Masak Cuka Ikan Tongkol Airfryer Lebih Jimat Minyak

Masak Cuka Ikan Tongkol Airfryer Lebih Jimat Minyak


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM sejahtera untuk yang masih sudi singgah disini.
HARI ni kaknoor nak kongsikan menu biasa yang selalu di masak di rumah kaknoor.
KIRA nya menu penyelamat untuk yang tak sedap perut jugak ni, baru-baru ni perut jadi macam masuk angik ke apa entahlah, takde selera nak makan, fikir-fikir nak masak apa, jadi terjadi lah masak cuka ni sebabkan rasa nya yang masam-masam manis jadi terbuka sikitlah selera nak makan nasi, kalau orang utara memang fav ni masak cuka, tapi kalau belah selatan timur tak taulah pulak kaknoor.  Memang sedap lah masak cuka ni di gandingkan dengan nasi panas untuk yang macam demam-demam tu pasti cepat kebah lepas makan masak cuka ni heheee....

Kali ni kaknooor tak goreng ikan nya hanya menggunakan airfryer je jadi memanglah tak berminyak, kalau resepi asal kena goreng dulu dengan minyak baru lah dapat dimasak cuka ikan ni, alhamdulillah dah ada airfryer guna lah kan jimat minyakkk maktok..







 Masak Cuka Ikan Tongkol Airfryer Lebih Jimat Minyak
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit fryerkan kejab dlm 10 minit
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.



Mesti ada yang sedang telan air liur kan masa ni hahaha..


Ikan masak cuka di hirup kuah nya memang sedap masam-masam untuk orang veteren memang sesuai sangat, orang muda mungkin kurang suka masak kot kan, tapi pada yang tak suka terlalu masam boleh kurangkan lah kuantiti cuka tu sebab apa-apa pun kita yang buat dia kannn...



41 comments:

  1. sedapnya kak nor. lea suka makan ikan masak mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Lea sama lah kita kaknoor suka bangttt ni

      Delete
  2. Memang tengah telan air liur ni, Kak Noor. Sedappppnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah boleh masyuk jugak ke dgn resepi utara mari ni??

      Delete
  3. assalam..sedapnyer kak..

    suka masak simple2 camni...
    menambah2 nasiknyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Juls yg simple mcm ni kdg lebih bahaya kan drpd yg complicated

      Delete
  4. Memang telan air liur SA tgok entry ni kak Noor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA boleh jd org kedah ni kalau suka masam2 mcm ni kan😆

      Delete
  5. Senang betul masak guna airfryer ni kan. Jimat minyak, lebih sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah farah boleh lah sekodeng kt kedai fryer ni mmg mudah sgla keje kita yg penting sihattt

      Delete
  6. Fridge rumah kakak sekarang ada ikan tongkol KakNoor tapi rumah kakak tak ada airfryer (kena beli dululah kalau nak buat resepi ini). Tapi kakak nak cuba juga buat dgn cara deep fry aje ikan tu sebab dah teringin sangat nak mencuba resepi KakNoor ini. Nampak menggoda sangat hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah kakzakie guna deep fry pun ok tkyhla nk tunggu beli fryer bru nk masak cuka ni kang tk sedap lg ikan dlm fridge tu hehe

      Delete
  7. Kak noor,memang telan air liur pun tengok gambar ikan tu.
    Kalau cuka tu gantikan asam jawa boleh kan kak noor...hihii tentu nama pun dah tukar kan ,bukan pe family saya ni alahan sikit pada cuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje saniah tpi kena tukar nama lah jd masak asam, yg penting bahan sampingannya tu sama no problema dear

      Delete
  8. Memang telan air liur tengok gambar tu Kak Noor..
    Sudah macam nak mencari ikan tongkol pulak utk mencuba resepi kak noor ni tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tkde tongkol tenggiri pun boleh, kembung pun ok tpi tongkol is the best dlm masak cuka ni yatie

      Delete
  9. Replies
    1. hai Lys thanks ya memang sdp sngt dear Lys boleh try ya

      Delete
  10. Betul Kak Noorni masakan org belah utara ni, Perak, org Johor mmg jarang masak tp saya suka jer hihi.... dasar pembelasah namanya. Lebih kurang mcm masak Tauchu ek Kak Noor....

    ReplyDelete
  11. Betul Kak Noorni masakan org belah utara ni, Perak, org Johor mmg jarang masak tp saya suka jer hihi.... dasar pembelasah namanya. Lebih kurang mcm masak Tauchu ek Kak Noor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kaknoor tk ckp tau tpi hainom dh ngaku sendiri kan betul lah tu hahaaha, masak taucu masam tak hainom???

      Delete
  12. ni kalau demam, memang best dapat lauk macam ni...kecur air liur, sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka nya nohas bila perut tk sdp mmg teringt lauk yg masam2 mcm ni teeus kebah haha

      Delete
  13. Udah terlior nengok gambar yang amat mengoda selera.. terima kasih Kak Noor berkongsi resepi masakan yang sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maklong boleh try resepi ni sesekali mesti nk cuba lg dan lagi heehe

      Delete
  14. akak. air fryer ni boleh buat untuk masak nasi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. DP so far belum pernah try lg kaknoor, tpi rasa nya tk boleh kot sbb fungsinya utk menggoreng yg tk menggunakan minyak

      Delete
    2. kalo xdak minyak macam mana nak garing tu Kak Noor ? dia guna apa ?

      Delete
    3. Ct cyg nama kan airfryer itulah dia garingkan ikan tu dgn udara je sbb kalai airfryer ni On pasti bunyi nya agak kuat mcm kita on kipas angin hehe

      Delete
  15. ya stuju Kak Noor ! orang utara suka masak ni.. tapi CT tak suka ikan tongkol..
    kalo Tok masak dia akan buat ikan tenggiri kalooo dak cucu dia x sentuh haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tenggiri agak lembut Ct kalau kaknoor suka yg keras haha nama nya tongkol kan mesti lah keras lgi best lgipun isi nya tk berlemak sngt dan ada yg hitam tngah tu la yg buat sdp tu

      Delete
  16. masak ni.. pindang dengan tooooocu.. aaargh =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu Tok Ct ni mesti cerewet sikit kan tk mkn ikan murahan hahaha

      btw masakan utara marbeles dari apa saja sbb tulah org utara hebat nooooo HAHAAHA GELAK BESAQ

      Delete
  17. Kalu nak jimat minyak.. Kena pakai air.. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandainya dieee patutlah dpt travelling selalu kan SS haha sbb selalu pakai air rope nyeee

      Delete
  18. Pasti sedap dan menyihatkan sebab kurang guna minyak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna fryer lgi sdp dan sihat Bunda apa lgi kurang minyak kan

      Delete
  19. Oh Diana sebenarnya tak pernah pakai cuka kecuali nak buat yang untuk sayur-sayuran tu je.

    ReplyDelete
  20. airfryer? mesti mahal ni...kiranya guna angin lah eh..patutlah jimat minyak kih kih kih

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home