Epal Pie Original Dari Epal Hijau

Epal Pie Original Dari Epal Hijau


Assalamualaikum dan selamat malam.
Alahai tenggelam timbul kaknoor lately kan, tersangat lah sibuknya.
Hari-hari memang tingin sangat nak update blog tapi kekangan masa yg melampau.
Terpaksa lah akur mesti bereskan  yang wajib dan sunat dulu.
Insya ALLAH kalau ada waktu pasti kaknoor akan update blog.
Malam ni nak kongsikan resepi menarik yang selalu nya kita guna pastri, tapi kaknoor guna epal hijau yang ori, memang ada kelainan rasa nya lebih lembut, tak percaya mesti cuba sendiri.

 


Bahan filling:
6 biji epal dibuang kulit dan dipotong dadu
100 gm gula pasir atau gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar butter
2 sudu besar perahan lemon
2 sudu besar tepung gandum
Cara nya
Epal hijau dan gula pasir dimasak dalam periuk.
Kacau dengan senduk,  masukkan serbuk kayu manis, butter dan perahan lemon.
Kacau hingga air yang keluar dari epal tu kering sikit, masukkan tepung gandum untuk memekatkannya
 
Disini kak noor guna apple hijau utk kulit nya, di potong bahagian atas, korek keluarkan isi nya, kemudian isi nya di hiris untuk jadikan filling di dalam apple tu. Untuk bahagian atas baru lah kaknoor guna puff pastri yang di gelek nipis dan di anyam ikut kreativiti sendiri.
 
 
Untuk menarik perhatian tetamu masa raya nanti boleh lah try epal pie ni, mesti ramai yang salute pada yang rajin macam ni kan hehee, kaknoor pun macam nak buat lagi jugak ni..

12 comments:

  1. asalamualaikum kak noor..selamat malam...biasalah kak bulan ramadhan banyak aktiviti ibadah yang nak dbuat...orang gaji baru lom sampai ke kak...banyak buat biskut kak ?

    ReplyDelete
  2. mesti sedap ni kak nor sebab kulitnya pun epal. boleh try ni..

    ReplyDelete
  3. KREATIF SUNGGUH NOR SEDAP PIE GINI..TERINGIN NAK RASA KENALAH BUAT SENDIRI NANTI...

    ReplyDelete
  4. sedapnyeeee....sy suka apple pie nihhhh

    ReplyDelete
  5. Cantik ni Kak Noor. Rasa nak ngap! hehe

    ReplyDelete
  6. Rajin dan kreatif betul noor seronok kak zai tengok.

    ReplyDelete
  7. Suka tengok anyaman KN tu ....nampak kemas tau....tp utk membuatnya okje ni, mcm tak jer KN hihi

    ReplyDelete
  8. kreatifnya kak Noor.. mesti sedap nih..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home