Kerabu Mentah Peria, Serai & Belimbing Buluh

Kerabu Mentah Peria, Serai & Belimbing Buluh



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
Menu apa agak nya di pagi ni ya..
Menu breakfast biasa lah yang simple dimple je
Menu tengahari pun kalau ada pelanggan yang tak banyak songeh mesti nak yg simple
Macam kerabu peria ni kan, tak payah masak hanya gaulkan je semua nya dan rasa.
Pada yang veteren memang suka habis dengan peria ni, sebab rasa nya yang pahit-pahit sikit menambahkan selera makan, lagi pun ada jugak kebaikan dalam peria ni kalau ada yg tak tau., jom baca sampai habis ya heheehe....






Bahannya
  • 1 biji peria dihiris nipis dan di rendam air garam sekejab/ tos kan
  • 3 biji belimbing buluh  dihiris nipis
  • 1 labu bwg besar dihiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis di panggang ranggup dan  ditumbuk kasar
  • 3 batang kacang botol dihiris halus
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 5 biji cilipadi tumbuk ( nak lebih /kurang terpulang selera sendiri )
  • sedikit gula dan garam 
  • air perahan limau nipis

Caranya
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Hidangkan.



Salah satu kebaikkan peria ialah :-

Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.  

Jom licinkan kulit muka dengan makan peria yang  sedap ni, eh sedap ke?? yang suka mesti sangat sedap peria ni kan hehee...


35 comments:

  1. sedapnya kak noor. ...sebenarnya dah lama tak makan peria ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmf sedap Lea kaknoor suka bangat ni dgn peria

      Delete
  2. as salam noor
    amboi sedapnya..
    juadah sehat ni...phit tu sesekali boleh juga mkn tu....
    nak sikit...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nor pahit2 kan ubat kan mesti kena selalu makan ni bagi seihat walafiat hehe
      mmg nak bagi Nor kalau dekat semangkok

      Delete
  3. Replies
    1. mmg sedap snagat Aishah selera nak hilangkan jerawat ni haha

      Delete
  4. alahai sedapnyaaaa....tapi SA x pandai buat...kalau buat sure rasa pahit sngat2 kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti rendam dlm air garam SA insya ALLAH kurang pahit dan rasa nya ngancam gitu

      Delete
  5. nak buatlah resepi kak nor ni,biasanya peria dimasak saja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Saniah yg tak masak ni lebih best tau masih ada rasa ubat peria tu hehe

      Delete
  6. nak buatlah resepi kak nor ni,biasanya peria dimasak saja .

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. of course dear mesti try wabru tau kesedapan ni

      Delete
  8. biasanya yan masak peria goreng campur telur...telur yan punya..sayur hubby punya..huhuhu...nak try kerabu pulak lain kali ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la yan mesti peria yan punya, dan semua yan punya hehehee kannnn

      Delete
  9. Salam kakNoor... Along suka sgt makan peria... buat kerabu camni mmg selera makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Long biarlah makan ala2 salad gini best takyah nak masak2 lagi

      Delete
  10. Kak Noor ni kan...ada je resepi2 yg mmg nak buatkan air liur kecur jer tiap kali masuk kesini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini mesti jamu mata sini dulu tau hari2 baru kedapur hehee buat lah kerabu ni mesti nak berkali2

      Delete
  11. kalau dimakan mentah, suka peria katak..belum pernah makan kerabu peria..walaupun pahit, banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. esuk2 buat peria katak pulak nohas mesti lebih ummphhh ni kan

      Delete
  12. Nampak simple...tapi mesti sedap sebab ada peria dan belimbing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang2 seangkatan kaknoor macam Bunda mesti suka ni yg ada peria dan belimbing ni

      Delete
  13. X reti makan peria... Pahit... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS masih budak2 mmg tak reti makan peria dah tau dah hehe

      Delete
  14. hai.. mamamyja sini. Singgah jap. sedapnyer tu nak sikit leh?? hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai mamamyja, pandai ke makan peria ni ? mesti mamamyja suka ualaman ni..

      Delete
  15. Selalunya kak zai buat goreng aje. Kalau mentah takut kuat pahitnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kakzai saya pun selalu goreng je, tapi ternampak resepi kat fb jadi teringin lah pulak

      Delete
  16. sedapnya kerabu dgn ulam segar yg dicampur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencinta ulam dan kerabu mmg suka sangat ni P..buat bagi pedas2 aduhhh ckp pun tak guna hehe

      Delete
  17. sedapnya kerabu peria...selalu buat goreng telur je...x pernah buat kerabu..boleh try lah lepas ni resipi dah ada

    ReplyDelete
  18. sedapnya kerabu kak noor..diana suka sangat makan peria ni...pahit tu yang bikin sedap....

    ReplyDelete
  19. Saya suka peria. Tapi tak terfikir nak buat kerabu. Terliur tgk kerabu peria ni. :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home