Pizza Noxxa Hanya 6 Minit Cepat & PastiNya Sedap

Pizza Noxxa Hanya 6 Minit Cepat & PastiNya Sedap


Assalamualaikum dan salam jumaat yang berkah untuk semua nya yang masih sudi singgah di blog kaknoor, wlaaupun ada kala nya kaknoor tak  berkesempatan untuk berkunjung balas disebabkan kekangan masa menjadi VVIP hari-hari hahaa, macam-macam kerja VVIP tak bertauliah ni kena buat hari-hari, segala jenis tukang dari tukang sapu, tukang cuci, tukang masak, tukang driver dan macam-macam lagi, jadi masa sangat mencemburui untuk berlama-lama di dapur khusus nya.

Jadi hari ni kaknoor nak kongsikan menu mudah menggunakan periuk nasi high pressure Noxxa ni untuk membuat pizza segera hanya 6 minit je untuk masak setelah kita masukkan dalam Noxxa ni.
Ayuh tengok resepi yuk!!




Bahan doh ( sebenarnya bukan doh juga sebab cair, bukan jugak batter sebab lebih pekat dari batter )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2/3 cawan air suam
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh yis

Cara nya
Masukkan je semua nya dalam satu bekas, kacau biar rata, dan tuangkan dalam periuk noxxa, perapkan dalam 30 minit.

Bahan topping
4 batang sosej ayam/daging hiris
1/2 cawan cheese mozarella parut
1 biji bawang holland hiris bulat
3-4 biji cili padi hiris ( versi orang suka pedas ) abai kan je kalau tak suka
sedikit cheese cheddar kebetulan ada lebih yang dah berparut
secukupnya sos cili atau sos tomato
sedikit oregano ( terlupa nak letak )

Cara nya
Picitkan sos tomato/cili di atas doh yang kita perapkan tadi, susunkan sosej, bawang besar, cili padi ikut kreativiti,, taburkan cheese mozarella dan cheddar dan oregano. Masukkan dalam periuk Noxxa, set kan High Pressure selama 5 minit kemudian Stirfry 1 minit.  Alhamdulillah pizza kita dah siap dan boleh di makan.  Ranggup di bawah dan lembab di atas .  Sekali hadap je dah habis dimakan panas-panas. Kalau ada yang tak suka berlama-lama di dapur sila lah skodeng Noxxa ni, amat berguna dan dapat menjimatkan masa kita.



Ini rupa pizza setelah 6 minit di masak.



Selepas 6 minit pindahkan ke pinggan dan potong, dah boleh di santap.



Kebetulan semalam masa buat tak banyak stok sayuran dalam petiais tapi tak sabar jugak nak try pizza noxxa ni sebab ada kenkawan yang antar resepi kat fb jadi hati semakin meronta nak mencuba. Maka jadi lah seperti pizza di atas, walaupun agak kurang sayur dan eksesori tapi tetap mantop.



Ini lah rupa periuk nasi Noxxa tu ya, macam-macam kita boleh olah dengan Noxxa ni , termasuk kek,  segala jenis nasi, ayam dan daging, untuk melembutkan tulang pun mudah dengan Noxxa ni.
Hahaha siap promo lagi, sila lah adik-adik cari di ejen Amway berhampiran atau contact mana2 dealer Amway mesti diaorang lebih arif lagi.

58 comments:

  1. wahhh... sedapnye nampak tu Kak Nooriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat dimasak sedap pulak dimakan Nurul mesti try ni

      Delete
  2. Saya baru oder Periuk Noxxa ni kat kawan kak noor..
    Hari isnin insyaAllah dapat..
    Nanti boleh saya cuba resepi pizza noxxa kak noor ni..
    Save dulu resepi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah yatie simpan resepi mmg senang sngt dgn noxxa ni
      yg best dia cepattt dimasak

