Doa Hari Jumaat

Doa Hari Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
DOA HARI JUMAAT
30/10/2015
(17 MUHARAM 1437H)
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد الله رب العلمين، والصلاة والسلام علي سيدنا محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Rahman, kami memohon padaMu pada  hari Jumaat 17 Muharam penghulu bagi segala hari  ini peliharalah dan selamatkanlah agama kami, keimanan kami, diri kami, anak pinak kami, kaum keluarga kami, harta benda kami dan apa saja yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Jabbar, Cantikkanlah kami dengan kesihatan, teguhkanlah kami dengan taqwa dan ketenangan, lindungilah kami dari segala asabab penyesalan samada sekarang mahupun akan datang, sesungguhnya Engkau mendengar segala permintaan kami.
Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, didik la kami untuk bersabar dalam meniti liku-liku kehidupan, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Berikanlah rezeki yang halal buat kami dan saudara saudara muslim kami. Jauhkan kami dari perbuatan maksiat dan fitnah pada hari ini dan  hari hari yang seterusnya. Semoga apa yang kami kerjakan mendapat redhaMu.
Ya Allah .... Ya Razak...
Ampunilah dosa dosa kami. Dosa kedua ibubapa kami juga mertua kami. Dosa anak-anak kami. Dosa pasangan kami. Dosa guru guru kami mahu pun yang masih hidup atau pun yang telah kembali ke Alam BarzahMu. Dosa jiran jiran kami. Dosa sahabat sahabat kami dan sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat dimana saja mereka berada dan seluruh mereka yang menjadi kesayangan kami.
  SANTAPAN MINDA
Tanda Seseorang itu Menjadi Munafik: (IMAN TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH).
Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan Seperti Lalang dimana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan Angin. Orang yang tidak teguh imanNya sentiasa Berubah ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut ikut dan Terpengaruh dengan Persekitaran.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alaamiin..
Mari Berzikir:
(Ketenangan Hati)
YA ALLAH YA ALLAH

Mulakan Langkah pada pagi ini dengan perbanyakkan Zikrullah. Ya ALLAH jadikan hari ini  AwalNya Rahmat, PertengahanNya Nikmat dan penghujungNya penuh Berkat. Menegur jangan sampai Menghina, Mendidik Jangan sampai Memaki, Meminta jangan sampai Memaksa, Memberi jangan sampai Megungkit Mengungkit. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam Sinar Kemanisan dan Sinar Kepayahan. Tetapi untuk mencapaiNya perlu Seribu macam Sinar Pengorbanan. Seyuman Tulus ikhlas boleh menyelasaikan banyak masalah dan persoalan. Senyum selalu.
Salam kasih sayang 
        

19 comments:

  1. amin.. amin....

    Salam Jumaat Kak... TQ atas perkongsian... jom zikir....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam Atie thanksss ya sudi singgah sini

      Delete
  2. Salam Jumaat, KakNoor!

    Semoga perkongsian di hari Jumaat ni memberi manfaat buat kawan-kawan semua...

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat, kak..syukran di atas perkongsian..hari Jumaat penuh barokah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalm nohass insya Allah semoga bermanafaat

      Delete
  4. Amin ya robbal'alameen...
    Apalah yg kita harapkan kalau bukan itu semua kan KakNoor
    Moga Allah maqbulkan semua doa-doa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua memgharap redho ALLAH kan kak zakie mudahan ALLAH mengkabulkan doa2 kita

      Delete
  5. Amin...terima kasih atas perkongsian noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kakzai mudahan bermanafaat utk semua

      Delete
  6. Terima kasih berkongsi tazkirah hari ni Kak Noor....kenyang dah ni...alhamdulilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillahh hainom dh kenyang kaknoor ni mcm laparrrr jee

      Delete
  7. asalamualaikum kak..salam jumaat...amin..
    amin..amin..:-))

    ReplyDelete
  8. kak Noor..salam sabtu...baru ada kesempatan singgah sini

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home