Pasta Carbonara Bersama Kepak Ayam Panggang

Pasta Carbonara Bersama Kepak Ayam Panggang



Assalamualaikum dan selamat petang semua nya ya.
Mesti semua nya dah makan tengahari kan di waktu begini.
Dan ada jugak yang sedang santai dengan bantai tak?
Hahaha apa kata kita makan pasta carbonara agak-agak kenyang tak!
NI menu breakfast dua tiga hari lepas terlepas pandang.

Kebetulan ada kepak ayam yang di airfryer masa tu, untuk menambahkan lagi rasa pasta ni kaknoor gabungkan saja kepak dan pasta, dah habis pasta gigit kepak lagi aduhhh enak bangatt..





BAHAN
1 bungkus pasta apa saja  di rebus hingga lembut / toskan dan di lumurkan dengan planta
6 batang sosej ayam/daging di hiris nipis 
1 tin susu cair 
1/2 biji capsicum merah dadu kecil
1/2 biji capsicum hijau dadu kecil
1/2 biji capsicum kuning dadu kecil
1 sudu lada hitam di kisar
4-5 ulas bawang putih di kisar
1 labu bawang besar di hiris
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit butter utk menumis

CARA NYA
  1. Panaskan kuali  dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga layu dan masukan lada hitam dan bawang putih dan kacau agar tidak terlalu garing.
  2. Bila dah agak wangi boleh lah masukan sosej, susu cair dan pati ikan bilis, kacau rata.
  3. Masukan bancuhan tepung gandum kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tambahkan garam dan gula
  4. Capsicum merah, hijau dan kuning di celur 1/2 minit dengan sedikit air panas tos kan dan rendamkan dengan air sejuk toskan lagi sekali dan gaulkan dengan pasta.
  5. Untuk menghidangkan nya, letakkan sedikit pasta dan curahkan kuah carbonara ni kat atasnya dan kalau ada kepak ke atau apa2 boleh letak je sebagai kawan pasta tu heee


Anak kaknoor memang jatuh cintan cintun dengan pasta ni, hari-hari pasta pun ok je, yang veteren lah yang selalu merungut, adoiii tak puas nya kalau takde nasik hahaa
Hantu nasik mesti hari-hari nak nasik, makan apa pun semua nya tak kenyang KATA NYAA...


34 comments:

  1. Asalamualaikum kak..yan masih bersantai dengan bantai kak..
    :-))
    Ingat nak masak sup telur soo hoon , sambal belacan je ari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam yan, sorry ya lambat respond sibuk sngt lah hari ni macam2 kerja
      sup telur pun sedappp yan tambahan ada sambal bacan adoiiii terliur lah

      Delete
  2. uii sedap nyer kak..lagi sedap mkn mase panas kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Idzwa kalau yg berkuah macam ni mesti makan time panas, kalau dah sejuk mmg tak syok dah

      Delete
  3. sedapnya pasta..sambil ratah kepak ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar selera sikit Nohas biar kotor sikit tangan tu meratah ayam kan hahaaha

      Delete
  4. Hmm... dah tak tahu nak kata apa KakNoor
    Memanglah sedap tu. Tak payah kepak ayam pun boleh licin kalau kakak yg dpt:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie, kepak ayam tu fav sangat tau, terutama tempat yg tak banyak isi tu adoiii semua benda nak letak kepak, dah kepak mahaiiii hahha
      janji happy kan kakzakie oklah tu,
      tqvm kakzakie sbb makan dialam maya boleh licin jugak hehe

      Delete
  5. Kalau pepagi bekfas pasta cenggini meriahnya kak Noor, tengahari skiplah lunch. Kenyang sampai petang... Sejak balik dari UK ni kite dah tak berapa makan nasi... hahahahhah :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pepagi je laku kalau kaknoor lah, bila dah tenghaari kena cari benda putih kecik tu jugak hahaha
      walaupun dok uk ke baru balik uk perut nasikkkkk mesti nak kena jugak sweetie
      lain lah orang tuuuuuuuuuuuuukan dah tolak nasik ke sekarang ni?? apa2 aja lah kan janji tak nyusahkan orang hahaha

      Delete
  6. Oh..kak noriah..tak pernah terfikir pun nak gabungkan pasta dan kepak ayam...nampak sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha wa cayang, kaknoor fav dan cintan cintun dgn kepak ayam apa pun kalau kebetulan ada kepak mmg nak makan sama2

      Delete
  7. boleh juga ye kak noor, sebab selalu ana guna seafood untuk carbonara ni, terima kasih berkongsi ilmu lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yang buat dia kan Ana, apa pun ok maaaaaaaaaaa lagi best makan dgn kepak ni kotor tangan sikit sambil gigit2 tulanggg aduhh besttt nya

      Delete
  8. Samalah kita noor nak juga makan nasi walau sekali sehari pun dah cukup. pasta buat sampingan hehe....

    ReplyDelete
  9. Samalah kita noor nak juga makan nasi walau sekali sehari pun dah cukup. pasta buat sampingan hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng kakzai, perut nasi, dok fikir nasik je kan, mmg tak boleh kalau tak kena nasik sehari kan

      Delete
  10. Replies
    1. makasih wak ya
      kalau gitu tenok je lah lama2 ya hehee

      Delete
  11. Replies
    1. Norrrr, mesti sedang lapar ni kan jenjalan malam2 hehee amik bau je lah ya

      Delete
  12. pasta carbonara mmg sedap tapi nasi walau sikit nk mkn juga noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu P kita ni memang pesen kampong sikit nak jugak nasik kan

      Delete
  13. waaaaaaa...pepagi dh sy terliur kak noor....sedapnyerrrr...sy suka betul mkn pasta....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. deanna boleh geng dgn anak2 kaknoor nisuka pasta sangat sangat

      Delete
  14. ish isssh issshhh.. menyesai singgah.. leleh ayaq lioq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau leleh sikit no problem tu sheila tukang masak kan banyak kat umah shiela kan sekali ketung ketang dah magic jadi laksam kah, pulut kuning kah hahaa

      Delete
  15. tgk kuah nya tu meleleh air liur den!! Kepak ayam!! My feberet tp ada org ckp jgn mkn bhgn kepak itu tempat ayam kena suntik huhuhu tp kepas is sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke tkleh mkn kepak JM bahagian ayam kepak lah yg paling fav camno ni

      Delete
  16. KN.....saya jarang buat carbonara ni....entah kenapa...tp bila tgk KN punya resepi ni mcm senang dan sedap pulak. Alaaaaa....tp saya tak de Airfryer camne nak goreng chiken wing tuuuu huhu...mesti tak sama sedap mcm KN.punya ayam hihi...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home