      Delete
  3. saya agent amway - location Ampang Selangor dan area KLCC
    juga agent utk GC tea dan Nano Centa - untuk kesihatan yg lebih baik
    sila contact 0162598669 - kalau line tak go through (during office hour) - sila whatsapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh terus ejen amway masuk blog kaknoor ni Nursuria hehe

      Delete
  4. Hari2 skodeng resipi kak Noor - thanks for info and tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Nursuria thanks ya sudi singgah blog kaknoor

      Delete
  5. pizza dalam periuk? macam tak percaya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya lah sudipvssenduk zaman skrg semua boleh masak dlm periuk hatta kek pun bolehhh heheee
      cepat2 beli noxxa ni mesti banyak lagi yg u akan percaya nnt

      Delete
  6. Replies
    1. betul sngt Eyda dah lah cepat sedap pulak tu mana mau lagi kannn

      Delete
  7. periuk idaman hati tu kak..tunggu suami tiba2 baek ati nak adiahkan...nak beli sendiri..x cukup bajet lg sbb nak pindah2 rumah nih..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masak sedap2 utk suami Juls insya allah lepas tu mesti dpt noxxa nih heheheeee

      Delete
  8. salam singgah sini kak noor...sedapnya pizza....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pizza fav kat rumah kaknoor apa lagi kalau dpt yg cepat ni hari2 pun depa suka

      Delete
  9. mcm2 boleh buat ek?
    mak sy beli dh lama dkt 4 ke 5 thn cmtu cuma rebus ketupat, rebus dging buat sup n masak nasi je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekeee Zai, laaaa banyak boleh buat dgn noxxa ni tau, nanti lepas2 ni kaknoor share kan resepi yang lain yg biasa kita masak kat rumah dgn masa yg singkat.
      kawan kaknoor buat nasi goreng dgn noxxa dari mula nya beras selama 7 minit je
      bihun goreng boleh masak dlm ni, cuma belum bekesempatan cuba lagi..

      Delete
  10. ada gak kawan kat sini dok promote periuk nasi high pressure Noxxa ni kak..memang bagus dan byk kegunaan kan... sedap je kak masak tu....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki beli je Atie mmg best periuk ni macam2 bole buat dgn masak yg singkat lagi

      Delete
    2. Sapa nak harga dealer pm akak di 019-249 4819. Harga srkarsng termasuk gst rm657.20 free pos from Amway. Akak boleh tolong belikan.

      Delete
  11. kak Nor..ini betul2 mengoda..makan panas2..pergh..sedapnya kak Nor..nanti ada rezeki lebih boleh la beli periuk tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah Sura pasti rezeki menyusul lepas ni boleh dptkan noxxa ni kan

      Delete
  12. Dekat office ai pun ada yang beli periuk noxxa tu.. eemm.. siap ada datang buat tutorial lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best kalau ada tutorial Aiza akak suka mcm tu mudah faham

      Delete
  13. Selalu dengar pasal Noxxa ni KN....harap harap bagi hadiah Noxxa lah Anniversary bulan 11 ni hihi....
    Tangan KN ni kan....dasat tau.... sentuh tepung jer terus jadi pizza hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah hainom panggil2 lah noxxa ni dalam doa anda mesti dpt punya untuk anniversary november nanti
      baru magic nama nya tu hainom kalau sentuh je dah jadi pizza hairan bin ajaib tuuuu

      Delete
  14. MAKIN MUDAH MASAK GUNA PERIUK NOXA NI YER..ADA REZKI NK CARI JUGA SEBUAH...SEDAPNYA PIZZA NOOR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mudah P dah mudah cepat pulak tu kan utk surirumah mmg terbaik lah noxxa ni

      Delete
  15. Wah.. hebat betul periuk ni.. banyak yg berkongsi resepi.. tengoknya pun rasa teringin sangat.. menjimatkan masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt Aisya jimat masa tu yg paling besttt sbb masa tu kan ke emassss kannn

