Cara Mudah Semai Daun Sup // Sederi Hanya Di Tepi Sinki

Cara Mudah Semai Daun Sup // Sederi Hanya Di Tepi Sinki


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua nya.
Apa kabar semua nya hari ni agaknya ya
Mesti ramai yang outing hari ni kan sebab holiday kan.
Jadi hari ni kaknoor nak kongsikan tips menjimatkan pada yang rajin sikitttttt je





Cara nya mudah je
Bila kita beli daun sup tu, kita jangan terus buang akar nya tu tau!
Tinggalkan agak-agak 1 inci dari akar tu dan rendam lah dalam bekas yang muat-muat je
Jangan terlalu besar pulak, masaalah nya bila bekas nya besar batang daun sup dia akan senget.
Biarkan batang tu lurus menegak ke atas dan kalau boleh biarlah padat macam yg kaknoor tu.
Penuh dalam satu bekas, masukkan air sehingga 3/4 penuh, kalau kurang tambah lah.
Letakkan je dekat dengan tingkap di dapur kita tu kalau dapat dekat dengan sinki.
Mudah untuk kita siram supaya tak lupa bila nampak takde air.





Nampak tak dalam masa seminggu daun sup tu sudah tumbuh panjang macam dalam gambar tu.
Kalau masa perlu dah boleh potong tu, tapi kalau masih belum perlu bolehlah biarkan saja.
Sehingga semua batang nya tumbuh daun.




Agak panjang daun ni tumbuh dalam masa seminggu, lebihkurang 6-8 inci
Akar nya pun dah mula tumbuh tu, lepas ni kalau kita nak tanam kat tanah pun insya Allah
Akan tumbuh sebab dah berakar pokok nya.
Mudah kan!! nak tanam daun sup ni, tapi bagi yang rajin lah, kalau tak rajin tu bolehlah sekodeng je kat pasar setiap kali nak buat sup no hal ...




Nampak tak tempat yang kaknoor tanam tu ? hanya di atas sinki tu je supaya mudah nak siram, bekas nya pun kecik je, tak menyemakkan mata kita jugak, bila perlu dah boleh potong dan insya allah dia akan tumbuh lagi lepas tu..

27 comments:

  1. terima kasih kak kongsi tips ni... memang ada daun saderi kat umah tu. bolehlah batangnya sy semai balik senang tak yah beli sebab nak pakainya sikit, belinya secekak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Seri, kadang beli banyak dok membusuk je dalam petiais, sebelum dia membusuk eloklah kita semai je yg penting bekas tu mesti sesuai kalau dia bergoyang sana sini takut termasuk air akan lembik batang nya Seri, pastikan bahagian akar nya saja yg kena air dan sedikitlah batangnya kalau terkena pun ya..

      Delete
  2. Pernah cuba buat..tapi batangnya busuk dan tak tumbuh...agaknya sebab bekasnya terlalu besar..lain kali nak cuba bekas yang kecil sedekit..muat2 batang sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak yan, lepas ni kena cari bekas yg sesuai yg muat2 batang nya biar menegak jgn senget sikit pun tau, try la insya allah dpt makan hasil tanaman kebun sendiri tepi sinki heheee

      Delete
  3. Salam Puan Norrsiah, TKasih berkongsi ilmu. Saya memang suka bercucuk tanam dan dah beberapa kali tanam pokok daun sup ini terus kedalam pasu. Nasib tak menyebelahi, tak hidup pokok tu. Boleh cuba nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam FHA
      sama lah minat kita, akak pun suka tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan
      yeke boleh lah try kaedah macam ni
      insya allah yg pasti jgn terlalu banyak air, biar kita tambah sikit2 asalkan jgn kering dah lah

      Delete
  4. Mudahnya, kak. Nanti saya nak cubalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah utk yg suka farah kan
      tapi kalau orang tak minat memang payah ni rasa nya hehee
      selamat mencuba farah ya

      Delete
  5. Dah cuba banyak kali buat bila nak pindah ke pasu terus mati..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke wani, kalau macam tu kena letak dalam pasu tecik ni saja lah gamak nya ya

      Delete
  6. selalu gak buat kak noor, cuma iar kena tukar selalu kan supaya tak busuk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ana, tukar selalu dan tak boleh banyak jugak air nya kan

      Delete
  7. senang , ambil potong letak dalam nasi goreng.suka aroma daun sup ni ...wangi saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang nieda tambahan kita ni selalu dok ambik gambar makanan, kadang2 nak yg hijau kat atas makanan kita takyah lagi keluar cari daun kan, potong ja daun sup dah boleh ambik gambar keje kita pun senanggg

      Delete
  8. muddah utk dicuba ni rajin sikit jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je P potong ja masuk dalam bekas letak air dah siap kannn

      Delete
  9. Rajinnya akak....air paip sahaja ka akak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg air paip saja Fida tak susah pun sebenarnya kan

      Delete
  10. Salam singgah sini kak noor...senang nya kan kak noor....bila nak guna tinggal petik jak...hihi

    ReplyDelete
  11. da cuba banyak kali.mest batangnye lembik busuk.walaupun dgn akar nya saja terendam...tapi kegagalan tak mematahkan semangat ni

    ReplyDelete
  12. da cuba banyak kali.mest batangnye lembik busuk.walaupun dgn akar nya saja terendam...tapi kegagalan tak mematahkan semangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn banyak sngt letak air Hairi
      Asalkan tak kering je
      Jgn besar sngt bekas nya nnt pokok tkdpt menegak biar muat2 je ok
      Cuba lagi insya Allah boleh dan berjaya

      Delete
  13. oo. terima kasih kak. saya dah cuba cara akak. sebelum ni selalu tak jadi.rasanya, daun sup paling susah nak tanam. batang dia cepat busuk. saya malas nak ke market. jauh. tu yg cuba tanam. hairan pulak, mcm mana akak punya boleh jadi. bila saya eksperimen, rahsianya, akarnya saja yg boleh kena air. kalau kena sikit pada batang, terus rosak.����. dan daun sup tak boleh terkejut kalau baru balik dari market. kena buat mcm akak dulu, selang beberapa hari baru boleh perlahan-lahan kena matahari. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaedah sama saya buat pada ketumbar. sepupunya..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home