Bread Tart Pizza Topping Lebihan Kuah Spaghetti

Bread Tart Pizza Topping Lebihan Kuah Spaghetti


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya
Breakfast apa agak nya hari ni ya
Kalau ada lebihan roti gardenia tu jom buat pizza yang senang ni
Sebenarnya idea nak buat pizza ni sebab ada lebihan kuah spaghetti bolognise, biasa lah kadang-kadang time lapar tu buat apa pun semuanya terlebih., lagipun taklah  membazir daripada di buang lebihan kuah spaghetti baik di letak atas roti ni kan..


Bahan nya 
Beberapa keping roti
Lebihan kuah spaghetti
Cheese mozarella secukupnya
Bayam atau apa-apa sayur fav

Cara nya
1.   Ambil dulang tart atau dulang muffin kalau takde letak atas dulang biasa pun ok, cuma takde bentuk bulat je, tapi kalau nak bentuk bulat boleh gunting bulat jugak dan susun diatas dulang roti yang telah di bentuk bulat tu.
2.  Sudu kan kuah spaghetti di atas roti, letakkan bayam dan cheese mozarella.
3.  Buatlah sehingga habis roti dan kuah ikut kreativiti sendiri.
4.  Bakarlah dalam oven selama 10 -15 minit sehingga  cheese keperangan.
5.  Bagi kaknoor memang suka yang agak perang macam tu lebih rangup sedap.



Memang cepat laku roti tu kalau buat macam ni
Terasa macam makan pizza betul haha..



Untuk bekalan anak-anak kesekolah pun sesuai jugak ni roti yang ala pizza ni.
Sesekali oklah takyah bancuh tepung kotorkan tangan tapi dpt makan pizza jugak kan.
Selamat menjamu mata lah ya..


51 comments:

  1. Replies
    1. kenapa takut pulak anum takut gemukke

      Delete
    2. kih kih kih awak lah baca komen anum ni...leh gemuk ke?

      Delete
  2. Betullah KakNoor ini kalau dpt bawa bekal bukan sekolah aje utk mamanya kerja pun best ni
    Banyak dah resepi KakNoor yg kakak dah ikut tau.. ini entah bila akan kakak ikut rasanya.
    Sebab mudah dan nampak sedap:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mudah sngt kakzakie sbb tkyah buat topping apa2 lagi dah guna kuah lebihan kuah spaghetti tu kan
      bila ada roti mmg dah boleh cuba ni kakzakie sedappp

      Delete
    2. Waahhh ibu ibu... hebat sekali

      Delete
  3. Replies
    1. layan time baru kuar ocen mmg terbaik idzwa ni

      Delete
  4. Pernah jugak buat tapi letak atas non stick pan camtu jer, tak terfikir nak taruh dalam dulang macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg semuanya kasi lawa2 kalau nak makan pun Bunda kan dah ada dulang lubang2 guna aje lah kann

      Delete
  5. Replies
    1. nak makan Normie mesti rajin kalau tak lapaq ni

      Delete
  6. Assalam Kak..

    ade roti lebih x abis makan kat rumah..x pernah lak try camni,..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalm juls, dah kena lah tu kalau ada roti boleh try lepas ni ok

      Delete
  7. Salam...

    waduh²...meleleh air liur nieyl kak...tgk gambar nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmusalm nieyl
      benda senang je neiyl buatlah mestu tk cukup sekeping ni

      Delete
  8. Sedap ni..klu malas tak.payah masuk dalam bekas muffin pun ok kan kaknor..tp camni.lebib cantik kejadian roti pizzanya..tgok yg kak noor menggoda berul..anak2 sy suka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang sendiri PK nk cantik letak dlm bekas muffin kalau malas boleh je letak dlm dulang biasa tu

      Delete
  9. Kak noor..terliur falsya tgk..kak noor dh bg idea dekat falsya yg selalu mencarik idea mcm mana nak abiskan roti sebelum expired..nmpk sedappppppp sgt..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sebelum ni mesti bnyk roti yg dh expired tpi syg nk buang kan Sya, jom buat mcm ni mesti habis cepat tk sempt expired hehee

      Delete
  10. akalu namanya piza memang saya suka kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Nieda malas nk bancuh tepung boleh jugak buat cara ni cepat lgi boleh mkn

