Red Velvet Brownies Cheese Marbeles Entry Baking Terakhir 2015

Red Velvet Brownies Cheese Marbeles Entry Baking Terakhir 2015


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM sejahtera pada semua nya.
Hari ni kaknoor menyempatkan buat brownies cheese sebab esuk lusa adalah hari-hari yang sibuk.
Jadi rasa nya ini lah entry resepi terakhir untuk tahun ni.
INSYA ALLAH kalau panjang umur kita berjumpa lagi di entry masakan atau apa-apa makanan tahun 2016 ya..
Tunggu entry esuk Insya ALLAH akan kaknoor cerita kan.
Jom semak resepi kalau ada yang teringin nak buat.
Memang sedap sangat brownies cheese ada customer kaknoor setiap kali ada buat majlis makan-makan mesti dia order brownies ni SEDAP LAH TU KAN....heheeee




Red Velvet Brownies Cheese Cupcake

Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya

1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukan.
2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko
3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.
4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.
5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.
6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.
7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.
8.    Sediakan cawan kek dan tuang lah adunan sehingga ¾ paras cawan kek.
9.    Buatlah sehingga habis adunan dan bakar dengan suhu 200’C selama 30 minit.



Lebihan adunan kaknoor letak dalam acuan muffin. 



Agak hitam sikit gambar nya, tapi sebeno nya memang warna macam kat atas tu, lagipun masa kaknoor ambik gambar ni hujan turun mencurah-curah, jadi nya memang cahaya luar takde langsung.
Sorry ya gambar kurang memuaskan tapi rasa nya sangatttt
BERBALOIII PERCAYA LAHH.....


14 comments:

  1. sedapnya kak..Allahu...in sha Allah boleh cuba ni...kak noor boleh kukus tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so fsr kaknoor belum pernah kukus resepi ni PC tapi boleh try kalau PC suka yg kukus try sikit dulu lah kalau ok baru di teruskan semuanya ya

      Delete
  2. Nampak menarik tentu sedap ya noor. Kak Zai simpan dulu resepinya tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap kakzai tk jemu makan brownies walaupun banyakk hehe

      Delete
  3. saya dah lama tak membancuh tepung buat kek.. nampak brownies Kak Noor ni rasa teringinlah pulak... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat bancuh tepung Seri sedap ni rogi besaq ni kalau tk buat haha

      Delete
  4. hujung tahun dgn kesibukannya ya noor...kek ni dimasukan dlm acuan muffin pun comel sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah P kesibukan ujung tahun dgn mcm2 benda nk di bereskan

      Delete
  5. nampak pun sangat lah mabelessssnya.... gluppp! telan ayaq lioq je la kak rose ni..

    entry terakhir tahun 2015, enjoy ur holiday dan jumpa lagi nanti di 2016...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah kakrose boleh buat yg lebeih marbeles lessss dri yg ni caya lahhh

      Delete
  6. akak ckp gambar kurang memuaskan? saya tengok je pun dah terliur..nampak elok sgt dan menggiurkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, tukang masak belum puas hati lgi dgn gmbr tu hehe apa pun thanks ya sudi singgah siini

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home