No Bake Strawberry Cheesecake Yang Mmmm Yummyylicious Dessert Lepas Bercuti

No Bake Strawberry Cheesecake Yang Mmmm Yummyylicious Dessert Lepas Bercuti


ASSALAMUALAIKUM dan salam manis semanis strawberry untuk semua adinda-adinda kaknoor dan rakan-rakan blogger semua., selama kaknoor tak online ada tak yang mencari kaknoor?? aduh perasan lah orang tua ni kan. Memang takde pun yang mencari I'm very sure!!! Sebenarnya kaknoor ambil cuti tahunan yang masih banyak HAHAHA....kan ujung tahun biasanya orang bercuti melancung sana sini kan, jadi kaknoor pun bercuti jugak dari ONLINE  sesekali tu terasa nak bebas dari segala macam ofis maya ni, selama tu jugak lah kaknoor  tak menjenguk
FB, PAGES, IG, BLOG & WA 
Rasa tenang sangat  bila kita tak sibuk dengan segala benda2 di atas tu kan, kalau tak memang tangan tu dok tekan keypad saja HATTA didepan orang pun. Sungguh kurang sopan kan.  Selama menyepi tu jugak banyak kerja dapat dibereskan, kita tak fikir  pun nak update status apa2 dan takyah fikir nk komen apa2, memang best sangat BERCUTI , tapi hari ni dah START KEJA BALIK LAH :)

Dalam masa menyepi tu jugak ada anak kaknoor yang teringin nak makan no bake strawberry cheesecake ni, jadi kebetulan buah strawberry dah beli go head je lah 
Maka jadilah macam dalam gambar ni.




NO BAKE STRAWBERRY  CHEESECAKE

Bahan untuk crust ( lapisan bawah )
400 gm digestive biscuits
150 gm butter cair

Bahan untuk cheese filling
600 gm cream cheese
500 gm heavy whipping cream
150 gm gula halus
100 ml air sejuk
100 ml susu segar yang dipanaskan
20 gm gelatin halal
sedikit vanilla *kaknoor guna seeds dari vanilla pod 

Bahan untuk jelly bahagian atas
300 gm frozen strawberries
100 ml air sejuk
3 sudu besar gula halus
10 gm gelatin halal

Untuk deco
300 gm strawberries

Cara membuat crust
Hancurkan biskut dalam food processor sehingga halus.  Masukkan butter cair dan gaul sehingga menjadi seolah pasir yang basah.  Sediakan loyang bulat 24cm yang boleh di buka tapak nya.  Masukkan adunan biskut tadi dan tekan lah sehingga padat.  Masukkan dalam petiais sehingga crust nya keras.

Cara membuat filling
Masukkan gelatin dalam air sejuk dan kacau rata. Biarkan gelatin kembang selama 10 minit. Kemudian campurkan dengan susu panas.  Susu jangan sampai mendidih cukuplah sekadar jari kita dapat celupkan dalam susu tu ok. Kacau lah sehingga kedua nya sebati, ketepikan .. Masukkan cream cheese, gula dan vanilla dalam mixer. Putarlah sehingga separuh kembang, masukkan pulak whipping cream sedikit demi sedikit.  Putar lagi selama 5 minit dengan kelajuan maksima. Perlahankan kelajuan mixer masukkan campuran gelatin dan susu tadi. Putar sehingga adunan sebati ketepikan.
Potong strawberry separuh2 dan susun lah di tepi crust yang telah di sejukkan dalam petiais tadi. Buatlah sehingga penuh keliling loyang kita. Masukkan adunan filling sehingga menutupi ketinggian strawberry yang telah disusun tadi.  Sejukkan lagi dalam petiais sekurangnya 6 jam atau semalaman.

