Jom Melawat Kebun Tepi Rumah Kak Noor

Jom Melawat Kebun Tepi Rumah Kak Noor


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
Baru berkesempatan bersihkan halaman rumah lepas raya ni.
Bulan puasa dulu sebelum nak raya biasa lah kan mesti bersihkan jugak.
Nampak bunga-bunga berkembang yang hampir tidak di pedulikan oleh tuan umah.
Kesian bunga melur tu yang sekuntum macam merajuk je tak mau berbunga kan..




Bunga telang pulak walaupun tak di pedulikan masih jugak mampu bertahan berbunga sepanjang masa, sampai kekadang ada kenkawan yang datang ambil utk masak nasik kerabu, alhamdulillah dapat jugak sedekah utk yang pandai menggunakan nya, walaupun sekadar bunga telang je kan...



Ni mesti semua dah tau kan bunga ulam raja, bukan saja untuk raja -raja je tau ulam ni, untuk rakyat jelata jugak ni boleh makan kan hahaha...



Ni pulak bunga pokok sawi yang agak pahit daun nya, tapi bunga nya cantik dan comel sebab itulah jadi sasaran camera kak noor..



Sayur kailan yang dah beberapa kali petik, tapi masih lagi boleh mengeluarkan pucuk - pucuk baru, alhamdulillah terimkasih jugak pada rakan fb yang sudi hantar benih ni pada kak noor.



Cili Thailand kalau takda pokok cili memang tak sah, selain dari cili putih tu akak jugak suka tanam cili ni, kekadang bila kehabisan cili boleh petik cili kat luar rumah..



Ini lah satu pokok yang agak musykil dah lama kaknoor tanam, sampai dah tak ingat apa sebenarnya khasiat dan kegunaan nya, memang cantik dengan bunga nya berjuntai 2 tu, cuma nya tak ingat je nak buat apa dengan pokok ni hahaa haru sungguh kan, nak buang sayang, kot2 kegunaan nya hebat susah pulak nak cari nanti.



Kak berharap sangat kalau ada adik-adik blogger atau silent reader kaknoor yang tau apa khasiat pokok ni dan nama nya sekali boleh kongsi ok,
Hajah Denah kaknoor tau kita selalu baca blog kaknoor kan, tau tak apa nama pokok ni?
Yang lain jugak kalau tau boleh lah cerita sedikit sebanyak apa nama dan khasiat ok, kalau tak memang nak kena tebang jugak lah ni..


36 comments:

  1. Salam kak noor..alahai...pokok apa erk yg last tu..SA kurang pasti plak...

    ReplyDelete
  2. tkpe nanti mana tau ada yg tau asal usul pokok ni SA tqvm ya sudi singgah sini

    ReplyDelete
  3. Pokok tak tahu kot namanya..huhu..

    Asalamualaikum kak..selamat mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii yan ade ke nama pokok tak tau , selamat malam yan waalikmusalam warah matullah

      Delete
  4. banyak juga tanaman ediblle garden noor ya..senang petik saja bila perlu...xkenal juga pokok yg last tu...unik bunga n daunnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah P dulu masa tanam memang tau apa nama nya, tapi biasa lah dah tua2 ni mudah lupa langsung tak ingat

      Delete
  5. slm kak noor!lama xmenyinggah.wah,byk juga bunga kt rmh kak noor yer..rse mcm nk lukis jer...ummul suka lukis bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la Ummul kaknoor pun lately sibuk sngt, wahhh pelukis ke ni besttt nye sila lah lukis nanti tunjukkan kaknoor tau

      Delete
  6. Teringin juga nak menanam tapi entah bila nak mula .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah mula mesti tak mau stop wan hehe..

      Delete
  7. Salam kenal Kak Noor.. follow sini juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih jugak dari kaknoor sudi follow kaknoor ya

      Delete
  8. meriahnya laman kak noor, suka saya suasana hijau gini.. selalu tanam pokok tak menjadi je kenanpa ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam lah yg senang2 dulu Nazle insya allah bila dh yg mudah menjadi boleh lah try yg agak susah sikit..

