Apam Mekar Nasi Bunga Telang Yang Lembut Sebab Sayangkan Lebihan Nasi Kerabu..

Apam Mekar Nasi Bunga Telang Yang Lembut Sebab Sayangkan Lebihan Nasi Kerabu..


Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya ya.
Semoga adik-adik sihat walafiat di samping tugasan apa saja .
Pagi ni kaknoor nak tayangkan gambar apam yang sangat lembut ni, warna pun memang original dari bunga telah yang biru tu, memang kaknoor takde campur pewarna lain dalam apam ni memang selamat lah takde masuk bahan kimia hehee jom semak resepi yuk..




Bahan nya
1 cawan nasi sejuk kaknoor guna lebihan nasi kerabu biru
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast
Kelapa parut putih dan secubit garam yang digaul rata
Untuk resepi ni kaknoor gantikan 1 1/4 cawan air tu dengan air bunga telang yang telah diramas sebanyak 20 kuntum bunga tau, tengok lah warna nya yang lembut tu macam warna lavender je kan hehe
Angkat bakul la pulak ni.. Begitu jugak dengan nasi sebab lebihan dari nasi kerabu maka timbul lah idea nak buat apam nasi bunga telang ni...
  Cara nya

Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast.
Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air bunga telang dan gula pasir hingga halus.
Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin.
 Perap 3 jam.
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam.
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 ke 20 minit
Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut putih.
Memang lembut sangat apam ni, anak-anak suka makan, mama suka buat lah. Sebenarnya apam ni tetap lembut walaupun dah lama di luar tau, tapi jangan lah sampai letak di luar rumah kat panas-panas tu pulak, itu memang lah silap2 ada lagi orang lain yang tumpang makan hahaha...


35 comments:

  1. Betullah KakNoor warna dia soft dan sweet sangat
    Kena pulak kelapa parut putih tambah menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan pun sedap kakzakie gerenti tak cukup sebijik
      kalau dekat dgn kakzakie nak jugak bagi kakzakie rasa hehee

      Delete
  2. comelnyaaa apam tu..nampak lembut dan gebu je :)

    jemput singgah blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks siti, ok lepas ni akak ke blog awak ya

      Delete
  3. aduh nampak sedap sangat nih. sekali ngap je nih. nak buat tapi malas. hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh rozi akak kasi dua tiga bijik kenyang ni hahaha

      Delete
  4. alahai...nampak sedap sgt..tp SA x pandai buat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sa cyg dah ada resepi tu tak pandai lagi ke ni?? ke ada suatu benda yang M tu heheee jangan marah ya joke petang2 ni

      Delete
  5. Orang yang kreatif apa yang dibuat semua indah dimata.
    Kak zai C/P resepinya ya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkde lah kreatif mana pun kakzai
      sila lah share mesti puas hati ni..

      Delete
  6. cantiknya apam bunga telang ...kreatif noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok pikiaq nak perabeh nasi kerabu tu P yalah timbul idea nak buat apam ni

      Delete
  7. Nampak sedap sgt....warna pon cantik ...asli dr bunga telang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yan yg asli mmg hebat kan warna lembut dan merdu gitu kan

      Delete
  8. Memang sedap nampak apam ni kaknoor..teringin acik nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah acik mana tau anak2 suka, anak kaknoor mmg dah jatuh cinta dgn apam purple ni

      Delete
  9. moral of the story ...kaknoor mmg tak suka membazir dan creative ..mcm mak saya jugakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nita rezeki kalau kita bazirkan maybe dia tak dtg lagi susah sendiri tu nanti kan

      Delete
  10. Gebu mekarnya kak....saya dah salin resepi..nnt nak cuba..tak tertahan tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Aini mesti tak menghampakan insya allah

      Delete
  11. kak..nampk gebu lembut apam tu.
    .sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan mesti try apam ni mmg simple je pun yan mesti boleh buat punya lah

      Delete
  12. wahh menarik dan sedapnya... tp tak rajin nak buat. uhukuhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor, kalau dkt boleh kaknoor antar kan apam ni hehee

      Delete
  13. Replies
    1. syida mesti try apam simple hasilnya sedap ooo

      Delete
  14. suka ummi tengok, kengkawan buat kuih muih, ummi tak pandai... huhuuu..
    Jom, ke blog ummi. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ummi apam ni la yg paling simple mesti ummi pandai kalau tengok resepi dia tu insya allah

      Delete
  15. yang ni i sukaaaa Kak Noor hehe.. memang kalo kat kawasan rumah Tok ada jual panas2.. orang beratoq nak beli..
    sbb panas2 kan sedap.. umm onmnom..

    ReplyDelete
  16. Salam kak Nor. Comel sgt apam ni! Teruja nak cuba.

    ReplyDelete
  17. gebu gebas kak noor rasa nk ngap je

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home