Selamat Hari Minggu & Berehat Dari Segala Tugas

Selamat Hari Minggu & Berehat Dari Segala Tugas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
DOA HARI AHAD
08/11/2015
(26 MUHARAM 1437H)
بسم لله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya  Tuhan kami, ketika kami sekeluarga berhimpun seperti mana biasa kami lakukan di hujung minggu dalam mengeratkan perasaan kasih sayang dan silaturrahim , pada hari Ahad  26 Muharam yang mulia ini, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah di amanahkan.
Ya Allah,  Bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan bersama-sama keluarga kami. Perindahkanlah hari ini dengan berita yang membahgiakan dan mnceriakan kami.
Ya Allah, izinkan kami menghayati rahmatMu dengan sebaik-baiknya. Jadikanlah Al-Quran itu penyuluh hati kami, tunjukkan jalan yang benar utk kami ikuti,  perkara yang bathil agar kami jauhi.
Ya Allah, corakkan akhlak kami dengan sifat-sifat MAHMUDAH dan lindungilah kami dari sifat-sifat MAZMUMAH, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak anak dan pasangan kami, kaum keluarga kami dan dosa dosa guru guru kami yang masih ada lagi mahu pun yang telah tiada. Dosa dosa jiran jiran kami. Dosa dosa sahabat sahabat kami serta seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
 MUTIARA KATA
"Islam itu thabat (tetap), tetapi pada waktu yang sama ia bersifat murunah (fleksibel) . Ianya keras tetapi boleh dilembutkan, walaupun tegap masih boleh dilentur namun tidak berubah tetapi boleh disesuaikan".
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatNya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin...
Mari Berzikir:
(BERSIHKAN HATI)
YA HAYYU YA QAYYUM

Mulakan Langkah Pertama anda dengan Zikrullah pada hari minggu ini dengan kebaikan dan Keikhlasan. Hargailah sesiapa sahaja yang ada disamping kita walaupun jasanya tidak sebanyak mana. Yang membuatkan kita Kuat adalah DOA. Yang membuatkan kita Dewasa adalah MASALAH. Yang membuatkan kita Maju adalah USAHA KERAS. Yang membuatkan kita Hancur adalah PUTUS ASA. Yang membuatkan kita Semangat adalah HARAPAN dan IMPIAN. Yang membuatkan kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dengan Keheningan Jiwa dan memperbanyakkan SUJUD kepada ALLAH swt dengan memperbanyakkan sedekah serta Senyuman yang Ikhlas.
Salam kasih sayang
Jom senyum ☺ sedekahkan pada ahli keluarga dan sesiapa saja yg berada disamping kita masa ni. 

13 comments:

  1. selamat berhujung minggu noor...susunan kata yg terbaik memotivasi diri...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jugak utk u P
      gudnite dan selamat berehat jugak

      Delete
  2. Motivasi yang menarik...satu persatu bait2 ayat saya baca dan fahami agar dapat laksanakan dgn keikhlasan.

    ReplyDelete
  3. Motivasi yang menarik...satu persatu bait2 ayat saya baca dan fahami agar dapat laksanakan dgn keikhlasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudahan ada manafaat utk semua Saniah insya Allah

      Delete
  4. Replies
    1. thanks SS hari minggu mmg hari santai tk payah kerja keras sngt kan

      Delete
  5. Aaamiiin....semoga kita semua dalam rahmat Nya....

    ReplyDelete
  6. amin....amin...amin..

    salam hujung minggu kak :-))

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home