Satay Dan Kuah Kacang Hj Samuri

Satay Dan Kuah Kacang Hj Samuri


Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua nya.
Hari ni aktiviti di dapur beres cepat sikit dari biasa dapatlah mengupdate blog.
Lately memang terlalu busy almaklum bulan puasa banyak benda nak kena fikirkan.
Tak payah lah berceloteh panjang kan jom terus ke main topik resepi hari ni yang kaknoor nak kongsi.
Satay Haji Samuri sesekali buat sendiri satay memang best boleh letak apa saja fav kita kan.



Kalau untuk family yang sedikit boleh kurangkan bahan nya tu..

 1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Untuk kuah Sate Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa


Cara buat sate/satay Samuri

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit


Cara membuat kuah Sate Samuri

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala


Pada yang rajin sikit boleh lah buat banyak-banyak untuk hariraya nanti tak payah dok beli beli saja, untuk hidangan tetamu biarlah hasil ttitik peluh tuan rumah kan hahaa..
Tapi memang sedap satay ni, akak ada tambah sikit cili dalam perapan satay bagi kick sikit rasa nya.
Tapi kalau nak ikut resepi asal pun ok je memang dah sedap.


10 comments:

  1. asalamualaikum kak...apa khabar...tak rajin nak buat sate..kalau tinggal makan ...rajin sesangat...:-))..banyak kerja proses sate ni..paling leceh masa cucuk kat lidi...

    ReplyDelete
  2. Yumm satay,!!! looks finger licking good. Hope your ramadhan is going well !!

    ReplyDelete
  3. Waktu study dulu... kami rajin ronda2 tengahmalam sampai Kajang... makan sate kajang... sate haji samuri tu....pernh sekali tengah menunggu sate ke meja tiba2 hujan lebat tanpa disangka, bertempiaranlah kami mencari perlindungan!

    ReplyDelete
  4. sedap satey jadi hidangan pagi raya ni..

    ReplyDelete
  5. Noor sedapnya satay kalau dijamu waktu raya.

    ReplyDelete
  6. Noor sedapnya satay kalau dijamu waktu raya.

    ReplyDelete
  7. Alahai, KakNoor. Kita yang dekat Malaysia ni memang malas nak buat sate ni. Kalau nak, terus pergi cawangan aje. Macam renyah ajelah KakNoor nak buat sate. Hihihi...

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau duk sebelah rumah KN ni....agaknya sampai tak sepinggan satay hihi...
    Malaslah KN nak menyatey, elok beli jerlah....bukan jauh sangat, 15 minit jer sampai Kajang dah ...

    ReplyDelete
  9. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home