Gorpis Karchis ~ Goreng Pisang Karamel Cheese Yang Sangat Sedap & Lazat

Gorpis Karchis ~ Goreng Pisang Karamel Cheese Yang Sangat Sedap & Lazat



Assalamualaikum dan selamat pagi ahad untuk semua nya.
Selamat berehat dan bercuti lah untuk semua nya.
Tak tau lah apa nak jadi dengan blog ni kejab ada kejab hilang kan 
Tuan tanah gedaung ni selalu sangat sibuk hari-hari
Hari ni kuatkan hati nak uploadkan gorpis ni menu breakfast hari ni
Memang masih panas ni, kalau dapat belanja alangkah best nya kan..

Untuk resepi pisang goreng nya.

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit kunyit
2 sudu besar minyak panas
secukup nya air agak-agak pekat lah utk salutkan pisang tu

Gaulkan je semua nya,  akhir sekali letakkan minyak panas yang telah stanbye utk kita goreng pisang tu, sebelum masukkan pisang, letakkan sikit minyak dalam bancuhan tepung untuk merangupkan lagi gorengan kita. Gorenglah pisang yang telah di hiris nipis, salutkan pada tepung sehingga kekuningan dan tos kan.




Untuk resepi sos karamel kaknoor intai dari blog MASAM MANIS, dah buat awal lah dan masukkan dalam petiais, bila nak guna hanya masukkan dalam microwave saja dalam 1 minit lepas tu dah boleh tuangkan di atas pisang goreng kita.


Caramel Sauce 

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk


Cara menghidangkan nya.
Susun kan goreng pisang di atas pinggan, curahkan sos karamel dan akhir sekali letakkan cheese, boleh jugak di letakkan cheese nya double, mula nya cheese, kemudian sos karamel dan akhir sekali cheese lagi sekali terpulang lah pada selera masing-masing ya..



Pada masa ni memang dah habis gorpis ni sebab sedap sangat bila dimakan panas-panas dengan cuaca yang suam-suam di pagi ni, ada teringin boleh try sendiri sangat mudah dan sedap.


17 comments:

  1. SEDAPNYA GORENG PISANG TU TAMBAH ADA SOS CRAMEL..

    ReplyDelete
  2. hujan-hujan ni mmg sedapla makan pisang goreng kak nor.... yummy....

    ReplyDelete
  3. Mesti bertingkat-tingkat level sedap gorpis karchis kak noor ni. Letak karamel,....

    ReplyDelete
  4. salam singgah petang kak noor...sedapnya...makan sambil minum petang pun sedap ni...

    ReplyDelete
  5. bestnya.. nampak sedap.. boleh dicuba ni.. thanks atas resepi.. ^_^

    ReplyDelete
  6. sedap nmpaknya..boleh di cuba..

    ReplyDelete
  7. Waweee so yummmy! Nanti free i will try..

    ReplyDelete
  8. foto tu berjaya buat yan suruh hubby beli cheese dan pisang kapok..tak tahan godaan

    ReplyDelete
  9. sy lom pernah lg merasa gorpis cheese tuhh....nnti nk try laa mcm mn rasanya.....hihih

    ReplyDelete
  10. Sampai hati KakNoor, kalau teringin disuruhnya buat sendiri. Memang tak buatlah walaupun teringin melangit. Oh, sedap petang-petang macam ni makan apa ke namanya tadi - gorpis karchis... Tergeliat KakNoor lidah omputih saya nak menyebutnya tau! Memang tak buatlah ni...dah nama nickname pun susah nak sebut :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home