      Delete
  11. Best resepi ni kak noor,mudah sangat...boleh lah try buat utk anak2 ni ,jika tak roti terbiar saja tak dimakan,..dapat piza roti ni tentu sekali hadap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saniah, lepas ni mesti roti tu tk sempt nk lama2 dlm petiais kan

      Delete
  12. sedapnyer.
    biasa jugak masak spaghetti dan kuah lebih...tak tau nak buat apa. dok laa tersimpan dalam peti sejuk hihii
    lepas nie tak der laa lagi kuah spageti dok lama dalam peti sejuk ; )

    ReplyDelete
    Replies
    1. miesha selamat mencuba ya mesti lebih sdp kalau org muda buat lebih kreatif

      Delete
  13. Sedapnya... Nak cuba tapi oven takde... Huaaa takpe nanti Kak Noor pos ea.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy kalau dok brrjiran dgn kaknoor mesti nk bg pizza ni, kalau tkde oven susah sikit lah tpi kalau Mummy ada pemangang ajaib insya Allah boleh rasa nya letak atas api sekejab guna pemanggang tu

      Delete
    2. Wahh camtu esk mummy pindah sebelah umah Kak Noor..hehhee tulahh dulu ada tp dah rosak.. takpe nanti mummy kumpul duit beli ovem teruslahhh senang..hehhee :D

      Delete
    3. pindahlah Mummy akak lg suka ni ada kawan dpt buat geng bicara tingkap haha

      Delete
  14. Replies
    1. kalau suka boleh try try try mamawana kan kan

      Delete
  15. Sedapnya..ada idea baru kalau ada lebihan roti dan kuah bolognise

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fidah lepas ni jgn simpan kuah bolognise lama2 dlm petiais tau hee

      Delete
  16. Salam singgah sini kaknoor.....sedapnya kaknoor ada masa nak cuba resepi kaknoor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah pun diana resepi kaknoor boleh cuba anytime anywhere hehee

      Delete
  17. rajinnyer makk., sedapp pizza topping lebihan kuah tuu ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap wak sbb lebihan topping ni agak berair jadi bila di campurkan dgn cheese mozarella mmg marbeles sangat tau

      Delete
  18. asalamualaikum...kreatif nya kak...pinjam tangan sat...dapat air tangan akak ni bagus..pegang apa semua jadi...tak membazir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalm yan, amboiii tngan kedut dah yan tkyhlah pinjam buat malu je, sebenonya takut membazir tu tu yg dok mereka mcm2

      Delete
  19. Cantik bulat dan comel roti pizza Kak Noor. Geram tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sengaja tekap dgn benda bulat supaya cantik farah hehehee

      Delete
  20. nampak comel je...mesti rasanya pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz wanie rasa 80% mcm pizza oooo walaupun dri roti je

      Delete
  21. Ohhh tak payah dah nak buh sosej ke apa ye Kak Noor sebab kuah spaghetti tu dah ada daging hancur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Hainom sbb kuah tu dah sempurna rasa kan so no sosej lg tpi kena tmbah mozarella je alhmdulillahhh

      Delete
  22. Replies
    1. kalau guna cheese lain rasa nya pun lain lah Rin, tapi boleh try dan buat bandingan yang mana lebih sedap, sbb selera ditangan sendiri kan

      Delete
  23. Kenapalah emak saya dulu tak terfikirkan pun nak buat bekal gaya gini masa zaman saya sekolah dulu? Ekekekeh!

    Langsung tak terfikir pun nak buat macam ni, KakNoor. Okeylah sebab dalam rumah saya semua tak makan sayur, kita modify resepi ni jadi lagi senang. Kita letak tuna ajelah...Ish, tetiba rasa mengidam! Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD boleh jugak kalau tuna lagi cepat siap tu, buka je tin tuna letakkan je di roti tu, tknak sayur pun lagi memcepatkan proses buat pizza ni, kita yg buat dia kan terpulang lah MD.

      itulah kan kalau dulu2 ada ni mesti kaknoor pun sempat jugak bekalkan kesekolah ddgn pizza roti ni heheee

      Delete
  24. kak noor ohh kak noor ada je idea dia eh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home