Breakfast Simple Roti Waffle Brokoli Dan Kacang Panggang

Breakfast Simple Roti Waffle Brokoli Dan Kacang Panggang





Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya.
Sarapan apa agak nya hari ni ya..
Hari ni kaknoor nak kongsikan breakfast orang malas ni 
Malas nak bancuh tepung untuk buat waffle, roti pun boleh di masukan didalam maker ni,
Jom tengok tak banyak pun bahan nya..


Kita hanya perlukan
4 keping roti gardenia
1 tin kecil kacang panggang
Sedikit nutella dan peanut butter
Brokoli atau apa-apa sayur pilihan
sedikit planta atau butter
Mestilah waffle maker lah kan...

Panaskan waffle maker
Sapu kan sedikit planta di permukaan roti
Sapu kan nutella dan letakkan diatas maker
Sapukan sekeping lagi roti dengan peanut butter.
Tangkupkan di atas roti nutella dan tutup waffle maker
Biarkan 1 atau 2 minit sehingga roti agak garing angkat.
Buatlah untuk 2 keping lagi yang berbaki.

Memang sedap roti di masukkan dalam waffle maker ni disamping cantik, ia nya jugak menjadikan lebih ranggup, bila nak menikmati nya terpulang nak gandingkan dengan apa saja kegemaran.
Disini kaknoor suka kacang panggang dan brokoli
Maka jadi lah seperti resepi ni, boleh ubah nak letak telur mata atau apa-apa.




Kalau takde waffle maker boleh guna kuali biasa je pun ok tapi takde lah nampak lubang2 waffle tu kan, tak kisah lah tu janji boleh makan dah lah kan...

13 comments:

  1. Fuhhhh! Ini breakfast kelas pertama! Selamat berhujung minggu, Kak Noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Farah kelas pertama tak sangka la pulak dpt kelas pertama ni heheee

      Delete
  2. Sedapnya... Kalau kak Zai tak payah makan tengahari dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau makan macam ni kena makan tenghari kakzai cyg, diet ke ni

      Delete
  3. Asalamulaikum..selamat pagi kak....sarapan omputih ye kak arini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorryyyyyyyyyyyy yan lambat respond busy sangat la skrg ni..omputih mari lah

      Delete
  4. Simple n yummy kak... brokoli tu makan mentah atau celur dulu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. celur dulu chemid brokoli tapi sekejab saja sbb tak mau dia layu dan kaler hijau nya jadi luntur hee

      Delete
  5. Wahhh....sedapnya kak noor....nk try buat ni esok...hihi

    ReplyDelete
  6. kak nor..rasa seperti bfast di hotel lah

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home