Mee Kolok Ala Kak Noor

Mee Kolok Ala Kak Noor



Assalamualaikum dan selamat pagi minggu semua nya.
Hari ni mesti ramai yang masih rileks sebab bercuti kan, begitu jugak di sini anak-anak pun masih sambong tidur lepas subuh tadi, hanya mama je yang tak dapat nak sambung tidur dek kerja yang banyak selagi belum siap memang tak dapat nak rileks, ni resepi semalam permintaan anak-anak mak makan mee kolok katanya, jadi mama hentam-hentam saja ikut selera kat rumah ni, letak kat Fb ramai pulak yang minta resepi jadi terus rajinkan diri menulis kat blog ni, jom siapa yang nak try test resepi ni memang mengancam sekali hadap je oleh anak-anak kat umah habis mee dan kuah sekali hahaha...




Bahan nya
4 keping mee sanggul kering
1 sudu besar minyak bijan
1/2 kilo daging kisar
4 ulas bawang putih cincang 
sedikit parutan halia.
1 kiub ayam
1/2 sudu besar lada hitam kisar
1/2 sudu besar jintan putih kisar
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
1/2 ke 1 cawan air ( kalau nak pekat kurangkan air )
sedikit capsicum merah dan hijau di buang biji dan di potong kecil
sedikit cili padi optional jika nak pedas
beberapa biji limau kasturi

 Cara nya
1.  Mee sanggul di rebus sehingga lembut, tos kan dan gaulkan dengan minyak bijan.
2.  Gaulkan mee dengan capsicum merah dan hijau yg telah di potong kecil ketepikan.
3.  Masukkan daging kisar dalam periuk masaklah sehingga air daging kering.
4.  Kacau sehingga daging cukup kering baru masukkan sedikit minyak bijan dan bawang putih.
5.  Masukkan halia, kicap manis dan masin, lada hitam, jintan putih, kiub dan sedikit air.
6.  Masak sehingga mendidih dan rasa lah ikut selera, jika nak lebih pedas boleh tambah cili flakes.
7.  Air pun boleh ikut selera sendiri jika nak lebih berair boleh tambah air, kat rumah ni lebih suka kurang air.
8.  Jika kurang garam boleh tambah dengan kicap masin.
9.  Bila nak hidangkan letakkan mee dalam mangkok, masukkan kuah dan limau kasturi.

Biasa nya mee kolok ni di makan panas-panas dan kuah pun sedang-sedang je, tak banyak macam mee sup, atau mee tomyam, just nice kuah nya asalkan tak kering macam mee goreng tu je.

Sarapan apa agaknya adik-adik kaknoor hari ni ya..
Jom tengok ada tak yang sama dengan menu kaknoor ni...

22 comments:

  1. Wah Sedap tu kak noor..Lma wana x mkn..wana breakfast air Milo pnas ja..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lama tak makan mmg laris ni wana kat sini sekali hadap je

      Delete
  2. Kita masak nasi goreng je tadi. Bestnya mee kolok kak noor.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. alhamdulilah nieza fav anak2 kaknoor cuma jarang buat je

      Delete
  4. breakfast nasi goreng pagi ni.. baki nasi semalam..
    Cili letak sekali tangkal tu..hehe

    ReplyDelete
  5. mi kolok ala noor mestilah sedap....

    ReplyDelete
  6. Salam singgah sini kak noor...sedapnya...pagi tadi Diana breakfast mee goreng...hihi

    ReplyDelete
  7. Mi kolok..2 tahun di miri xpernah merasa sy mee kolok..rasa menyesal la plak kak noor...

    ReplyDelete
  8. Mee kolok ni sebenarnya sedap kan kak... pernah order dari Sarawak dulu, tapi bila sampai dah berkulat... tak lama lepas tu Encik Suami kata, kan di Lahad Datu ada restoran mee kolok, bukan restoran saja... kilangnya pun ada ...he he heee....

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan mee ni...ada masa nak try masak. Nak rasa :-))

    ReplyDelete
  10. Kak zai nak cuba ni mesti sedap. Tq noor kongsi resepi.

    ReplyDelete
  11. Selalu dengar orang sebut-sebut mee kolok, tapi saya tak pernah rasa lagi kak Noor. Kalau tengok bahan-bahannya mcm simple je ni...

    ReplyDelete
  12. Tetiba rindu plak dengan Sarawak.. Iskkss...

    ReplyDelete
  13. alahai sedap nampak...inilah yang malas nak blogwalking ke blog masakan....lapar lapar laparrr

    ReplyDelete
  14. selalu dengar tapi tak pernah makan..

    ReplyDelete
  15. Kalau datang blog Kak Noor ni memang meleleh-leleh air liur dibuatnya :)

    ReplyDelete
  16. aha..kak umah ada mee sanggul bole htry masa mee kolok ni

    ReplyDelete
  17. Wahhh sedapnya... Ish tetiba rasa nk g sarawak....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home