Double Baked Potato Ku Montok & Sedap

Double Baked Potato Ku Montok & Sedap


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua nya dah lama akak tak letak resepi kat sini kan.
Ni pun resepi tersimpan dalam dalam draft masa anak-anak kaknoor balik bercuti baru ni, mcam-macam depa nak makan, sebenarnya kentang ni boleh saja kita letak apa saja yang ada kat rumah asalkan sesuai rasa nya, dalam inti nya kaknoor letak sikit cili flakes untuk pedas kan lagi sebab kalau takde rasa pedas memang kurang sedap ...





Bahan nya

- 6 Biji Kentang
- Segengam Daging Cincang/ayam cincang 
- 1 Ulas Bawang Putih dicincang
- 2 Biji Bawang Kecil dicincang
- 5 Sudu Sos Cili/cili flakes kurangkan kalau tak suka
- 3 Sudu Mayonese
- 1 Sudu Minyak Masak
1/2 Cawan Susu Segar
- Cheddar cheese slice  secukupnya
- Garam Secukup Rasa



Cara nya

1. Kentang dibersihkan kulitnya nya dan di bakar sehingga lembut kemudian sejukkan.
2. Potong kentang kepada dua dan korek guna sudu ditengahnya.
3. Kemudian susun dalam loyang dan ketepikan.
4. Isi kentang bahagian tengah diblend bersama susu dan sedikit garam, ketepikan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau wangi.
6. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging lembut dan air kering.
7. Masukkan sos cili dan garam secukup rasa, gaul sebati dan tutup api.
8. Biarkan daging jadi suam dan gaulkan bersama mayonese.
9. Campurkan kentang blend dan inti daging, gaul rata. Masukkan kedalam kentang, letak cheese.
10. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 10-15 minit




Disini kaknoor double letak daging tu, kat atas cheese lagi sebab nak show kan daging, kalau bila kita bakar jadi putih je memang tak cantik kan, jadi kaknoor letak daging extra dan daun kucai sebab daun bawang takde untuk hijau kan kentang ni..

16 comments:

  1. sedapnya tengok jer dh teringin nk cuba...tq resepinya.

    ReplyDelete
  2. telan2 ailio kita menengoknya Kak Noor.. bila mahu dicuba ini ya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Seri buat mesti lebih montok2 sbb tart cheese dah trover montok kalau Seri punya suka kakak tengok lah

      Delete
  3. assalam kak..

    haihh...terliur ler plakkkk tgk akak bakar2 kentang nehhh... x bleh jadik camnihh..

    kene buat jugak nihh >___<

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda muda je Juls boleh try anytime bila teringin nak bako2

      Delete
  4. Kreativiti nak menghias pun penting utk membuka selera yg nak makan kan KakNoor
    Itulah yg kakak suka tengok resepi KakNoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kakzakie aduss melambung sekejab kaknoor ni kena puji oleh kakzakie hahaha

      Delete
  5. alaaa....tegnok gmbr terus lapar...sedapnyerrrrrrrr

    ReplyDelete
  6. Bolehlah kak Zai cuba bila tetamu dtg nanti tq for the resepi noor hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan kakzai mmg tetamu happy apa lagi kalau dpt yg montok gini

      Delete
  7. Resepi baru ni..lain kali bole try ;-))

    Insyallah

    ReplyDelete
  8. Yummy ...makan yang ni jer pun dah cukup kenyang dan zat nya...

    ReplyDelete
  9. kak noor ni kan...resipi apa yg x pandai masak..petik jari je semua..ishh..kalau JM dapat jadi menantu kak noor kan best hihihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home