      Delete
  16. Assalam... lama dah tak bukak blog Noor. Harap sihat hendaknya. Bukak2 blog tengok pizza.. nyam nyam...impressive!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuusalam Nor, yalah kan mesti pizza ni memanggil2 Nor kesini kan heee sama jugak kaknoor lama dah tak singgah blog Nor
      tqvm ya sudi singgah sini

      Delete
  17. Salam singgah ..
    mcm best pula periuk noxxa ni .. semua pun boleh masak kat sini .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Mia semua boleh kita masak dlm noxxa ni dengan masa yg sangat cepat terbaikkk

      Delete
  18. Replies
    1. idaman semua wanita ni yan, tak kenal maka tak cinta ni yan

      Delete
  19. wahh pizza hut pon kene tungu 14 minit ye makk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah TL ini mesti lebih hebat dari pizza hut ni kan mesti dapatkan noxxa ni dear ahhaa

      Delete
  20. yang ni CT nak cubaaaa nanti.. nak pinjam Noxxa mak..
    last time CT buat cheese kek tapi ngeh2.. lupa tutup ketat..
    x brapa jadi sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor belum try buat cheese kek lagi tunggu lah expert masak2 dulu bru lah nk try

      Delete
  21. Assalam. Tq bagi resepi yg mudah..say dah try hp 6 mint hangus. ..maybe salah tulis kot bukan hp tapi steam 6 minit..steam 6 minit baru cun je jadinye.

    ReplyDelete
  22. Assalam. Tq bagi resepi yg mudah..say dah try hp 6 mint hangus. ..maybe salah tulis kot bukan hp tapi steam 6 minit..steam 6 minit baru cun je jadinye.

    ReplyDelete
  23. Assalam. Tq bagi resepi yg mudah..say dah try hp 6 mint hangus. ..maybe salah tulis kot bukan hp tapi steam 6 minit..steam 6 minit baru cun je jadinye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..sy xbaca komen saudari..hu hu hu..dhntlambt.. Pizza sybmmg hngus.. Ooo
      .kena stim 6 minitya. Tq..tq

      Delete
  24. Bpe harga noxxa ni Kak?sy share resepi blh?

    ReplyDelete
  25. Bpe harga noxxa ni Kak?sy share resepi blh?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikumbkak. Sy ssudah mncuba resepi ini dgn noxxa. Tp pizza sy hangus di bahagian bawah.hangusny bukan sedikit.. Hangus betuL2 dan pahit. Kalau nk mkn kena kikis dlu bahagian bawahnya.hehehehhe. Cara dan masa Sy mmg ikut yg akak bagi. Mohon bimbingan.

    ReplyDelete
  27. Tumpang lalu ye admin...sesape yang nak beli piuk noxxa ni boleh hubungi saya 0133424800. terima kasih

    ReplyDelete
  28. My pm akak laju-laju 019-249 4819.Berbaloi ada Periuk Noxxa nih...hadiah lah untuk diri sendiri. Siapa nak 11% diskaun free delivery jgn lupa Whatsapp akak ye.

    ReplyDelete
  29. Pm akak laju-laju untuk dpt kan pressure cooker Noxxa pd harga istimewa 019-2494819. Memang berbaloi ada pc noxxa nih masak nasi dan segala mcm jenis nasi cuma 5-7 minit shj.

    ReplyDelete
  30. assalam kak noor..nak tanya,perap tu biar kannn je dalam periuk noxxa tu ke?
    salam kenal kak noor..saya dah banyak masak guna resepi kak noor.. alhamdulillah semua menjadi.
    sekarang teruja nak guna noxxa..masak nasi goreng pagi td cepat je siap..pastu buat sup tulang mmg lembut..berpuas hati sangat2.

    ReplyDelete
  31. Mai beli periuk noxxa. Wasap ibu 019-2494819 untuk dapatkan harga ahli. Cepat...1 june 2017 piuk naik harga.
    019-2494819

    ReplyDelete
  32. Mai beli periuk noxxa. Wasap ibu 019-2494819 untuk dapatkan harga ahli. Cepat...1 june 2017 piuk naik harga.
    019-2494819

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home