      Delete
  9. Thanks for sharing, kak Noor. Suka tengok your garden, subur sangat <3
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lagi jeles ur garden Muna, ala punya biasa2 je ulaman yg mudah2 di tanam last2 sampai tak ingat nama nya hahaa

      Delete
  10. Kak Noor, bunga melor kat rumah saya yang jenis kuntuman kecik dan tak berlapis cam kak Noor punya ni... tapi sekali berbunga harumnya semerbak sampai dlm rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun nak jugak yg jenis kecik tu sweetie tapi lom terjumpa lagi nak buat koleksi lah kononn ni

      Delete
  11. ooooo...bunga melur cenggitu rupanya....baru tauuu....hihih

    ReplyDelete
  12. Banyak pokok utk masak keliling rumah noor. Kak zai hanya serasi dgn pokok bunga klau yang lain tak mau menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak serasi dgn pokok ulam ni kakzai, kalau pokok bunga selalu KO jugak

      Delete
  13. wahhh... kak noor.. bestnya tanaman kat rumah kak noor. inspirasi untuk saya ni.. saya pun ada tanam kailan dan sawi, cili, ulam raja.. pastu pokok2 herba oregano, rosemary, basil.. bestt kan kak noor... bila nak kita petik je.. rasa sangat freshhh! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa nya kita sama serupa Lia, suka menanam, akak pun ada oregano rosemary basil nanti sesekali akak tunjukkan hehe puas hati kalau dpt makan hasil tanaman sendrii kan

      Delete
  14. assalam kak nor,
    pokok tu nama di tmpat saya dipanggil pokok sepanjang.
    sangat sedap dibuat masak kerabu selepas dicelur hingga lembut..rasa pahit2 sedap
    khasiat sangat bnyak untuk org perempuan..arwah ibu selalu ingatkan saya ttng kebaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam zizah
      terimakasih ya rupa nya nama nya sepanjang ke?
      boleh buat kerabu ke bunga nya tu
      insya allah nnti suatu hari kaknoor buat kerabu mmg sedap kalau pahit2 sikit
      apa lagi kalau ada kebaikan mesti tak tebang punya lepas ni

      Delete
  15. Salam singgah sini kak noor...wahh....bnyaknya tanaman kat belakang rumah kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hobi Mar segala jenis ulaman ada kat umah kaknoor kalau tak silap dalam belasan jenis lah ulam2 keliling umah

      Delete
  16. cantiknya tgk..msti tnang ja kt umah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah Lin akak suka tengok tanaman hijau kt umah kdg2 syg nak ambik tuk makan hanya suka2 tengok

      Delete
  17. Assalamualaikum Kak Noor,

    Cantik sungguh hasil tanaman akak.. Tanaman saya tak menjadi sebab cuaca panas sangat.. Sedih.. Bila tengok hasil tanaman Kak Noor saya mula bersemangat semula.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom LZ bekebun semula yukkk, cuaca panas kena selalu siram lah insya allah menjadi jugak tu

      Delete
  18. Bunga-bunga di laman KakNoor special.
    Kalau dekat kakak nak minta bunga telang boleh buat nasi kerabu sebab kakak ni selalu buat guna pewarna sebab tak ada pokoknya.

    ReplyDelete
  19. Hahaha... KakNoor, saya nak juga komen walaupun satu bunga yang ada di taman larangan KakNoor ni saya tak tahu. Maklumlah saya spesies tak berbudi pada tanah. Rumah pun atas langit, takda tempatlah nak berbudi pada tanah ni, Kak Noor... (alasan, alasan....)

    ReplyDelete
  20. sejuk mata memandang...kalo jiran sebelah kan bagus boleh tumpang tgk...hehhehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home