Lepat Labu Kuning Sedap & Sangat Berkhasiat

Lepat Labu Kuning Sedap & Sangat Berkhasiat


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semuanya.
Semoga semua nya sihat-sihat sejahtera hendaknya walau apapun tugasan hari ni.
Resepi hari ni yang kaknoor nak kongsikan adalah resepi Lepat Labu yang kaknoor intai dari blog 
Jom intai resepi pada yang berminat nak mengukus lepat ni.



LEPAT LABU

Bahannya
1/2 biji labu yang sedang besar
2 cawan tepung gandum
1/2 cawang tepung jagung
1/4 cawan gula
1/2 cawang kelapa parut
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya - dibersih dan dilayur



Caranya
1.  Labu dikupas, dibersih dan rebus sehingga empuk kemudian ditoskan, dilenyek sehingga halus, ketepikan.
2.  Satukan tepung gandum, tepung jagung, gula,  dan garam ke dalam mangkuk gaul hingga rata, masukkan labu yang di lenyek tadi gaul lagi sehingga semua nya sebati. 
3.  Ambil adunan 1 sudu besar letakkan di atas daun pisang, letakkan sedikit  kelapa parut, letakkan lagi sedikit adunan diatasnya dan bungkuslah kemas2 dan masukkan ke dalam pengukus.
4.  Kukus selama 15 - 20 minit, setelah sejuk hidangkan.  






Sebenarnya sebelum kaknoor buat lepat ni ada yang pm kaknoor kat fb bertanyakan resepi lepat, tapi kaknoor seumur hidup belum penah makan dan buat lepat labu ni, jadi terpaksa lah mengintai resepi kat internet, terjumpa resepi dari blog KAK RUBY terus lah mencari labu dan buat lepat ni, rupanya sedap dan berkhasiat lepat labu ni, cuba baca sampai habis kat bawah ni ya boleh baca khasiat labu yang begitu banyak.





KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.               Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

2. Kulit Halus Berseri.   Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.

3. Antioksida.    Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

4. Rabun Malam.   Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

5.  Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.   Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya. Wallahuaklam



Jadi kalau ada yang nak awet muda dan mempunyai kulit yang halus dan mulus jom kita sama-sama amalkan makan labu kuning ni, insya ALLAH dengan izin ALLAH kita sama-sama sihat dan walafiat dalam menjalani kehidupan dan ibadah seharian.

20 comments:

  1. Replies
    1. memang sedap cheqda first time makan ni dah jatuh cintan

      Delete
  2. sedapnya lepat labu ...banyak khasiat labu n kesukaan nabi saw juga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak khasiat P, kita je yang jarang sangat masak labu ni, lepas ni boleh lah pelbagaikan masakan labu lagi kan P

      Delete
  3. Sedapnya kue itu,kak Noor.Mau rasanya ikut mencicipi:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya lah Yuyu sayang nya Yuyu nun jauh diseberang lautan mau dihantar pun agak susah ni hehee

      Delete
  4. Asalamualaikum kak..selamat malam...sedapnya kueh ni..dah lama tak buat :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmat malam yan, sorryy ya lambat respond kena buat lah tu yan kalau lama tak buat

      Delete
  5. cantik kak warna labunya. Warna kuningnya sungguh menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. labu memang cantik Rina, cuma kaknoor jarnag masak, lepas ni mesti kena selalu masak yg cantik2 ni kan

      Delete
  6. Sedap lepat kuning....kalau kelapa lagi banyak mesti sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu;lah Fida kat umah kaknoor ada yg tak suka kelapa banyak, yalah akak letak sikit je
      tapi sleera sendiri boleh letak banyak kalau suka sbb kita yg buat kan

      Delete
  7. Lepat labu memang sedap kak Zai suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayng nya kita jauh kakzai kalau tak mmg nak hantar sepinggan ni

      Delete
  8. Banyak khasiat buah labu ni. Lepatnya pun sedap...nyum2

    ReplyDelete
  9. Banyak khasiat buah labu ni. Lepatnya pun sedap...nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak khasiat Fidah cuma kekadang kita yg terlepas pandang

      Delete
  10. Saya suka labu KN.....sedapnya tengok lepat tu.
    Nak tanyalah KN....kenapa kena kasi tepung jagung KN? Bagi kilat ke?

    ReplyDelete
  11. sodapnyer : ) terliur tengok gambar nie
    tak pernah makan lagi lepat labu, nampaknyer kena laa belajar buat.
    Terima kasih berkongsi resepi yang menarik nie : )

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home