Chocolate Strawberry Tart The Second Yummylicous

Chocolate Strawberry Tart The Second Yummylicous


ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu adik-adik bloggers yang sudi singgah sini samaada meninggalkan komen tau just lalu ambik bau je, tak kisah lah tu, apa pun kehadiran anda sangat-sangat di alukan. 

HAPPY WEEKEND pada semua nya, walaupun keadaan masih jerebu, banyak lah berdoa mudahan ALLAH menghapuskan jerebu jauh-jauh, memang tak buat aktiviti luar waktu ni, jadi apa kata kalau kita buat aktiviti dalam rumah saja, jo try buat chocolate strawberry tart ni, memang sedap ni, kali ke2 ni  kaknoor buat guna biskut marie sebab oreo takde stok malas nak kuar haha, tapi kena adjust lah sebab biskut marie ni agak kering, kena banyak guna mentega cair. Tapi kalau ada oreo senang guna oreo sebabkan oreo ada krim nya tu jadi kita tak payah guna mentega yang banyak.




CHOCOLATE STRAWBERRY TART

Bahan nya
Strawberry segar secukupnya
330 gm biskut oreo di hancurkan
110 gm ( 1/2 cawan ) butter dicairkan
200 gm milk chocolate
100 gm bittersweet chocolate
200 ml heavy cream
Tart Pan yang sesuai

Cara nya
1.  Biskut oreo yang dihancurkan dicampurkan dengan butter cair, gaul sebati.
2.  Masukkan adunan oreo dan butter dalam pan tart yang panjang tu, tekankan supaya rata.
3.  Letakkan dalam petiais dalam 20 minit untuk menyejukkan nya.
4.  Milk chocolate dan bittersweet chocolate di potong kecil letak dalam satu bekas.
5.  Panaskan heavy cream kemudian tuangkan heavy cream didalam bekas chocolate.
6.  Kacau sebati kemudian tuangkan di dalam pan tart oreo tadi.
7.  Susun lah fresh strawberry di atas nya, taburkan dengan sedikit badam dan sejukkan.
8.  Potong dan boleh lah di hidangkan.



Honestly kaknoor suka yang guna biskut marie ni lebih rapuh, kalau guna oreo agak liat sikit, terpulang lah nak guna oreo atau marie ya.



Ini yang first time kaknoor buat memang resepi nya dah viral dalam fb suatu waktu dahulu, kebetulan kaknoor dah ada tart tin itu lah yang rajin sangat nak mencuba.



MEMANG sedap sangat gerenti tak cukup sepotong tart ni, tambahan dengan strawberry yang masam-masam manis memang marbeles, boleh try pada yang rajin hari ni or esuk ya.


30 comments:

  1. sedapnya teringin nk cuba juga ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je P boleh cuba asal ada strawberryy tuu

      Delete
  2. terliur lah kak Noor... macam nak buat aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Ita buat mesti lebih cantik dari kaknoor sbb Ita dah terbukti mmg dah pro sngttt buatlah Ita kaknoor boleh tengok cara Ita persembahkan tart ni ..

      Delete
  3. Kak noor...sedapnyaaaaaaa...macam tengok Masterchef Australia je hehehe...lagi satu..sayang nak makan sebab lawaaa sangat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii jauh sngt Wa bandingkan kaknoor dgn masterchef Australia tu, tu Ita yg atas ti baru setanding rasanya dgn masterchef Australia

      Delete
  4. Salam singgah malam kaknoor...sedapnya kak....tengok coklatnya tu buat terliur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt pgi Diana..
      boleh try lepas ni Diana tk susah pun sebab no bake

      Delete
  5. cntik nya kak noor.......nnti nak try lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja kakruby try lah kt sini kalau buat mesti kejab ja habiss

      Delete
  6. sedapnya, terliur tengok tau ... lagi satu, teknik kak noor tangkap gambar macam pro la, thumb ups :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaii biasa je pun Zie gmbr tu org lain lg hebat U..apa pun thnx lah diatas pujian ya

      Delete
  7. p/s: just nak inform, setiap kali buka blog kak noor kan ... "thread has been detected"

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Zie nnt akak bgtau anak2 sbb akak pun bkn pandai nk settle benda ni tau jalan je

      Delete
  8. Alhamdulillah jerebu dah beransur baik kan Kak...
    ohhh.. guna biskut marrie pun menjadik ye kak... sedap nampak tu....nyum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja guna biskut merie Atie cuma agak rapuh mesti lebihkan mentega

      Delete
  9. assalamualaikum kak noor..sy selalu baca blog kak noor :)

    nak tnya kalau kak noor guna biskut marie tu bakar or freeze ja?

    thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslm Maira, sama jugak kita freeze je tpi kalau guna marie kena lebihkan sikit mentega nya sbb marie tu kering jd nya dia mudah jd cam crumble tu jd pandai2 adjustlah gaul butter n marie sehingga betul dpt di tekan dlm acuan ya

      Delete
    2. thanks Maira coz sudi baca blog kaknoor ya

      Delete
    3. terima kasih kak noor..will always support ur blog :)

      Delete
  10. kak noor...JM ni rajin makan je huhhu...tgk pun dah tahu sedap...ishhh..kalau lah kita berjiran kak kak noor...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home