Nasi Lemak Lemuni, Sambal Sotong & Acar Cacamarba (Epal, Timun, Bunga Kobis, Karet & Tomato)

Nasi Lemak Lemuni, Sambal Sotong & Acar Cacamarba (Epal, Timun, Bunga Kobis, Karet & Tomato)

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang sabtu untuk semua.
SEMOGA sihat sejahtera hendaknya ya.
MENU orang kampong lagi hari ni
NASI LEMAK LEMUNI 
PUYUH PANGGANG
ACAR CACAMARBA
TELUR DADAR
SAMBAL SOTONG
KACANG & BILIS GORENG



Resepi ni untuk yang ada noxxa lebih cepat dan mudah dan cepat boleh makan hehe
Kaknoor intai dari blog  DAPUR UMMI

Nasi Lemuni

 Bahan-Bahan  Nasi 
 3 pot beras  
 Santan
  Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis)
 Garam  1/2 sdt halba  
 1/2 sdt lada hitam  
 1 inci halia - hiris memanjang

 Cara-cara 
 Basuh beras bersih-bersih dan toskan.  Kemudian masukkan kedalam periuk.  Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras) Masukkan halba, lada hitam, dan halia.  Perasakan dengan garam secukup rasa  Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak.  Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap 

Untuk yang belum ada noxxa boleh guna resepi kaknoor yang  biasa dibawah ni ya, rasa nya tetap sama je


Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.

4.    Hidangkan bersama sambal kegemaran sambal sotong pun sedap ditambah ikan masin atau ikan goreng, telur masin atau telur mata kerbau, selera ditangan sendiri.




Untuk acar ni kaknoor campurkan epal hijau, timun, tomato, bunga kobis yang telah di celur sekejab, carrot, bawang besar, perahan limau kasturi, dan cilipadi yang telah dikisar, ditambah garam dan gula sedikit. Gaulkan semua nya sesuaikan rasa dah jadi acar caca marba ni. Memang sedap dimakan dengan nasi lemuni PERCAYA LAH...





Gandingan nasi ni kebetulan masih ada puyuh akak airfryer je senang tak yah nak tunggu, boleh jugak goreng atau bako dalam oven, terpulanglah selera masing-masing.Rencah lain tu ikut selera lah disini tukang masak letak, kacang goreng dan bilis goreng jugak telur dadar.


23 comments:

  1. Sedapnya..nampak gayanya kena guna resipi yang tak ada periuk tu..
    Hiasannya juga cantik kak Noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lah Fidah guna peyok biasa pun ok rasanya tetap sedapp cuma kalau guna noxxa lebih cepat je

      Delete
  2. meleleh air liur tgk. lepas ni tahu dah nak tgk mana resepi. nanti nak cuba weee

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan cuba nanti Nadia mesti nak dua tiga kali hee

      Delete
  3. Terliur dibuatnya. Kak zai nak bawa pinggan huhu...

    ReplyDelete
  4. Terliur dibuatnya. Kak zai nak bawa pinggan huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kakzai, tkyah bawa pinggan dtg je sini kita makan ramai2 heehee

      Delete
  5. Lya x da noxxa tpi msh blh buat juga kan hihi...acar akak tu nmpk sdp sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah Lya, dulu2 pun kaknoor takde noxxa tapi masih boleh makan nasi lemuni hehehe

      Delete
  6. Wah! Merah sungguh hidangannya.... lambat sampai ni, kempunan tak dapat tumpang semulut nasi lemuni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah Mie, lambat sangat hari ni dah boliawww maaaa

      Delete
  7. Mummy pernah rasa sekali je nasi Lemuni ni..hampir dah lupa rasa dia macamana ..hehehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nya tak lah ketara sangat Mummy, kaknoor rasa macam nasi lemak biasa je walaupun kita letak daun lemuni tu

      Delete
  8. Tengok je dah tau kesedapan nya...sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saniah, menu ni boleh dari pagi hingga ke petang save masa alhamdulillah kalau sambal nya pedas mmg power lah sikit

      Delete
    2. Saniah, menu ni boleh dari pagi hingga ke petang save masa alhamdulillah kalau sambal nya pedas mmg power lah sikit

      Delete
  9. sedapnya kak noor masak.. ada masa insyaAllah aiza nak mencuba buat juga nanti.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah pun Aiza boleh try sesekali bila ada masa mmg best mkn hasil masakan sendiri hehee

      Delete
  10. guna periuk noxxa memang best bila memasak, cepat.
    tak pernah buat nasi guna daun lemuni. tak tau macam mana rupa daun nie huhuuu
    kena carik kat google laa kejap lg : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. miesha dlm entry kaknoor nasi lemuni b4 ni rasa nya ada kaknoor letakkan gmbr pokok lemuni ni cer cari

      Delete
  11. sambal tu mengoda hati betul....merah menyala... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar pedas Yan tu lah ug minat sngt kt merah tu

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home