Super Moist Eggless Chocolate Cake

Super Moist Eggless Chocolate Cake


ASSALAMUALAIKUM 
Salam magrib dari Brunei Darussalam
Hari ni paling busy, macam-macam benda nak kena settle 
Esuk pembantu rumah dah nak pulang ke Indon
Rasa nya lepas ni memang makin sibuk lah dengan tugasan
Tak tau lah dapat masuk ofis maya ni ke tidak lagi.
Tunggu dan lihat saja nanti ya..
Hari ni kaknoor nak kongsi kek choklat tanpa telur yang di buat baru-baru ni.
Resepi nya pun mudah saja semua orang pun boleh buat.

Kak Noor buat versi castle tapi sayang nya di keluarkan dari acuan nya terpecah sikit, jadi nya castle nya dah senget sikit, biasa lah tak sabar nak tengok bentuk castle tu, sepatutnya kena tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan nya, tengoklah hasil-hasil yang telah di potong castle nya.







Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ


Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)Kak Noor punya takde brand pun
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco peminat coffee semestinya guna coffee emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair 
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan
   mentega.(Rahel bakar versi cupcake).Kak Noor buat versi castle
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta se
   hingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Pintu castle yang masih boleh diselamat kan



Lebihan coklat di salutkan pada strawberry memang sangat yummy
Boleh try pada yang ada pokok strawberry yang sedang berbuah sekarang ni haha..
Kat rumah tkde musim sekarnag ni hehee

13 comments:

  1. asalamualaikum kak...salam mghrib...kak kalau boleh sempat2 kan lah yer...jangan sampai sepi blog nie... :'-C

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam yan, insya allah kalau sempat mmg nak masuk jugak ofis ni

      Delete
  2. wah castle coklat dgn hiasan strawberi cantik n sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah P strawberry dan coklat tk boleh di pisahkan betul tak

      Delete
  3. saje2 je ya kaknoor ni.. strawberry lebih tu disalut chocolate.. looks so tempting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jiran sebelah mmg kaknoor lontar sebijik dua pada yan ni hehe

      Delete
  4. Strawberry coklat...teringat dengan Siti hehe...

    Nampak mudah nanti kak zai nak cuba. Simpan dulu resepinya. Tq noor.

    ReplyDelete
  5. ishh...meleleh...kecur liur....kak noor or kak noor...kiranya dah x ada pembantu baru ke

    ReplyDelete
  6. Waduh kak Noor! Tak sabar ingin cicipi yang meleleh-leleh tu....

    ReplyDelete
  7. kak noor,anak ummul tgk gmbr ni die kate ibu mcm sedap..na nk ni...hihihi

    ReplyDelete
  8. sudah try buat..memang sedap & senang dibuat

    ReplyDelete
  9. Ya Allah! KakNoor.... so tempting! Tak kiralah apa bentuk tetap nampak sedap jerk. Lagi-lagi bila ada lelehan coklat tu...

    ReplyDelete
  10. sedap nih, siap ada strawberi lagi..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home