Cara membuat jelly bahagian atas
Campurkan gelatin dalam air sejuk. Kacau rata dan biarkan gelatin kembang selama 10 minit.  Sementara itu masukkan strawberry dalam satu periuk kecil, tambahkan dengan gula dan masaklah diatas api yang sederhana. Kacau rata dan biarkan strawberry mendidih sekejab kemudian tutup api. Bila dah agak sejuk sikit boleh lah di blender dengan hand blender sehingga menjadi puree. BIarkan puree suam2 kuku kemudian campurkan dengan gelatin tadi dan kacau lah sehingga sebati. Ambil cheesecake yang telah di sejukkan dan tuanglah campuran strawberry gelatin di atas nya. Pastikan jelly memenuhi diatas kek dan sejukkan lagi didalam petiais selama 2-3 jam lagi. Bila jelly dah keras keluarkan dan biarkan disuhu bilik selama 15 minit utk memudahkan kita keluarkan dari loyang.
Sediakan pisau yang tajam dan air panas, celupkan pisau didalam air panas selama 30 saat dan potonglah kek kita. Insya ALLAH kek kita akan licin dan cantik.





Memang agak rumit cheesecake ni sebab dok ulangalik masuk petiais sampai 3x  U all  belum lagi boleh makan, mesti kena kuat tahap kesabaran kalau buat kek ni.  Tapi hasil nya berbaloii memang sedap sangat, anak-anak bagi 10 bintang ********** pada mama nya yang rajin ni hahaha. jangan ada yang muntah pulak tau!!!



Sebenarnya resepi cheesecake ni dari versi English, sorry kalau translation kaknoor agak kurang tepat, kalau ada cikgu cikgi kat sini mesti ketawa baca kaknoor punya translate tu kan. Tak kisahlah janji ada yang faham kan, tak faham boleh tanya no hal.  TApi resepi asal nya ada dalam youtube kalau ada yang rajin mengintai..

AMACAM!!!!! ok tak cheesecake ni masih ada lagi ni kalau ada yang TERHINGIN heheehee
Jangan marah tau nanti kena jual !!!!!
Klau terhingin no hal resepi dah dlam tangan boleh buat punya ...

45 comments:

  1. Emmmm dapnyaaaa..
    Pagi2 dah terliur ni Kak Noor..
    Kena save dulu resepini..
    Semalam saya baru cuba resepi Pizza by noxxa kak noor tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sdp sngt yatie kek ni fresh rasa strawberry, btw pizza noxxa tu next time kalau yatie buat cuba try steam 7 minit dan stir fry 2 minit lgi bestt tau!!

      Delete
  2. aduhai dugaan dugaan...cantik jadinya macam kat kedai kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx yan, ye ke ini lah rumah kedai hehee
      kalau berjiran mesti yan dah dpt rasa ni

      Delete
  3. Assalam kak
    Sedapnya kek. Cantik je

    ReplyDelete
  4. comel nye cake..

    bercti ke mana tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx yan ☺
      bercuti dari online je hehehe
      insya Allah mid dis akan ke sebelah timur tengah jika Allah izinkan

      Delete
  5. Replies
    1. waalikmusalm dear SS
      ALhamdulillahh dah licin pun skrg ni hehe

      Delete
  6. hehhee...sy la carik kak noor....bestnyer leh rehat2 minda kan kak noor....

    tgk gbr ni pepagi rasa lapar pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke deanna ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜€
      betul tu kekadang rasa nak larik je dri segala mcm kesibukan dunia ni kann
      dah tesliur ke ni tengok gmbr tu!!

