Dorayaki Filling Nutella Nyaman Sekali Ni..

Dorayaki Filling Nutella Nyaman Sekali Ni..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya.
Breakfast apa agak nya hari ni ya.
Dua tiga hari lepas anak kaknoor tag kan resepi dorayaki ni kat fb, bila baca macam senang je nak buat, bahan pun memang semua dah ada, jadi rajinkan lah menggodek di dapur, ini lah hasil nya dorayaki filling nutella, kalau doremon tengok mesti dia marah sebab dah derhaka letak nutella, sebab kalau asli nya mesti letak kacang hitam kan, hahaha kita yang nak makan dia so terpulang pada tukang masak lah kannnnnnnnnnn....


 Dorayaki

Bahan nya
100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila
Inti nya,  letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup
Cara nya
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.
5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk dimakan.








Tak perlu nak oven ke ape, hanya perlukan kuali tak melekat je.  Kak noor buat agak kecil sikit jadi dalam kuali tu dapat letak 3 biji sekaligus, jom pakat-pakat buat dorayaki, lepas kita kita gi Jepun yuk jumpa doremon hahaha...

36 comments:

  1. Hehhehe teringat pulak cerita Daremon kak noor..
    Ooohhhh senang bangat buat dorayaki ni ye kak noor..
    Boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg boleh sngt cuba yatie, mudah je pun sebenar nya
      pasti anak2 yatie suka apa lagi bila letak nutella mesti laris ni

      Delete
  2. sedapnya kak noor boleh buat untuk kudap2 anak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti laris lah cik jelita sayang kaknoor sampai tak sempat nak rasa ni haha

      Delete
  3. kalau doraemon datang bagi 2 ketul je kak ye..selebihnya yan yang punya...hehehe :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan pun suka jugak ke dorayaki ni yan.. tak cukup tu dua ketoiiii utk doremon tau..

      Delete
  4. yummm, the japanese pancakes meets nutella!!

    ReplyDelete
  5. Tak payah ke Jepunlah Kak Noor nak makan dorayaki
    Pergi Brunei dekat sikit lagi special filling nutella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak zakie kan brunei boleh dtg pagi balik petang ni hehee
      jepun jauh sngt lah kena sedia ongkos banyakkk kann

      Delete
  6. senang je membuatnya rupanya ... klu tgk doremon mkn tu , mcm sedap benor . boleh cuba ramadhan nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja Vee, kalau buat utk ramadhan mmg laris ni, letak nutella bnayk mmg anak2 suka

      Delete
  7. Tentu rasa dia lebih sedap sebab noor letak nutella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak zai, nutella dan gebus dorayaki mmg masukkk sangattt cuba lah kak zai..

      Delete
  8. tetiba teringat cerita Doreamon.. hehehe.. sedap tu menu kak Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama kan tak tengok doremon eyda, bila tengok mesti ingat balik kisah silam ni hehee

      Delete
  9. Lain resipinya dari pancake rupanya yer kak. Saya ingatkan sama...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain sikit lah Aziela sbb letak madu, dlm pancake letak susu segar lagi kan

      Delete
  10. Sy ambik resepi k.noor...
    Cuti2 skolh ni..bdk2 manjang laparnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem syifa, ambik je mmg anak2 syifa suka sngt dgn dorayaki ni berani jamin hehe

      Delete
  11. Doraemon tak marahlah, KakNoor. Malah, dia bangga lagi sebab KakNoor pandai-pandai guna nutella yang sedap buat fillingnya. Doraemon tak pernah rasa pun dorayaki yang ada nutella macam ni kat Jepun nun! Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MD entah2 doremon tabik hormat kat kaknoor kan sbb resepi asal nya hanya guna kacang hitam je kan, letak nutella lagi best ni, lagi sedap dari jepun punya hahaaa terperasan lah pulakkk kan

      Delete
  12. Terima kasih atas perkongsian resepi :)

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. gebu diana sayang, macam tuan dia jugak ni rasa nya kan

      Delete
  14. tolong invite saya pergi umah Kak Noooooorrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha boleh Siti, anytime boleh dtg tkyah invite lah heheee

      Delete
  15. gitu rupanya dorayaki kesukaan doraemon ya..selera org jepun seakan kita juga ya...

    ReplyDelete
  16. alaaaa...kak noor...sedapnyerrr....bila kak noor nak ajak dtg umah nih??? heheheehe

    ReplyDelete
  17. sedapnya kak nor.. macam di minta gigit aje dorayaki ni...

    ReplyDelete
  18. bace komen2 yang atas2 ni semua sembang doremon hehe..
    mmg asal dorayaki je ingat doremon kan..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home