RVC Donut Ala Big Apple

RVC Donut Ala Big Apple


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam untuk semua nya.
Menu yang masih panas ni kaknoor nak kongsikan malam ni.
Jom tengok resepi donut yang sedap ni gebus gebas je.

Resepi ni kaknoor dapat  DariDapur.Com memang gebus sangat, walaupun letak kan luar lelama masih lagi lembut hatta sampai ke malam ni gebus je, bimbang jugak takut tuan nya pun ikut gebus macam sang donut ni naya tu....haha



Bahan nya
500 gm tepung gandum
100 gm gula putih
11 gm yis
4 biji kuning telur
200 ml air mineral/ air biasa
100 gm butter
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna merah ( kaknoor guna pewarna serbuk )saje tambah resepi asal takde pewarna
minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara nya
1.  Ayak tepung bersama pewarna kedalam mangkok besar, masukkan yis dan kacau sebati.
2.  Tambahkan dengan gula, garam, telur, mentega dan gaul sebati bersama air sedikit demi sedikit.
3.  Uli doh sehingga doh tidak melekat di jari, rehatkan 30 minit.
4.  Kemdian tumbuk-tumbukkan doh dan timbang agak 40-50 gm bulatkan dan biarkan 20 minit lagi.
5.  Panaskan minyak, kemudian lubangkan donut dan gorenglah sehingga keperangan.
6.  Angkat dan tos kan, buatlah sehingga habis adunan.
7.  Taburkan gula icing atau salutkan coklat atau cheese ikut kegemaran family lah.

Kak Noor dah tak sempat nak salut coklat ke cheese ke, tak sabar masing-masing nak makan panas-panas si red velvet ni maka nya donut tu hanya di liputi salji tebal je hehee




Memang tak jemu makan donut ni, dengan kelembutan dan kegebuan dia tu buatkan hati tu nak nak nak sajaaa, tapi sabo je masih waras dan tak boleh ikutkan hati kan..



Ini lah part akhir tadi masa kaknoor sedang sibuk dok photoshoot cucunda sorang ni asyik dok main-main nak suruh kaknoor tengok dia buat macam-macam aksi, masa orang sibuk masa tu lah dia pun sibuk jugak, terpaksa lah snap muka chinese IMan ni hee. Oklah ya cukup untuk malam ni jumpa lagi esuk lusa ...

29 comments:

  1. Woww mmg nmpak gebuss gebass ni k.noor. wajib try ler..huhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah doc Ina jgn tak cuba tau rugi ni hehee

      Delete
  2. Alahai Kak Noor, temptingnya donut gebu tu. Cantik berwarna pulak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna tu spontan je tingin nak yg kaler merah farah supaya orang tengok lebih tempting terutama farah ni heheee

      Delete
  3. donut gebus setengah kilo tepong gandum mesti puas makan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak habis makan boleh frezerkan jugak P, bila2 nak makan kuarkan dan masuk microwave 1 minit je senang kan

      Delete
  4. Replies
    1. Haah kan diana..baru perasan...manis senyum nya..kalau tak serius aje..

      Delete
    2. betul tu diana dah suka senyum banding dulu yang masyammmmmm ja kan

      Delete
  5. Yan peminat donat...lembut je...gula letak banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan pun perasan jugak kah dgn Iman ni yg dah pandai tenyum2
      wahhh sama lah akak pun suka makan benda ni jugak yan asalkan manissssss

      Delete
  6. Salam singgah pagi kak noor..sedapnya dan gebu jak donat kak noor ni...diana suka makan donat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat mesti nak lontar sebijik untuk Diana yg suka donut ni

      Delete
  7. Nyummmm2..terliur tgOk donut akak gebu je,meleleh dah ayaq liuq ana ni kak..Huhu,nak try buat lah leh letak dkt kantin tmpt hubby keje ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah idea bagus tu Ana cer try mesti orang kantin suka jugak ni

      Delete
  8. sedapnya..warna merah menambah seri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah biasa warna asli donut kan nohas, try buat warna merah untuk menarik pelanggan hahaa

      Delete
  9. geeeewamnyaaa tengok !!! gebus gebus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dtg Brunei mesti gtau kaknoor tau Siti and listkan menu yg nak makan hahaha
      nak yg gebus gebas ni ke nak yg warna purple ke or apa saja lah boleh request...

      Delete
  10. wowww... kak ...laparrr nengok donut...peberet...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo kalau jiran mesti dah dpt berbiji biji ni Atie

      Delete
  11. comei cucunya....macam muka chinese jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tokwan dia chinese Fida itulah cucu nya macam tu heee

      Delete
  12. Boleh bankrupla big Apple bila semua dah pandai buat donut macam kak Nor buat..hehe

    ReplyDelete
  13. nampake menyelerakan betul dengan warna merah tu kak... yummy!!

    ReplyDelete
  14. Assalamua'laikum kak nor. Saya minta izin cuba resepinya yer.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home