambat lah sikit kerja kan hehe...
 

 Jom layan somtam ni, sedap meratah ni...
 
BAHAN NYA

1 biji betik muda  di potong memanjang

3 -4 urat kacang panjang di hiris kecil
secukupnya daun kemangi di hiris kecilsecukupnya daun selom dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan hiris kecil3  biji bawang putih ditumbuk
1/2 biji bawang besar di hiris di tumbuk
7 biji cili padi tumbuk
1/4 cawan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar 
1/4 cawan air limau  nipis/kasturi
2 sudu besar sos ikan
secukupnya garam dan gula
sedikit kacang goreng tumbuk

CARA NYA
1.   Tumbuk sekadar pecah-pecah betik yang di potong tadi.
2.   Masukkan sayuran dan yang lain kecuali kacang goreng dalam mangkok besar dan gaul rata.
3.   Somtam akan ada rasa manis, masin, masam dan pedas.
4.   Jadi tambah lah apa-apa yang kurang ikut kesesuaian family  sendiri.
5.   Bila hidangkan taburkan kacang goreng tumbuk untuk menambah rasa.

Kak Noor belanja dessert chocolate kisses ni untuk dipadankan dengan somtam yang pedas tu.
Resepi chocolate kisses tu kat SINI YA buat untuk hariraya nanti pun best ni mewah dengan kekacang.


7 comments:

  1. Sedappppnya, Kak Noor! Lama dah saya tak makan somtam.

    ReplyDelete
  2. somtam betik mengkal manis n sedap ni pedas sikit rasanya xpa ada desert coklat pula hmm dap dap..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor,

    Terasa seperti somtam itu dah di masukkan dalam mulut.. Arghhhh sedapnya. Kena cari ni.. (sebab malas nak buat sendiri hehe)

    ReplyDelete
  4. Kak zai ada juga makan somtam dah menantu kedua orang siam hehe...

    Terima kasih noor nanti kak zai nak cuba chocolate kisses tu.

    ReplyDelete
  5. desert chocolate kisses tuh nampak sedap.. somtam tak berapa minat laa..

    ReplyDelete
  6. Mmmmm mesti wangi ni. Makan dengan nasi panas syok ni tambah-tambah.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home