Mee Goreng Kambing Panggang Telur Dadar Marbeles

Mee Goreng Kambing Panggang Telur Dadar Marbeles


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya.
Pagi isnin yang agak malas sebab semalam dah cuti kan.
Jadi nya hari ni makan yang simple dimple je mee goreng pun ok lah tu.
Kambing tu lebihan yang telah di panggang jadi dari pada membazir biarlah masukkan dalam mee ni kan, boleh saja kalau ada lebihan ayam goreng semalam di masukkan kedalam mee ni sebab kita yang nak makan kan, suka suki kita lah nak letak apa saja.





BAHAN NYA
2 keping mee telur kering direbus dan toskan
2 biji telur didadar gulung dan hiris
2 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
secukupnya daging kambing//daging panggang hiris
2 biji cili padi merah dan hijau  hiris
sedikit sawi  hiris kecil
1 sudu sos tiram
1/2 sudu cili flakes
kicap manis, masin dan garam secukupnya
sedikit minyak  untuk menumis 

CARA NYA
Panaskan minyak  dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih goreng sehingga layu, masukan batang sawi  dan kacau sebati, tambahkan dengan kicap manis, masin, tiram, cili flakes dan sedikit air agar tidak terlalu pekat, masukan mee yang telah di celur, gaul rata, rasa lah kalau kurang rasa boleh tambah garam, taburkan dengan  daging kambing panggang cilipadi hiris dan telur dadar gulung bila nak menghidangkan nya . 
Di santap  panas-panas bersama dengan teh C special memang asyikkkk bangat....




Dirumah kaknoor kalau goreng mee selalu nya kaknoor guna mee kering kerinting tu je, bukan jenis mee basah sebab mee basah macam terlalu muai anak-anak kurang suka, jadi setiap kali goreng mee memang selalu guna mee jenis kering ni lebih sedap dan lebih keras tak lembek macam mee basah yang bertimbang tu.



Pagi-pagi jamu mata oklah tu kan, bagi adik-adik bersemangat untuk kedapur menggoreng apa yang ada kat umah kan hehe jom jamu selera jom!!!

35 comments:

  1. Nyum2..sedapnya. Dah makan pun boleh jadi lapar balik nih..

    ReplyDelete
  2. Nyum2..sedapnya. Dah makan pun boleh jadi lapar balik nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee simple dimple je Fidah malas nk yg bnyk songeh

      Delete
  3. guna mi basah kena pilih mi yg betul2 elok kan noor tapi guna mi spageti pun ok kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu P kena pilih2 kdg terjumpa yg lama mmg tk sedap, spaghetti pun lg ok cuma kena rebus agak lama kecuali kalau guna noxxa kejab je hehe

      Delete
  4. ni kalau en suami sy tau ni....gerenti dia suka...dia peminat kambing hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing bako mmg the best Deanna dirstah atau diletak atas mee ni, nasib baik ur hubby tk nmpk kt blog ni kan

      Delete
  5. Sedapnyaaa..tengok hiasan pun dah tergoda.
    Kat rumah saya sentiasa ada je mee kering ni kak noor,anak saya Iman tu suka makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah Iman kan sini pun suka mkn mee kering ni diratah begitu je sbb tk muak Saniah rupanya yg bernama Iman ni selera serupa gitu kan

      Delete
  6. salam sayang kak nor..skrg zila pun suka masak simple2 mcm jemu duk dapur lelama kak..sedapnya kak mee..lama x buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangmu diterima zila, lama nya tk berinteraksi di blog ni kan zila, betul tu skrg ni kalau boleh semuanya nk cpt je kuaw dri dapur kan

      Delete
  7. Replies
    1. sngt sedap Adda tpi syg anda hanya mampu tengok je kannn

      Delete
  8. Memang sesuai dengan tajuk dan nama nyer....nampak pun dah marbeles dah.... blom makan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau makan waktu sdg lapar Bunda mmg tak cukup ni, caya lah haha

      Delete
  9. Replies
    1. Yan, awat sampai keluaq ayaq lioq tรน mesti sbb kemabelesannya tu kannnn

      Delete
  10. Sama menu kita mee goreng tapi kak Zai guna mee basah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakzai, dirumah kalau guna mee basah alamat tak habis makan la , anak2 suka sngt jenis mee kering ni yg keras ni

      Delete
  11. Sedapnya...Sangat menyelerakan....

    Assalamualaikum....Nak jemput tuan blog & pengomen setia untuk memeriahkan giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung...Jemput yer...

    http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html

    ReplyDelete
  12. npak mudah..tapi hubby tak minat mee kering
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke yan!!selera org tk sama kan oklah tu siapa yg minat boleh lah try

      Delete
  13. Jarang sangat guna mee kering ni KN. Mee kering ni mee maggi ke KN? Memang pun kalau guna mee basah tu dia akan kembang sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee kering bukan maggi hainom tpi mee biasa lah cuma dlm bentuk kering, kalau nk guna kena rebus or celur dulu baru di goreng

      Delete
  14. Jarang sangat guna mee kering ni KN. Mee kering ni mee maggi ke KN? Memang pun kalau guna mee basah tu dia akan kembang sikit....

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. of coz dear AK sedap pada yg suka lah kan

      Delete
  16. Dah berbunyi-bunyi perut mengidam makan hidangan ni.

    ReplyDelete
  17. Memang kreatif kak noor ni.. Nampak sedap pula tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sdg lapar mmg terasa sedap sngt ni Aiza

      Delete
  18. mesti letak sikit je kicap tu sbb warna masih kuning..perghh egg roll!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home