Garden Lopes Kak Noor Mudah & Senang Nak Menikmati Nya

Garden Lopes Kak Noor Mudah & Senang Nak Menikmati Nya



Assalamualaikum dan selamat hari minggu semua nya.
Hari ni resepi lopes lagi yang kaknoo nak kongsi kan
Kali ni dengan garden lopes iaitu dengan menggunakan bentuk bunga, love dan cendawan.
Boleh jugak guna bentuk apa pun janji happy je tak kisah kan

 




Bahan nya

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan kisar
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • air gula


  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air

  • Cara nya



    1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit
    2. Untuk garden lopes ni kaknoor hanya ambil acuan kecil-kecil untuk terap kuih tu hanya masukkan pulut dalam acuan tekan-tekan dan letakkan dalam pinggan.  Buatlah sehingga habis pulut mengikut acuan kegemaran supaya mudah kita makan tak payah potong cuma ambil masa sikit lah.  Kemudian taburkan dengan kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
       
       



    Jom menikmati garden lopes ni sedap mata memandang enak di santap percaya lah
    Manis dan menawan kalbu u all...

    22 comments:

    1. asalamualaikum kak..salam hujung minggu...

      sedapnya kak...kalau letak peti ais..ejuk2 nikmatnya rasa....:-))

      ReplyDelete
      Replies
      1. waalikumsalam yan
        kalau kaknoor suka yg panas yan
        akak masukkan dlm microwave dulu bagi panas pastu baru makan kalau tak abis hehee

        Delete
      2. waalikumsalam yan
        kalau kaknoor suka yg panas yan
        akak masukkan dlm microwave dulu bagi panas pastu baru makan kalau tak abis hehee

        Delete
    2. COMELNYA LOPES NOOR...SEDAP DIMKN DGN GULA MELAKA...

      ReplyDelete
      Replies
      1. sedap P kalau air gula melaka tu pekat2 aduhhhh tkyah ckp mmg terlajak laris ni

        Delete
    3. dulu CT tak makan kuih ni.. dah makin besaq baru belajar makan..

      ReplyDelete
      Replies
      1. itu lah Ct dulu mama pun tak pandai nk makan ni dah berusia ni makin suka yg kuih lama2 ni..

        Delete
    4. Hihi... gigih nak membentuknya.
      Sy dpt buat bulat2 pun perasan hebat sgt dah...

      Hihihi

      ReplyDelete
      Replies
      1. tk susah lah dear nhhas
        hendak seribu daya kan, tak sampai setengah jam membentuk dah habis pun

        Delete
    5. Wah....hijau yang menarik....buat tambah rasa sedap....dah lama tak makan kuih lopes...

      ReplyDelete
    6. Sedap kuih ni kalau bulan puasa wajib buat sebab hubby kak zai suka sangat.

      ReplyDelete
    7. Rajin nya kak Noor...kagum saya dgn akk ni lah...mcm2 bentuk akk buat...kata org tua2 ..masak2 ni kene penuh dgn kasih sayang yer kak...baru menjadi apa2 yg nak dimasak...lopes mmg idaman kalbu...

      ReplyDelete
    8. Wah kak noor ....lopes munge2...
      kita pon dah lama tak buat ..teringin la pulak...hihi

      ReplyDelete
    9. Assalam kak Nor...lama tak singgah sini. Rindu pulak hihi... Tetiba jer terus dah buat lopes esok, semua bahan ada kat dapur tu.

      ReplyDelete
    10. wahh sedapnya ... peberet julia ni !.. mau makan bertingkek-tingket sbb bunga-bunga lopez tu comey sgt.. nanti nak try buatlahh...

      ReplyDelete
    11. lama tak makan kuih lopes ni kak noor.. terliur dah ni.. hihi.,

      ReplyDelete
    12. alahai kak noor.. serius sedap... dh la comel.. nak mkn pn syg

      ReplyDelete
    13. ini kuih kegemaran sy ni kak noor....hihi

      ReplyDelete
    14. comey mcm2 bentuk....kesukaan sy ni...

      ReplyDelete
    15. Lamanya tak makan kuih lopes! Brilliant idealah buat bentuk kecil2 begini :)

      ReplyDelete
    16. suka kuih ni..nk buat je tak tahu...lepas ni boleh try

      ReplyDelete

    Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home