Sago Gula Melaka Lemak Dan Berkrim PastiNya Sedap

Sago Gula Melaka Lemak Dan Berkrim PastiNya Sedap



Petang tadi merajinkan diri membuat sago gula melaka ni.
Sago dah lama beli sebab ada sorang anakanda kaknoor yang teringin sangat nak makan.
Alhamdulillah hari ni baru sampai hajat nya nak makan.
Memang sedap sangat, kaknoor pun baru je pertama kali membuat sago ni, biasa nya makan yang telah sedia untuk di ngapkan kemulut.
Hari ni buat from zero U mudah je pun cuma merebus sago ni agak lama untuk menjernihkan nya.
Tapi berbaloi memang sedap, first time jugak dessert yang kaknoor buat habis "dikerjakan" oleh budak-budak hanya beberapa jam saja hahaha...
Mesti nak buat lagi dan lagi...

Resepi ni kaknoor intai dari blog MASAM MANIS memang sedap sedap sedap.
Thanks Ita kaknoor kongsikan jugak resepi Ita dan Cikmat diblog kaknoor ok.






SAGO GULA MELAKA
Oleh : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan

200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)


Kaedah Penyediaan

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).



Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
Masak hingga gula larut
Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
Masak hingga pekat dan sejukkan

Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan

Bila sago dah sejuk dan kental, 
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.
Kalau buat dalam bekas kaca tu tak payah keluarkan terus tuang air gula dan santan
Dessert ni sangat sedap di makan dingin. 



Adik-adik yang lain mesti mencuba tau!!!
makan sejuk-sejuk memang mengasyikkan dong!!

25 comments:

  1. perghh..sedapnya..colourful lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time sedang rajin nohas itu lah jadi colourful lagi kan

      Delete
  2. Mmg sedap puding sagu ni..lemak2 manis..kalau bulan puasa ada jg kerajinan nk buat puding ni hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang heran bulan puasa depa tak minta, dah lepas posa pulak nak minta buat ni Lina

      Delete
  3. salam singgah sini sis..sedap makan ni sis time cuaca panas2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Mar frist time buat dessert sampai habis licin hahah

      Delete
  4. Suka sangat makan benda ini....tp sebb leceh sket nak dpt santan yg segar x berbau saya tukar guna susu cair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak kan diana guna susu cair lebih sihat sikit tapi masih rasa sedapp

      Delete
  5. RUPAPUN MENYELERAKAN MANDANGNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah P makan pun laris dah tk sayang nk makan sbb sedapp

      Delete
  6. bab makan benda ni memang sedap..biasanya mak yan buat masa musim buah kuini dan durian...tapi tak campur gula melaka..hanya santan...paling tak suka tunggu sagunya jernih...malas nak godak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yan bab merebus sago ni mmg lambat sangat, api kuat pun tk boleh jugak kang hangus dan berkerak lagi, kena banyak sabar saja masak ni, tapi yg susah buat ni yg sedappppppppppp

      Delete
  7. Cuaca panas memanglah sedap.Tak cukup satu mesti bertambah2.

    ReplyDelete
  8. Cuaca panas memanglah sedap.Tak cukup satu mesti bertambah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakzai mmg sedap benda ni makan sejuk2 tambahan cuaca kita hari ni huhhh segelas ni pun tak cukup rasa nya

      Delete
  9. Oh... ni kakak suka betul ni KakNoor
    Kalau sejuk lagi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai tk sempat nak sejuk jugak ni sbb tak sabar nak rasa kesedapan dia tu hahaa

      Delete
  10. walaaa...walaaaa Kak Noor... air tangan Kak Noor tak pernahlah ada yang nampak tak sedap di mata saya... semuanya sedap2 belaka! Cuma mengunggu masa bilalah boleh merasa yang ori!

    ReplyDelete
  11. Jeles sgttttt dgn kaknoor ni lah...cubaan kali pertama pun nampak sgt pro caranya..siap ada 3 layer warna lagi....saya yg tak berapa gemar mkn sago ni pun rasa terliur-liur jer...
    tangan org buat penuh kasih syg dan sepenuh jiwa raga ni kannnn...mmg terbaikkk lah hasilnya...

    ReplyDelete
  12. Ada tak jual sago yg dah siap rebus.. hahaha.. malas nak tunggu sago tu ja, yg lain senang sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa ritu selalu beli ni.. ada hari yg sedap, ada yg tak.. ikut mood jugak penjual ni pun.. santan digantikan dgn susu sejat.. sedap jugak

      Delete
    2. bulan puasa ritu selalu beli ni.. ada hari yg sedap, ada yg tak.. ikut mood jugak penjual ni pun.. santan digantikan dgn susu sejat.. sedap jugak

      Delete
  13. lama tak singgah blog kak noor, terlepas macam2 resepi.. banyak kali klik masuk, warning virus, terus tutup.. Blog kak noor fames sangat, sampai ada virus...hahahahaa

    ReplyDelete
  14. sedapnya...mkn selepas kuar dari fridge...pergh terangkat kak noor

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home