Cara BerLauk Guna Dessert Maker Cepat & Mudah

Cara BerLauk Guna Dessert Maker Cepat & Mudah


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.
Menu petang apa agak nya ya..
Menu cheese-cheese ke menu tradisi ni
Terpulang citarasa lah ya, ada yg suka menu omputih, ada jugak yg tersangat suka menu tradisi
Pilihan ditangan sendiri, jom kita belajar buat kuih cara mudah hanya dengan menggunakan dessert maker.



Macam biasa resepi ni kaknoor intai dari blog tersohor CIK MAT GEBU izinkan lagi Cikmat ya kaknoor letak kat blog kaknoor lagi ni, untuk rujukan anak-anak yang belum pandai di dapur, jugak utk kenkawan yang lain jugak.




 KUIH CARA BERLAUK

BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...

CARA Kak noor guna dessert maker ni, panaskan dessert maker, masukan adunan tak payah sampai penuh, tutup rasanya dalam 30 saat macam tu, buka dan masukan inti, tutup lagi dan biarkan dalam 20 saat dah boleh angkat, memang cepat sangat guna dessert maker ni dapat save masa dan tenaga.

Selamat menjamu mata untuk semua.
Kalau tak tahan boleh try tak susah mana pun janji cukup bahan oklah tu..

11 comments:

  1. wah cara berlauk yg cantik n sedap ni...boleh cuba buat berbuka puasa ramadan nanti...

    ReplyDelete
  2. sedapni kak... :-))

    ni salah satu list nak buat masa puasa nanti

    ReplyDelete
  3. Macam ni punya cantik kalau kakak dpt ni macam sayang nak makan KakNoor
    Memikat betul cara kakNoor buat
    Warna dia tu betul-betul buat org tertarik..
    Dlm TV M'sia ada iklan vision buat kuih cara ni tau kakNoor. Duta dia Chef Ismail
    Betul kuih dia macam inilah.. cantik:)

    ReplyDelete
  4. nak try ni untuk menu puasa nanti..

    ReplyDelete
  5. dah lama x makan... kalu tmpt SS... time bulan pose memang byk...

    ReplyDelete
  6. Salam kak nor.....sungguh inovatif akak nih....terima kasih sudi mencuba....dan terima kasih menyuntik cara baru yang lebih mudah

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera kak. Mana nak beli dessert maker ni n brand apa?

    ReplyDelete
  8. senangnya guna desert maker nih.. sedap betul cara berlauk.. lama tak makan.. makan cara biasa jer..

    ReplyDelete
  9. ya Allah sedapnyaa lahai.. CT suka inti daging..
    kalo buat sendiri mmg letak inti banyak2..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home