Asam Pedas Ikan Pari Merah Menyala

Asam Pedas Ikan Pari Merah Menyala


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM hari minggu untuk semua nya.
DAH masak ke belum ni??
HARI NI kalau ada yang belum ada resepi nak masak apa kata masak asam pedas ikan pari, boleh jugak ganti dengan ikan lain yang fav, sebab ada jugak yang tak suka ikan pari ni kan.
Dulu arwah bonda kaknoor memang tak suka ikan pari dimasak berkuah macam ni, yang arwah suka di panggang dan cicah air asam.  Aduh sedap kan...
Tunggu bila mancing lagi ikan pari kita panggang pulak ya..


 Halba campur pun wangi kalau suka nak letak dalam asam pedas ni.


Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:

§  Beberapa potong ikan pari yang sederhana
§  5 tangkai daun kesum
§  1 kuntum bunga kantan
§  1 batang serai
§  1 sudu air asam jawa
§  1 cawan air
§  Minyak untuk menumis
§  Garam dan gula secukupnya

Bahan A
§  10 biji cili kering
§  5 ulas bawang merah
§  3 ulas bawang putih
§  1 inci kunyit hidup
§  1 sudu ketumbar

Cara membuat:

1.    Kisar bahan-bahan A
2.    Panaskan kuali dan masukan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai wangi dan naik minyak.
3.    Masukan air dan air asam jawa, garam, gula,  daun kesum dan bunga kantan.
4.    Rasalah ikut kesesuaian masing-masing dan akhirnya boleh lah dimasukan ikan pari
5.  Jangan terlalu kacau biarkan  ikan masak dengan api yang kecil sahaja.
6.    Bolehlah dihidangkan panas-panas bila dah masak 

Untuk mewangikan lagi asam pedas kalau suka boleh blender sikit daun kesum dan jintan putih bersama dengan Bahan A di atas. Ikut selera veteren memang suka sangat dengan jintan putih dan daun kesum yang di blender, tapi anak-anak kurang gemar, sesekali ikutlah selera tukang masak kan.




OK dulu ya selamat menjamu mata.
Bila dah kenyang boleh lah kedapur memasak .
Kita yang buat dia kan lagi ringkas lagi best lagi save masa kita berkuntau!!!

29 comments:

  1. assalamualaikum...selamat pagi.kak...

    ReplyDelete
  2. asam pedas feveret yan kak..biasa kalau kuahnya ada lagi yan buat cekodok bilis...sedap kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh makan dgn cekodok jugak ke asam pedas yan belum penah try lgi kaknoor

      Delete
    2. Kuah asam pedas buat cicah cekodok kak...penganti sos

      Delete
  3. wow menyelerakan sekali..ikan merah buat sup sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan merah mmg sedap buat sup tpi klau pari mmg tk best kena as pedas je

      Delete
  4. wahh memey sedap asam pedas ikan pari merah menyala nihh., ;p

    ReplyDelete
  5. pedas berapi tak kak noor ... tengok warnanya mengancam sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berapi ni Nieda sbb dlm umah ni mmg hantu pedas kecuali sorang je yg tk suka pedas hehe

      Delete
  6. Arwah bapak saya pun suka panggang ikan pari cicah air asam kak noor...
    Nak juga buat asam pedas ikut resepi kak noor ni tambah jintan putih,belum pernah rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kalau gitu Saniah dgn selera arwah emak kaknoor suka panggang pari cicah air asam

      Delete
  7. Peerggh..gambar tahap menusuk kalbu ni Kak Noor. Nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tertusuk ke tu Fidah sakit tak ?? hehee jgn marahhh

      Delete
  8. huihhh....menyala2 warna nyer...hirup sedap nihh kak noor...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau merah mcm ni tk digalakan hirup Deanna nnt habis tisu sekotak nayaaaa

      Delete
  9. saya suka makan asam pedas
    tapi masih belum mahir masak asam pedas...hehe
    jujur betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhhh YY asam pedas masakan yg paling simple belum mahir tk caya lahhh kaknoor

      Delete
  10. dulu2 saya tak reti makan asam pedas, takut nak mencuba. tapi bila sekali cuba rasa.... perghhhh menyesal tak makan dari awal dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tau tkpe kan EE
      asam pedas ada bnyk versi
      versi tumis or rebus tpi dua2 pun sedapppp

      Delete
  11. Agak ganjil sikitlah cara masakan KN ni .... KN buh ketumbar yee....
    Nak cuba masuk ketumbar ke tak? Nak ke tak? Maklumlah lari dari kebiasaan kena pikir banyak kali hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor mmg suka buat yg lain sikit hainom pelbagaikan rasa asam pedas tu cer try mesti sedap, asam pedas kaknoor tk letak belacan yalah kaknoor letak ketumbar dan jintan putih sedappp tau

      Delete
  12. Sedapnya asam pedas dari dapur kak noor.. Aiza suka asam pedas, ikan apa pun tak kisah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas kepala ikan pun sodap Aiza pendekata yg ikan2 ni di asampedaskan mmg terbaik

      Delete
  13. Saya kan.... tak pernahlah balik rumah dengan tangan kosong selepas jenguk dapur Kak Noor tau.... sebab bawa lioq meleleh-leleh sepanjang jalan ha ha haaa... ada-ada aje hidangan yang mengecurkan di sini! Haduh!

    ReplyDelete
  14. Terliur-liur tengok asam pedas ni Kak Noor.
    Kalau campur dengan batang keladi agaknya boleh ke?

    ReplyDelete
  15. hmm sedapnya..
    saya suka ikan pari..
    tapi sepertinya di Indonesia tak ada bunga kantan

    ReplyDelete
  16. kalau warna kuning bukan asam pedas namanya kak Noor kih kih kih kih

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home