Menu Nostalgia Tak Lekang Dek Panas Tak Lapuk Dek Hujan

Menu Nostalgia Tak Lekang Dek Panas Tak Lapuk Dek Hujan


ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera ya semua nya yang masih sudi singgah disini.
Hari ni menu nostalgia kaknoor nak kongsi kan, entahlah adik-adik muda belia ni reti tak makan benda ni, kalau dulu-dulu sebelum ada kek, muffin, tart dan segala yang moden-moden memang ini lah makanan ibu bapa kita kan, apa lagi zaman Jepun dulu-dulu tu.

Walaupun kita bukan di lahirkan dizaman Jepun tapi dari cerita-cerita orang lama memang makanan ni lah yang wajib dan yang ada kan adoiii merepek-repek lah pulak ni.




Oklah ni menu breakfast kaknoor dua hari lepas kot hehee tak sempat nak masuk blog jadi hari ni lah keluar nya menu nostalgia ni, memang mudah sangat pun hanya rebus ubikayu sehingga lembut, tos kan dan cicah lah dengan sambal tumis.

Agaknya kat tempat-tempat lain mesti lain benda yang di cicah dengan ubikayu ni kan..
Kalau ada yang nak kongsi idea boleh lah, nanti kaknoor lagi tiru adik-adik semua.
Kabar nya ada yang makan dengan ikan masin kan!! tapi kaknoor belum pernah try lagi..



Oklah ya selamat menjamu mata ya..
Menu yang senang sangat , kalau ada yang terhingin boleh lah pergi cabut ubikayu kat belakang rumah, rebus dan cari lah lebihan sambal tumis semalam ke dah boleh makannnnnn kannn

Oklah sampai jumpa lagi babaiii

46 comments:

  1. Sedapnya ubi kayu rebus .....
    Kami biasa cicah sambal tumis dengan ikan kering goreng .Ada juga dengan kelapa yang digaul gula tapi anak2 tak suka manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari ikan masin lah nmpknya lepas ni Saniah thanks ya kongsi ilmu mkn ubi ni

      Delete
  2. Kak noor belakang rumah sy bukit...hihihi..kempunan nk mkn ubi kayu rebus..nk2 yg warna kuning..sedapnya..mak sy kadang2 ubi kayu tu dia sira dgn kepala santan..mmg terangkat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheqda yg kuning lebih menyerlah kesedapan nya kt sini panggil ubi mentega tulah cuma susah dpt, boleh fari kt paso Cheqda haha

      Delete
  3. Asalamualaikum..pagi kak noor...sedap sedap sedap....ikan kering kapak kak...adoi sedap tak ingat dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikmusalm yan mesti best kan dgn ikan kering, nk kena korek ubi lagi lah nmpk nya ni

      Delete
  4. Salam Kak Nor... memang peberet atie gak..ubi rebus.. alahai sedapnya makan dgn sambal+kopi O...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kita serupa Atie suka dgn sambal dan nescafe kaw kaw adoiii

      Delete
  5. saya selalu makan dgn ikan masin goreng kak nor. sedapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk nya ramai fav dgn ikan masin ni Lea tungguuu giliran ikan asin pulak nnt

      Delete
  6. Peberet!.. Balik nanti nak cari ubi kayulahh..huaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari kat mana Mummy ubi kayu tu!! kat pasar malam ke??

      Delete
  7. Boleh juga makan dengan kelapa parut yg letak garam dan gula Kak Noor
    Tapi kakak pun lebih suka makan dengan sambal tumis macam ni
    Sedapnyaaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera kita sma kakzakie suka dgn sambal tumis bila mkn ubi kayu, mcm option utk mkn ubi boleh try satu persatu nnt

      Delete
  8. ubi rebus makan dgn sambal budu noor..sedaptu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhh dgn sambal budu lgi ke P wahhh tkde budu lah di umah ni nk kena cari jugak budu ni

      Delete
  9. Salam singgah sini kak noor....Diana pun suka makan ubi rebus ni cecah apa2 sambal pun...makan time panas2 di pagi hari...terasa sangat nikmat kan kak noor...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah diana cicah yg pedas2 lagi best kan, dgn kopi kaw2 wahhhh

      Delete
  10. Salam Kak Noor.. buat sy telan ailio 88x dah ni Kak Noor. kenalah menggali ubi.. hihi.. mcm ada pokok ubi nak gali.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmusalam Seri amboii smpai 88x !!! dah tahap ktitikal dah tu baik cepat2 pergi gali Seri kang kempunan haha

      Delete
  11. WALLA.... BESTNYA KAK NOOR.. NANTI NAK PERGI CABUT UBI KAYU LAH... TAPI KITA CICAH KELAPA KAK NORR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cicah kelapa pun best jugak Ita dolu2 zaman mak2 kita dulu mmg cicah kelapa jugak atau gula je kan

