Sotong Butter Bunga Simple & Sedap

Sotong Butter Bunga Simple & Sedap


Selamat malam untuk semua nya
Ni resepi semalam sotong butter, memang lazat dan sedap meratah., sebelum ni kaknoor pernah buat udang butter, tapi kali ni nak cuba sotong butter pulak, ni gara-gara banyak telur kuning yang tersimpan dalam petiais.  Semenjak dua menjak dok buat macaron je guna telur putih, telur kuning dok simpan punya simpan punya simpan, last-last jadi lah sotong butter ni, memang sedap sebab kaknoor letak lebih telur kuning ingat dalam 5 biji kot hahaa...






Sotong Butter

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
6 ekor sotong saiz besar dibersihkan (potong ikut kreativiti)
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kalau  nak lebih floss tu.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng sotong yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan sotong dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.




Jamu mata lagi je ok, kalau siapa rajin boleh try utk resepi lunch esuk.
Memang berbaloiiii, kalau takde sotong, udang pun sodap.


9 comments:

  1. Sedapnyaaa...macam tu eh cara nak buat floss...nanti SA nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try SA mesti nak banyak kali lepas ni

      Delete
  2. Adoi kak noor menggoda jiwa betul..sy sotong klu masakan kering tak berkuah camni mmg suka.dpt meratah ngan sos alahai sedapnya

    ReplyDelete
  3. Pandai Kak Noor mengubah resepi. Sedap pulak tu. Di tempat Mak Long susah nak dapat sotong. Kalau ada pun mereka buat umpat mancing.

    ReplyDelete
  4. tak terfikir yan..sotong boleh buat horeng butter..selama nie ingat udang je :-))

    ReplyDelete
  5. sedapnya sotong butter nih..

    ReplyDelete
  6. waw sedap sekali bikin perut keroncongan saja... saya lagi konsumsi Jelly Gamat Gold G Obat Kanker Lambung Tradisional apakan tidak apa apa makan makanan ini???

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home