Mini Cottage Pie Marbeles

Mini Cottage Pie Marbeles




ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya yang masih sudi singgah blog kaknoor.
Resepi yang tertangguh, dah lama buat tapi belum sempat masukkan dalam blog lagi sekali.
Sebenarnya memang dah lama jugak resepi ni dah ada, tapi setiap kali anak-anak suruh buat nak makan, setiap kali itu lah kaknoor akan letakkan lagi sekali resepi ni, jom tengok dan buat ya siapa yang ada lebihan kentang dan cheese tu, sedap dan mudah je pun..



    Bahan-bahan nya
    • 500 gm isi ayam
    • 1 tin cendawan butang dihris kecil
    • 1/2 botol sos tiram
    • 1 sudu teh tepung jagung
    • 2 biji bawang besar di dadu
    • 1 buku cheese cheddar diparut
    • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
    • sedikit garam dan gula
    • 5 sudu susu cair
    • mentega secukupnya
    • mangkuk timah secukupnya
    • kalau takde  mangkuk timah boleh lah guna bekas yang sesuai kat rumah masing ya..
    Cara membuatnya inti nya
    • Panaskan sedikit mentega, kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi kemudian masukan serbuk lada hitam dan lada putih
    • Kacau biar sebati masukan isi ayam dan sos tiram,cendawan,garam dan sedikit gula.
    • Rasalah ikut citarasa sendiri utk memekatkan inti bancuhkan sedikit tepung jagung dan kacau lah biar pekat dan berkilat diangkat dan biarkan sejuk.
    Cara membuat kulitnya
    • Ubi kentang direbus dan di lenyek sehingga halus kemudian masukan sedikit mentega lebihkurang 2 sudu,sedikit garam dan susu cair kedalam adunan kentang tadi
    • Gaul biar rata dan sebati.
    • Ambil sedikit inti masukan dalam mangkok timah,kemudian tutup dengan adunan kentang dan tekan lah sehingga rata menutupi semua bahagian inti,buatlah sehingga habis adunan kentang
    • Akhirnya taburkan cheese cheddar parut di atas kentang dan bakar lah sehingga cheese agak kekuningan dengan suhu 180'C selama 10 ke 15 minit .
    • Dah masak kuarkan dari oven dan dihidangkan panas-panas SEDAPPPPP sangat!!!


Kalau tak tahan dok jamu mata boleh try buat ok.
Takde bekas foil tu boleh letak dalam bekas apa yang ada kat rumah, asalkan tahan dalam oven.
Tapi kena potonglah kalau bekas tu besar kan, kalau masukkan dalam bekas macam ni senang nak makan sorang-sorang..


12 comments:

  1. resepi xpernah tahu n boleh dicuba ni...tq.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak noor, maaf lama ana tak ke sini, tadi ana ke kedai buku Popular dan ternampak buku resepi kak noor ,hujung bulan cadang nak beli..buku resepi blogger tu, Tahniah kak..so proud of you ,semoga terus berkongsi ye kak bersama kami di alam maya dan penulisan buku-buku resepi.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Ana, is ok no problem,terimakasih ya Ana sudi bercadang nak beli buku kaknoor tu, insya ALLAH selagi terdaya akak akan selalu berkongsi resepi2 disini, thanks lagi sekali ya dan sorry lambat sngt respond biasa lah tugas menteri ni merangkap macam2 jawatan dari dalam dan luar negara maka nya terlalu busy hehe

      Delete
  3. masuk sni ja dah kenyang lapar balik.. bahan2 nya mudah je kan.. nampak senang klu buat ikut juga pada tangan org, klu tangan kak noor mesti sedap, klu kena kat syida ntah laa.. cheese leh guna cheddar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeke syida mesti sedang lapar skrg ni kan haha
      kalau sesat kat brunei ni insya allah kaknoor buatkan ni

      Delete
  4. Saya mau cobain yang udah jadinya aja kaknoor .. HeHe

    ReplyDelete
  5. sy dh lama xbuat cottage pie ni kak noor....sedapnyeeeeee

    ReplyDelete
  6. Tq noor... kak Zai ambik resepinya nanti ada masa boleh cuba.

    ReplyDelete
  7. Wah kerinting kerinting keju lepas bakar memanggi nak makannya.

    ReplyDelete
  8. Yang ni dalam list..coming sson buat..huhu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home