      Delete
  12. Ya Allah Kak Noor.....ni faveret saya ni.....dapat pulak ubi yg empuk. Mak mertua panggil pun buat buat tak dengar hihi....
    Saya kalau makan ubi rebus suka cicah dgn sambal hijau.... sambal ikan bilis cili padi, ohhhh kak Nor terkecur tetiba ni weyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah sambal hijau ke hainom sesuatu yg baru tu belum pernah lgi try dgn ubikayu ni, kena bawak bersabo dulu tunggu next time pasti nk try jugak

      Delete
  13. saya suka ubi kayu yg tak empuk..yg keras2 gitu...
    kalau yg empuk suka buat bengkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh boleh makan ke Kam yg tk empuk tu selama ni kaknoor selalu buang je kalau yg tk empuk, ish membazir jugak tu kan insya Allah lepas ni mesti yg tk empuk pun mesti kena mkn cicah sambal hijau kan, ohhh bengkang sedapnyaaa nnt nk try

      Delete
  14. Selamat malam Kak Noor :D
    Datang blog akak ni terus rasa lapar saya, banyak betul makanan sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat malam jugak utk Kay ☺ laparrr ke kat sini boleh jamu mata je Kay, thanks sudi dtg malam2 ni hehe elok2 balik nnt tau..

      Delete
    2. Aik macam mana boleh tau saya kat opis tadi? Kak Noor ni ada kuasa apa-apa ke hihi :D
      Anyway terima kasih kak noor! Good night!

      Delete
    3. wah dpt jd nujum pak belalang dah ni Kay, heheh ok sweet dream Kay ☺😊

      Delete
  15. Sedapnya ubi rebus kak Zai suka tapi pernah terjadi lepas makan muntah2.

    ReplyDelete
  16. yeke kakzai lepas mkn ubi ni muntah2 ada yg rk kena kot

    ReplyDelete
  17. Kak Nor, angah makan ubi cicah kelapa parut, pas tu tabur garam sikit perhg...lemaknya...Kak Zaitun, mungkin ubi ni berangin sebab tu muntah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah, ada lagi ubi tu nnt try mkn pesen Angah pulak, itulah kakzai tu alah kot dgn ubi ni maka nya sampai muntah2

      Delete
  18. Suka time panas n lembut... nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubikayu selera utk semua ye dak nhhas panas dan lembut terbaikk😆

      Delete
  19. makan dengan kelapa parut dan boh garam skit pun sedap.. lamanya tak makan.. hahaha nak korek ubi kat umah mak laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn dgn kelapa parut pun lama dh tk buat mcm tu Eyda kena korek lain lah ni

      Delete
  20. Syukur Alhamdulillah Kak Noor ada rezeki juga kami tanam ubi-ubi kayu di kebun.
    Mula-mula ingat tanam untuk keluarga sendiri je. Sebab generasi Diana ni mana dah pandai nak makan ubi kayu kecuali kerepek ubi kayu.
    Tetapi rupanya ramai berminat nak dapat bekalan segar dari kebun bahagia bersama ubi kayu ni.
    Siap pos lagi juga ada.
    Dapatlah rezeki bekalkan ubi kayu juga.
    Anak-anak Diana suka kalau Diana potong saiz macam French Fries goreng panas-panas lepas dah lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Berebut-rebut makan kalau ubi kayu segar baru dituai.
    Kekadang buat goreng berlada dengan ikan bilis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya diana mcm2 jugak boleh dibuat dgn ubikayu segar ni kan, belum pernah lg kaknoor goreng mcm fries tu, nexttime insya Allah, anak kaknoor klau buat kuih diaorang tk suka sngt kecuali gore g buat kerepek mmg larisss

      Delete
    2. btw thanks diana sudi singgah blog kaknoor ya

      Delete
  21. sy suka dua2. cicah samabal n cicah kelapa + gula merah..pperrghhh judu ngan air kopi...pastu hujan turun perggggggggggggggggggggggghhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah bayangkan ujan turun lgi Rin bestnyee, kalau kaknoor bayangkan ujan turun dgn lebatnya lgi besttt kan

      Delete
  22. Nak cabut kat mananya ubikayu tu, KakNoor.... Kalau kat KL ni semuanya pun kena beli. Maklumlah laman tak boleh tanam ubi ^_^ Best apa makan ubi kayu cicah sambal tumis di petang kala sambil hirup teh ''o' panas. Saya pun biasa juga makan ubi kayu dengan ikan masin, sambal belacan, sambal kicap, kuah kari dan apa sajalah yang ngam dicicah bersama-sama ubikayu ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendekkata ubikayu apa pun boleh digndingkn yg mana bekenan dihati dan terlintas disanubari kan MD, asalkan ada manis pedas busyuk sikit 2( sambal bacanlah tu)

      Delete
  23. ubi kayu!!! dah lama x mkn..susah nak cari skrg..tapi kalau mkn asyik nk buang angin je

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home