Churros Coklat Yummy From Mama Untuk Nabilah

Churros Coklat Yummy From Mama Untuk Nabilah



Assalamualaikum dan selamat petang semua nya.
Menu apa agaknya petang ni ya.
Apa kata kita berchurros pulak hari ni, churros panas di salut coklat memang sedap sangat, tak sedar beberapa batang habis ni, resepi nya mudah sangat, kalau ada yang belum pernah buat churros ni resepi nya lebih kurang sama dengan cream puff jugak. Cuma cream di letakkan cream atau kastad di tengah tapi churros di cicah coklat atau gula saja, selera masing-masing terpulang nak pilih yang mana ok..





Bahan-bahan nya

  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega,biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila dah betul2 sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
  • Panaskan minyak, masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang.
  • Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan, angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.



Ada yang terpikat tak dengan coklat yang hitam pekat ni hahaha
Sebenarnya churros ni ada lah permintaan dari anakanda kaknoor, dah lama dia teringin nak makan, sejak balik bercuti dari UK belum lagi sempat kaknoor buat churros dah berhari-hari minta, asyik buat yang orang punya je kan, kesian anak mama, alhamdulillah dah sampai hajat nak makan churros yang lazat dan ranggup ni, kalau adik-adik nak merasa boleh lah try resepi kaknoor ni ok.


33 comments:

  1. Kalu kat Aussie... Serbuk cinnamon dia meriah atas churros tu... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah SS mmg sedap letak cinnamon powder tapi selera anak2 macam nak ke coklat je kan biasa lah budak2 kalau orang besau mmg suka cinnamon ni

      Delete
    2. Sy suka coklat churros... nyum nyum

      Delete
    3. yes anak-anak akak pun suka sangat churros ni yummyyy

      Delete
  2. Yang ni simple, boleh try nanti. Thanks cik noor!! πŸ’πŸ‘—

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks coz sudi mencuba yus dan tahniah dah ada blog ya

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kak noor...

    Sedapnya.
    Akhirnya tau juga resepi...
    Blh cuba ni... insya Allah.

    1st tyme mkn kat ostrolia.
    Sedapnya...

    Pastu jumpa kt smpadan siam... hihi...

    Lasssttt baru ni jumpa kt sogo...

    Akhirnya dpt resepi dr kak noor...

    Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah hebatlah makan kt ostolia ya
      resepi kaknoor senang je dear nona manis hehee
      boleh try resepi ni insya allah menjadi

      Delete
  5. Kak noor... nak minta izin sy copy paste resepi ni dalam blog saya blh ke?

    Nnt nak buat boleh cari semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkde masaalah dear darling nhhas ( soory kaknoor tak pasti nama adinda tomey ni )
      copy lah kaknoor dah izinkan ni

      Delete
  6. Kak noor...
    Mmg kna masuk kn tepung dlm air mendidih ea?

    Buka uli mcm buat doh karipap tu ea?
    Sorry x pnh buat tp sgt suka churos ni.
    Nk bli mahal... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu kena masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm campuran air dan mentega tu, awas ya api nya slow sikit kang terkena tangan tomey tu, kaknoor jugak yg susah, insya allah baca resepi dan praktiskan insya allah jadi tu.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. sila lah dear copy resepi tkde masaalah sharing is caring

      Delete
  9. senang sangat ni..saya panggil kuih belimbing..kalau tabur dengan gula halus sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah nurul tak susah sebenarnya kan, kuih belimbing pun ya jugak orang panggil
      yup gula dan cinnnamon pun sedap jugak ni

      Delete
  10. meleleh2 coklat..mesti anak suka sangat ni..nk cuba buat la nnti..tq kak noor kongsi resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ummul anak2 sure suka ni sbb bercoklat, orang dewasa pun apa kurang nya kalau coklat mmg fav jugak ni

      Delete
  11. pernah buat dah kak tapi tak cantik kejadiannya...kurus cekeding jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb yg buat ni cekeding kot diana hahaha, ni yg buat ni boleh tahan jugak ni gumuksss

      Delete
  12. churos cicah coklat mmg sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu P hidup di penuhi coklat mmg besttttttt kan

      Delete
  13. Salam ziarah kak noor,baru nak belajar ni.....hihihihi,sedap churros :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang baru pun boleh buat ni Leia caya lah

      Delete
  14. best, sedap churros... saya suka buat dan makan churros :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor suka buat je, bila anak2 makan apa yg kita buat mmg satu kepuasan kan

      Delete
  15. Replies
    1. kirimin resepi saja Rin, gimana mau kirimin churros nya enggak bisa dong!! hehe

      Delete
  16. Mama Noor.. hahaha nak jugak =P
    CT tak pernah makan churros.. tatau rasa macam mana..

    ReplyDelete
  17. Yang ni walaupun nampak sedap tp kurang mengkecurkan air liur saya Kak Nor...maklumlah tekak Jawa haha.....

    ReplyDelete
  18. pernah try sekali...nanti rajin boleh buat lagi. itu pon sebab kawan2 asyik cerita benda ni sedap, so masa terlajak rajin sy cuba...sy suka tabor dgn cinnamon + gula perang

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home