      Delete
  7. perghhh.....anak-anak saya mesti suka makan kek cam gini. tapi saya lak tak berapa makan melainkan kek gulung jer. huhuhu

    ReplyDelete
  8. perghhh.....anak-anak saya mesti suka makan kek cam gini. tapi saya lak tak berapa makan melainkan kek gulung jer. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx El..
      sama dgn anak kaknoor suka sngt dgn kek

      Delete
  9. HMM SEDAPNYA ..KALAU BUAT SENDIRI HRP MENJADI YA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah P kena banyak study jugak buat kek ni baru menjadi lgipun agak rumit tpi kalau hati dh bekenan mesti senang benda yg rumit pun kannn

      Delete
  10. saya datang membawa tupperware..kut2 ada baki lagi kek yg mebeles tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh minta tupperware tinggi tu Kam jgn tupperware pendek kang tk muat pulak hahaha

      Delete
  11. Mengancam kak Noor... Disgustive biskut pulak mmg sedap! Bila dah potong tu macam ais cream pun ada..,

    Yummy bak sepotong lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap sngt sweetie anak2 suruh diaorang beli barang mama nya apa lgi benda baru mmg suka sngt

      Delete
  12. lawatan balas... saya folo kaknoor kat no 319

    sedapnya tengok kaknoor... tengok pulak waktu tengahari macam ni... alahaiii, mai sepotong ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macih Lemang sudi follow kaknoor
      sepotong tk cukup ni gerenti haha

      Delete
  13. Best juga annual leave KakNoor terluang dgn hidangan lazat menggoda
    Untunglah anak-anak dpt menikmatinya
    Kakak dpt tengok gambar pun jadilah... kalau dekat memang nak juga sebab kata masih ada lagi hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kakzakie kdg tu mcm malasss je nk online tu lah dok memerap kat rumah je buat kerja rumah kemas mana yg patut, nk jugak ke ni kakzakie

      Delete
  14. waaaa.. cantiknya kak noor decorate.. mcm kat kedai plk.. btw, zety ade jual tpg cheesekek ni.. juz bancuh dgn air je.. simpan peti.. free topping.. lagi jimat.. hehe.. eh. terpromote pulakk..hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekee mamacake, tpi kaknoor kt brunei ni boleh anto ke lagi bestt tu kalau dpt anto

      Delete
    2. Waa.. Jauhnye.. Hehe.. Boleh je hntr kak noor.. kalau nak gtau je.. Yg lain2 pn ada. Hehehe.. ;)

      Delete
  15. Wah bestnya banyak pieces boleh masuk dalam perut ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul diana berebut anak2 makan mmg lazat sngt sbb stoberi nya fresh mmg sedapp ooo

      Delete
  16. Ada lagi ke noor? kak Zai nak bawa pinggan hahaha....
    nampak cantik tentu rasa dia sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dh licin la kakzai tkpe peemintaan banyak ni dri customer boleh buat lg bg kakzai sepotong hehehe

      Delete
  17. betul tu kak noor, ana pun kalau bercuti memang tak online dah social media ni kecuali whatsapp, erm sedapnya tengok pun dah rasa sejuk je kek tu..Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Ana kdg2 tu rasa mcm tk mau tau dh apa2 nk layan family je, selalu jd kurang sopan bila dngr hp berbunyi mesti nk tengok je haha, sdp sngt kek ni i tell u Ana mesti kena buat ni

      Delete
  18. alahai kak..sodap bebenor nengok ni... si abg Pae tu peminat tegar stawberry....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie patut buat kek ni utk si abg Pae tu kalau dia suka kaknoor nk anto jauh sngt ni

      Delete
  19. Mampu tengok sambil telan lioq je kak ..

    Hwaaaa... sedapnya..

    ReplyDelete
  20. Mampu tengok sambil telan lioq je kak ..

    Hwaaaa... sedapnya..

    ReplyDelete
  21. Mampu tengok sambil telan lioq je kak ..

    Hwaaaa... sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah mana yg mampu Huda tkdpek kaknoor nolong ni kecuali dtg sini bru dpt telan lioq dan telan kek ni sekali..

      Delete
  22. kalau JM bercuti dari WA, IG dan FB tu leh 'gila' hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha yalah org muda tkleh cuti dri segala mcm tu tpi org tua boleh lah JM

      Delete
  23. kak noor!! hanya mampu tgk je resipi ni mmg x pandai nk buat lah..pandai mkn je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pun oklah JM jamu mata biar mata je yg kenyang..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home