Asam Pedas Ikan Kembung & Bendi Jugak Mangga Manis

Asam Pedas Ikan Kembung & Bendi Jugak Mangga Manis



ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya.
Happy weekend dan selamat bercuti untuk warga Brunei kerana minggu ni hari cuti sekolah walaupun hanya seminggu saja , tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya dah kurang sibuk sikit dari biasa dan yang penting dapat update blog kesayangan ni kan..

Jom tengok resepi hari ni, resepi yang tak dapat tidak seminggu mesti sekali atau dua kali masak ni sebab ramai sangat peminat dengan asam pedas ni.



ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahannya
Beberapa ekor  ikan apa saja dibersihkan 
3 sudu besar air asam
1 sudu kecil jintan putih serbuk
1 sudu kecil lada hitam serbuk
beberapa biji cili besar hijau dan merah
beberapa biji bendi di bersihkan
sedikit daun kesum 
sekuntum bunga kantan
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula

Bahan kisar
15 biji cili kering
2 batang serai 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
1 biji buah tomato 


Cara nya
1.   Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi. 
2.   Kalau terlalu pekat masukan sedikit air dan masaklah sehingga cili betul-betul masak. 
3.   Kemudian masukan serbuk jintan, serbuk lada hitam, asam jawa,  kacau rata.
4.   Masukkan daun kesum , bendi,  bunga kantan dan  masaklah sehingga kuah pekat dan keluar minyak.
5.   Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa. kalau suka berkuah tambah lah air secukupnya.
6.   Lepas tu masukan  ikan  dan cili besar masaklah sehingga mendidih dan ikan lembut.
7.   Tutup api bila dah secukup rasa.


Lepas makan yang podeh-podeh tu apa kata kalau kita berdessert dengan buah mangga yang manis ni, memang terangkat kalau makan buah mangga ni manis dan fresh from belakang rumah hahaha..

SELAMAT MENJAMU MATA 
JANGAN MARAH HA....

22 comments:

  1. Asalamualaikum kak...happy weeken
    :-))
    Asam pedas ikan kembung ni tak cukup 2 ekor kalau yan...suka ratah....sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yan
      betul tu akak pun suka meratah tau last2 tak makan nasi hee

      Delete
  2. Salam singgah kak noor ,,lama x singgah sini..wani buat asam pedas x pernah letak jintan putih.. Unik yg kak noor buat ni hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani kalau letak jintan putih lebih wangi kaknoor suka tapi mesti di goreng tanpa minyak dulu jintan putih tu baru di kisar

      Delete
  3. wah..sedapnya asam pedas dh lama tak makan

    ReplyDelete
  4. Perghhhh..terangkat menu kaknoor ooii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha doc Ina jom ber asam pedasss yuk meratah pun best ni

      Delete
  5. asam pedas ikan kembong sedap ni..terutama kalau ikan segar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan segar manis kan P waduhhh mmg tak cukup nanti sepeyok

      Delete
  6. salam singgah sini kak noor...sedapnya as pedas ikan kembong masakkan kak noor...terliur2 diana tengoknya kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam diana
      esuk cuti boleh lah try buat asam pedas ni kalau sudi

      Delete
  7. Sedapnya asam pedas.. Lame dah tak makan, org melaka tk de sini.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap asam pedas wawa hari2 pun ok kalau kat umah kaknoor

      Delete
  8. Replies
    1. tulah nisyak yg sedap ni takut terlajak nasik la pulak

      Delete
  9. baru je smlm masak asam pedas ikan pari....masam tu yg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan masam memang sedap JM asalkan jgn muka masam dah lah hehee

      Delete
  10. Replies
    1. fav family ni nanie asam pedas bila2 pun ok je

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home