Tumpi Brunei Yang Ranggup Cicah Kari Tulang

Tumpi Brunei Yang Ranggup Cicah Kari Tulang



ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya.
BREAKFAST apa agak nya hari ni adinda semua?
KALAU rajin jom buat tumpi BRUNEI memang mudah dan sedap.
LEBIHKURANG macam roti canai jugak tapi agak nipis dan garing jugak ranggup.




BAHAN NYA

500 gm tepung gandum
2 sudu besar mentega // marjerin
sedikit daun kari dihiris kecil
sedikit garam dan sedikit gula
air secukupnya.

CARA NYA
Masukkan tepung dalam sebuah bekas atau besen, campurkan mentega gaulkan sehingga jadi serbuk roti, masukkan daun kari, garam, gula dan air sedikit demi sedikit macam dalam gambar yang pertama tu ya, jangan terlalu lembik sebab kalau terlalu lembik susah nak gelek. Bila dah jadi macam doh tu bahagikan kepada 10 ketul atau kalau nak kecil buatlah lebih2 ya tapi lambat lah nak menghabiskan.  Setiap satu tu di gelekkan sehingga nipis, kalau agak melekat di papan canai boleh lah tabur tepung sikit. Bila dah nipis, panaskan kuali masukkan sedikit minyak dan gorenglah macam biasa kita goreng roti canai sehingga masak dan garing. BUatlah sampai habis.




Ini tumpi masa di goreng tu memang agak nipis sangat dari roti canai.




Ini kari tulang yang untuk di gu kan dengan tumpi tu, dibawah ni resepi kari tulang yang betul. Tapi yang ni versi apa yang ada saja kat rumah di campak-campak je


BAHAN KARI
1 Kg daging campur urat sikit.
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato dadu
2 cawan santan
2 sudu kerisik
sedikit minyak, garam dan gula

BAHAN TUMIS
sedikit katu manis
bunga cengkih dan lawang
buah pelaga.

CARA NYA.
1.  Panaskan minyak dan tumislah bawang merah,  putih dan halia yang telah di tumbuk, masukan bahan tumis dan kacau sehingga layu bawang nya.

2.   Masukkan rempah kari dan cili kisar yang yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

3.    Masuklah daging campur tadi, kalau perlu masukkan sedikit air, part ni kena lama sikit atas api untuk melembutkan daging tu.

4.     Bila daging telah lembut boleh lah masukkan tomato dadu, garam dan gula sedikit atau ikut citarasa sendiri lah .

5.    Akhir nya masukkan kerisik dan santan dan kacau sebati, dan masak lagi sehingga kuah betul-betul pekat dengan api yang kecil.

6.    Kari daging sedia untuk dihidangkan bersama dengan apa saja, ketupat ke, roti ke, nasi ke atau tumpi ni.



Ini lah rupa kari tu campur kacang dan kentang versi ikut sukahati.





Dah selalu sangat makan roti canai, sesekali makan tumpi ni memang sedap ranggup, tengoklah nipis kan, lagipun tumpi ni wangi dengan daun kari yang di hiris tu sedap sangat. 500 gm tepung utk tumpi tu boleh habis dalam sehari oooooooooo hahaha hantu tumpi lah pulak.


45 comments:

  1. sedap nih kak..makan panas2 time hari sejuk2...dengan kopi o lak tuuu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau Juls nk tau masa ni ujan lebat sngt mkn tumpi mmg best ni haha

      Delete
  2. Replies
    1. resepi yg mudah sngt Ela boleh try lepas ni

      Delete
  3. Boleh dicuba ni kaknoor..
    Nampak garing tumpi tu..
    Memang ngam sangatlah gu dengan kari tulang yg sangat menggoda tekak saya ni kak noor ~__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try yatie bila suka tumpi ni mmg sedap, kari tulang noxxa tu tpi malas dh nk tulis amik resepi lama je hee

      Delete
  4. Waalaikummussalam...

    Meleleh airliur tengok.

