Cendawan Goreng Tepung Ranggup

Cendawan Goreng Tepung Ranggup


Selamat malam semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi cendawan goreng yang dah lama dalam draft .
Kalau ada yang teringin gorengan untuk esuk boleh lah try ni memang sedap dan ranggup.
Lebihan tepung kaknoor celupkan dengan potongan bawang besar.
Pun sedapppp

Resepi nya kaknoor intai dari blog NOR SALMI dah lama jugak resepi ni, utk tuan punya resepi izinkan kaknoor letak disini ya..


 Resipi Cendawan Goreng Tepung
Bahan-bahan:
  • Cendawan tiram (ibu guna cendawan tiram kelabu)
  • 4 sudu tepung gandum
  • 4 sudu tepung beras
  • 4 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur
  • serbuk ketumbar
  • serbuk kunyit
  • garam
  • kaknoor tambah jintan putih kisar dan serbuk cili jugak sedikit gula
  • jugak tambah potongan bawang besar utk onion rings guna batter yg sama. 

Cara membuat:
  1. Satukan semua bahan (kecuali cendawan) dan kacau sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bancuhan kena agak-agak; jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  3. Celupkan cendawan ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak yang cukup panas.
  4. Angkat cendawan setelah berwarna kekuningan.

* Anak-anak suka cicah cendawan goreng ni dengan sos cili tapi ibu lebih suka cicah dengan sambal kicap. 
Tips menggoreng :
  1. Pastikan cendawan betul-betul kering sebelum digoreng.
  2. Jangan rendam cendawan di dalam adunan tepung untuk mengelakkan cendawan menjadi lembik. Ketika hendak menggoreng baru celup dan goreng.
  3. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan cendawan.
  4. Kawal kepanasan minyak sepanjang tempoh menggoreng. Minyak yang kurang panas akan menyebabkan cendawan menyerap minyak dan menjadi lembik setelah diangkat.


Untuk sos nya kaknoor hanya campurkan sos cili maggi + cili flakes + minyak bijan sikit dan bijan.
Campur air panas sikit dan kacau lah, ready utk di cicah bersama cendawan dan gelongan bawang.


7 comments:

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home