Emping Beras Berjagung & Kelapa Untuk Yang Sewaktu Dengan Nya

Emping Beras Berjagung & Kelapa Untuk Yang Sewaktu Dengan Nya


 ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera jugak untuk semua nya yg maish sudi berkunjung kesini.
Sesuai dengan usia kaknoor memang suka sangat dengan emping beras ni, tapi rasa nya yang muda mesti kurang minat kan, apa pun tak kisahlah selera masing-masing untuk yang sewaktu dengan nya mesti cintan cintun habis ni dengan emping beras letak jagung manis ni, resepi pun paling mudah hanya 5 bahan saja dah boleh menikmati nya.




 BAHAN YANG DIPERLUKAN
Empeng padi secukupnya
Jagung rebus yang telah dihirs
Gula putih
Sedikit  kelapa parut
Sedikit garam 

CARA NYA
1.  Masukkan empeng dalam sebuah besen, masukkan air panas dan biarkan dalam 30 saat atau kurang, kemudian tos kan.*jangan lama tau nanti emping lembik tak sedap*
2.  Gaul lah emping yang sudah di toskan dengan semua bahan-bahan yang telah disediakan.
3.  Rasa lah ikut kegemaran masing-masing emping ni sepatutnya ada rasa manis dan masin sikit.
4.  Sedia untuk di makan pada bila-bila masa saja, pagi petang atau malam.




Kalau ada jagung madu atau jagung yang baru petik tu, di tambah dengan emping beras ni memang mengancam sangat, tak sedar semangkok pun boleh licin ni..

15 comments:

  1. emping beras? macam mana rupanya tu kak Noor? nampak sedap tuh, mesti ada rasa lemak, manis ngan masin..

    ReplyDelete
  2. K. Noor, dulu mak mertua saya gaul dgn kelapa jer. Tapi x rendam. Bila rendam, lembut la sikit yer

    ReplyDelete
  3. arwah nenek dulu suka sangat makan benda ni. Siap buat emping sendiri. Ni dia dah takda, memang tak merasa dah lah makan emping.

    ReplyDelete
  4. sedap tengok tu kak noor..
    Selalu buat letak kelapa ajer..
    Boleh lah cuba letak jagung..
    tentu bertambah sedap kan kak noor..
    Saya suka juga empeng ni kak noor
    tak kira usia.. sebab anak2 saya pun suka..

    ReplyDelete
  5. ingat dulu mak rajin buat emping mkn dgn klpa dan jagung mcm ni.. dah lama sgt tak mkn.

    ReplyDelete
  6. emping bersama jagung manis sedapnya..biasanya makan emping dgn kelapa n gula saja tapi dh lama xmkn.

    ReplyDelete
  7. dah susah nak cari emping beras zaman sekarang nie :-((

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa... dah lama tak makan ni....

    ReplyDelete
  9. Dapur Kak Noor memang kaya raya dengan segala resepi... tak rugi selalu singgah sini...jamu mata!

    ReplyDelete
  10. Wow, senang betul ni! Boleh cuba bila mood memasak kembali bulan ni. Eh, ni pun nak tunggu mood memasak datang? Memang melampaulah saya ni, KakNoor kan...

    Emping ni bukan ke makanan orang Sabah, KakNoor? Kali terakhir saya makan masa di Sabah entah sepuluh ke,dua puluh tahun sudah. Lepas tu teringin nak makan lagi tapi tak tahu buat! Masa tu manalah boleh menggoogle. Smartphone pun tak wujud lagi!

    Walaupun saya tak tua lagi (ehem, ehem...), saya suka emping ni siap ada jagung ngan kelapa bagai. Nikmat terasa....

    Tapi kat mana boleh jumpa emping padi ni, Kak Noor? Ada jual ke atau DIY kat rumah? Keh3x.... Itu jerk masalah. Cara-cara membuat dah senang sangat dah tu!

    ReplyDelete
  11. Emmm Diana empeng padi pun nak bayangkan blur-blur.
    Nampak enak nak rasa juga.

    ReplyDelete
  12. dh lama dh xmkan emping beras nihh...mkanan kegemaran mak sy :)

    ReplyDelete
  13. Kak Noor.. CT tak tahu pun emping pagi tu apa..
    kerepek nasi ke ? serious.. baca tajuk tapi tak dapat hadam apa benda
    sebenarnya ni..

    tapi kalo resepi ada jagung CT suka.. cekodok jagung peeeelease..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home