    Pagi ni kakcik buat jemput-jemput kentang je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin kakcik buat jemput2 kentang
      kenyang tu best cicah sos pedasss kakcik

      Delete
  5. salam Knor... ohh panggil Tumpi ye kak..nampak sedap juga... klu asyik roti canai mmg boring jugak..hihi..
    nak kena belajar ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslm Atie roti canai agak berminyk tpi tumpi ni kurang minyak lebih ringan cicah kari trbaikkk ni
      belajar buat dan mkn sedap yg best tumpi tkyh nk perap lma

      Delete
  6. SEDAPNYA MESTI HARUM DGN DAUN KARI...BELUM PERNAH CUBA LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni mesti cuba P masakan asli Brunei ni

      Delete
  7. ala ala lempeng melayu la ni kot kan. tapi versi rangup n versi brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap negara ada versi lempeng sendiri kn Leyla ini antara lempeng yg dipanggil tumpi disini mmg sedapp

      Delete
  8. Bila baca tajuk ingatkan tumpi adik beradik rempeyek ..
    Nak buatlah resepi Tumpi kak noor ni....jemu dah mkn roti canai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Saniah kaknokr dulu pun ingtkan rempeyek rupanya bukan seakan roti canai tpi ini digelek bg nipis try lah dear senang je pun

      Delete
  9. Adui kaknoor! kakak tengok kari kaknoor tu yg tak boleh tahan
    Kalau kakak tumpi tu macam rempeyek kaknoor - di Brunei macam roti canai ye:)
    Memanglah lawan dia kalau dgn kari kaknoor yg mengancam bukan main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie dok sebut rempeyek tingin lah pulak ni, ye kak zakie disini dipangil tumpi kueh yg mcm roti canai ni lah mmg sdp sngt dicicah kari sbb keranggupan dia tu

      Delete
  10. Dapat ilmu tumpi orang brunei camnie, dalamnya bukan kacang tapi daun kari...
    Kak kalau gu kan dengan sambal tumis sedap jugak nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti lain kali kaknoor gu kan dia dgn sambal tumis mmg power tu diana kannn

      Delete
  11. KakkkkNoorrr...nyampah tau..masuk jer kat sini...mesti terliur2 jer lihat masakan akk....mmg air tangan akk terbaik lah kak...tgklah kari tulang tu
    punyalah menyelerakannnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahh 'Aaainiiiiiii jgnlah nyampah masuk sini jamu lah mata tu bior kenyang cukup la mana tau dpt jd inspirasi utk membuat tumpi ni beesama kari tulang yg terlajak lawa tu kannn hahaha jgn marah hahh

      Delete
  12. Replies
    1. of coz Linda sehingga menjilat jari U boleh lah rajinkan diri rk susah mana pun

      Delete
  13. First time wa tengok tumpi ni k Noor..nak buat pun senang je tu kan..tapi kari tu memang mengancam K Noor...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnx Wa pasal dok puji kari tu terangkat2 dah ni terasa mcm di awangan je haha

      Delete
  14. Nampak sedap.
    Kak Noor, hantar lah ke sini siket :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fidahhhhhh
      cepat bgi alamat nk pos ni ehehe

      Delete
  15. nampak sedap tu kak noor.. macam roti canai rupanya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nk sama roti canai Aiza cuma tumpi ni lebih rangup je lgipun ianya lebih nipiss

      Delete
  16. Kak Zai mesti cuba ni nampak senang aje membuatnya. Tapi kan kari yang noor buat tu lg mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kakzai try mesti lebih sedap ni benda simple mcm ni

      Delete
  17. Sedapnye.. Rasa nak buat terus jerk.. Huhu.. Lady share yer.. 😁😁

    Salam sis

    ReplyDelete
  18. Ingatnya tumpi kacang hijau KN....hihi
    Kalau okje, tumpi ni adik beradik rempeyek, cuma kacang dia kita pakai kacang hijau...

    Betullah KN, jemu jugak asyik makan roti canai jer, sesekali nak gak tukar selera. Kalau tgk gambo tu mcm lembik jugak yer doh tu KN

    ReplyDelete
  19. Macam roti canai tapi bukan...
    Nama tumpi tapi bukan tempeyek...

    ERM......kak ni makanan yang yan tak pernah makan...mesti cuba..insyallah

    ReplyDelete
  20. Nak terai jugak la nanti bila ada masa. Kalau x mkn dgn kari sambal bilis pun jadik ni... kan kak noor

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Noor... Pe kabo? Just jenguk2 Kak Noor tersayang kat sini... Tumpi tu macam roti canai... Ehh?

    ReplyDelete
  22. hmm nampaknya sedap sekali.. seperti roti mariam ya? atau lebih crispy tumpi?

    ReplyDelete
  23. festime dengar Tumpi.. isk.. kalo CT pergi Brunei Kak Noor bawak makan makanan sedap2 kat sana eh..
    my perot is my everything bahahha..

    ReplyDelete
  24. ohh ini namanya tumpi..daun kari tu makan sama tumpi atau hiasan je

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home