Acar Limau + Buah Kering Penambat Selera

Acar Limau + Buah Kering Penambat Selera



Assalamualaikum dan selamat bersantai lah di hari minggu ni.
Malam ni kaknoor nak kongsikan resepi acar limau dan buahan kering.
Resepi asal memang ada masuk buah limau tapi disini kaknoor letak mana yang ada kat rumah je, buah limau of of stock, tapi dah teringin nak makan acar limau, jadi buat lah, takde cacat pun rasa nya kalau tak de limau asalkan cukup bahan-bahan rempah tu.
Jom tengok resepi kaknoor, boleh jugak derhaka kalau tak suka banyak rempah, tapi bagi kaknoor kalau banyak rempah lagi besttt wangi kita punya acar tu.

 
 

BAHAN
 2 biji limau nipis direbus sehingga lembut campur gula dan garam sikit
Buah2 kering sukahati je nak letak, kat sini akak letak
Sedikit prun, limau kering, kismis
10 ulas bawang putih di belah dua
10 ulas bawang merah atau lebih di belah dua atau tiga
2 inci halia dihiris memanjang 
sedikit biji sawi dan bijan
1 sudu ketumbar yg sudah digoreng dan di mesin 
1 sudu jintan manis digoreng dan di mesin
1 sudu jintan putih di goreng dan dimesin
2 sudu cuka makan
2 sudu serbuk cili
3 sudu gula merah
secukupnya kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
5 biji cili padi


CARA
  • Buah limau yg sudah di rebus dibelah 4 *kalau tak suka isi nya boleh lah dibuang tinggalkan kulit nya,akak buang sikit lah supaya tak pahit sngt
  • Masukan 3 sudu minyak dalam periuk dan tumislah bahan hiris,bawang merah, putih, halia dan kulit kayu manis,  bunga cengkih dan bunga lawang jugak biji sawi
  • Kacau biarkan layu sekejab masukan bahan mesin jintan manis, putih dan ketumbar dan kacau selalu supaya tak hangus
  • Kalau perlu tambahkan sedikit air bersama - sama  serbuk cili  dan masukan bersama bahan tumis, kacau lah biar sebati
  • Kacau sehingga serbuk cili pecah minyak
  • Masukan buah2 an kering jugak limau yang telah di belah tadi.
  • Tambahkan cuka, air, gula merah dan garam dan bijan
  • Masak lah dengan api yang perlahan dan boleh lah di tambahkan dengan cili padi atau cili besar pada yang tak suka pedas
  • Tambahlah air kalau ia nya terlalu kering, acar ni lebih sedap kalau ada kuah sikit2
  • Dah cukup rasa masam manis pedas dan masin boleh lah ditutup api
  • Acar limau ni elok di biarkan semalaman baru di makan.

Sebenarnya yang kaknoor teringin sangat nak buat acar ni sebab ada lebihan nasi tomato semalam, macam sedapppppppp je di makan dengan acar buah ni, jadi korek-korek buah kering mana yang ada, maka nya makan nasi hari ni tambah 2x tenghari dan malam pun 2x hahaha bahaya sungguh acar ni kan...

 

18 comments:

  1. Replies
    1. akak pun kalau ada benda memang laris sangat nasik yan ayoyo

      Delete
  2. acar ni leh simpan lama dalam peti sejuk. suka makan acar dengan ikan masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lah bertambah2 nasik Lea kalau ada ikan masin lagi adoiiii tak larat nak angkat badan dah ni

      Delete
  3. makan dgn nasi putih panas2, sedap ni..memang penambah selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acar ni makan dgn nasi putih ke nasi lemak ke, kuning hijau semua menjadi je kan nohas

      Delete
  4. mkn bertambah tu...samalah ngan JM kak Noor..kalau mkn nasi dgn acar..x de lauk lain pun x de hal..suk mkn acar..nak buat sendiri? ehehe..tunggu datang rajin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat mmg nak bagi JM ni sbb buat acar memang kena banyak alang2 kan supaya dapat makan lama, ada lagi ni dalam esbok esuk mai lah amik sini ok mesti bertambah nasik heee

      Delete
  5. Acar buah...saya memang tak pandai buat...tetapi mak kepada adik ipar saya pandai buat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh try resepi kaknoor Fida mudah je pun

      Delete
  6. wah mudah saja cara noor merebus limau nipis utk acar ya..xyah nk guna daun jambu r daun kapal terbang n pinang cuma guna gula saja...boleh cuba ni kak minat sgt acar limau ni...tq noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah P dgn gula pun dah ok dah mudah, try lah, memang lah ada pahit sikit2 tapi kalau tak pahit langsung tu bukan limau lah tu kan hehee
      lagipun yg pahit tu kan ubat..

      Delete
  7. Ohhh, baru saya tahu kena buang isinya kalau tak mahu pahit. Selama ni saya memang tak suka sangat acar limau sebab rasa pahitnya tu tak gemar :)
    Thanks, Kak Noor. Nanti nak cuba buatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah farah mana tau lebih sedap lepas ni acar farah kan

      Delete
  8. suka suka.. tapi kalo belah utara jarang jumpa ni.. kalo balik Bangi yes mesti akan ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belah utara ada acar limau ja kan Siti, yang ni kaknoor buat caca marba limau dan buah2 kering hahaa

      Delete
  9. Klu dpt yg xmkn nasi pun xpe.... Klu Cikba just buh asam2 kering, cili kisar, bawang putih, kayu Manis, pelaga,cuka&sos tomato je(versi t'lajak rajin)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk kisah cikna letk je apa buah fav kita, asalkan ada rasa pedas, masam, masin dan manis mmg teerbaikkk

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home