Ubikayu Kukus Pelangi Petang Cantik Macam Kak Ton

Ubikayu Kukus Pelangi Petang Cantik Macam Kak Ton


ASSALAMUALAIKUM 
SELAMAT Petang semua nya, menu apa agaknya hari ni ya untuk dessert petang ni?
Sayangkan ubikayu yang dah dua tiga hari beli, kaknoor rajinkan memarut dan kukus rona roni like a rainbow ni.  Teringat acuan yang di beli masa di UK awal tahun dulu, jarang sangat pakai jadi godek-godek ubi buatlah macam ni, sesekali ber rainbow macam ni cantik jugak kan!!




UBIKAYU KUKUS PELANGI PETANG
Resepi asal yang tulisan warna hitam tu, yg merah di modified hari ni.
Bahan nya
1  1/2 cawan ubikayu yang sudah di parut, perahkan air nya.
1 peket santan serbuk
1/2 cawan gula atau 3/4 cawan gula merah
3 sudu tepung ubi
1 sudu margerin
secubit garam
kelapa parut secukupnya
pewarna merah kuning dan hijau
Kali ni kaknoor tambahkan warna rainbow jadi 6 warna semua nya

Cara nya
1.  Masukan semua bahan dalam besen besar kecuali kelapa parut, gaul sebati.
2.  Untuk lebih halus boleh jugak di kisar semua bahan tu.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, warna kan.Bahagi 6 ok
Hari ni kaknoor guna acuan silicon untuk tart sebab terpikat dengan bentuk tart bila adah jadi nanti, alhamdulillah ok jugak kan...
4.  Lengserkan dulang dengan margerin, dan tuangkan setiap warna di dalam nya.
5.  Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak lebihkurang 20 - 30 minit.
6.  Sejukan dan potong gaulkan dengan kelapa .
7.  Pastikan kelapa dah di campur sedikit garam.
8.  Hidangkan sangat sedap dimakan bersama dengan secawan nescafee kaw kaw.


Ini gambar sebelum di kukus agak kusam sikit kan.



Lepas di kukus wah !!! warna nya makin meriah kan..



Mudah di tanggalkan bila kita guna acuan silicon ni, jangan tak tau sebenarnya kaknoor terlupa nak letak marjerin kat acuan tu sebelum letak adunan, tapi alhamdulillah langsung tak melekat, lain kali boleh lah selalu lupa kan haha...



Abaikan tangan besaq kat celah tu nooo



Cantik tak kak ton!!!!!



Dah terhidang tu ada yang nak merasa? Sila-sila jangan malu-malu kucing pulak tau, memang 6 keping je yang dapat kalau malu kucing, nenek kucing ni nak mamam habisss hahaa..


43 comments:

  1. Replies
    1. Ini mood sdg rajin memang NN kalau mood kelaut mmg tkde jugak makanan hehe

      Delete
  2. Ohh ni yg kak noor upload kat FB...
    Rupanya nak masak ubi kukus..
    Cantiknya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah dia Yatie yg ramai dok berteka teki pgi td tu, mmg dh berazam lepas masak mesti terus nk buat kueh ni kalau tk memang tk menjadisbb malas dh dh cuci tngan kan

      Delete
  3. sedapnyaaaaa...
    ntah bila rajin nak buat sndri plak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nakm kn yg sdp kena lah buat sendiri MGS haaha

      Delete
  4. Replies
    1. kaknoor fav ubikayu ni cheqda jdi bila nk mkn mesti nk jugak yg cntik2 kan

      Delete
  5. Replies
    1. Diya dah habis pun mkna nya tk syglah kalau tak lagi syg kan!!!

      Delete
  6. RAJINNYA NOOR WARNA WARNI KUIHNYA MENAMBAT SELERA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah ada mood tu P tk boleh sekat kalau tak mmg tak jd jugak hehe

      Delete
  7. Tak nampak cam ubi kayu kak, dah keluar dari kepompong ubi kayu sebagai makanan orang kampung...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Diana dah upgrade sikit kan ubikayu tu nampaknya boleh buat hantran ni hahaha perasan sungguh

      Delete
  8. Orang kalau rajin buat apa pun menjadi cantik pulak tu berwarna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiba2 ja ada idea nk buat mcm tu kakzai maka nya jdi lah hehe

      Delete
  9. belum makan i dah terliuq kak noor.. teringin. rajin betul akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo yeke Yan terlioq ni, sygnya jauh sngt kalau tk mmg nk kasi dua tiga keping dpt pilih lgi nk kaler apa heehe

      Delete
  10. eee kaknoor..terus teringat di satu waktu dulu..berpuluh tahun yang lalu..Bunda nekcik buat kuih ini untuk jualan..bezanya ..dimasukkan dalam loyang lalu di potong diamond..di salut dengan kelapa..aduuh nostalgianya..dah hampir pupus dari ingatan..mujurlah KakNor hidangkan di sini..insyaallah akan ku cuba terai nanti!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kueh ni old school Nekcik tpi dah jarang jumpa, kaknoor suka sngt dgn ubikayu Nekcik apa pin mmg sedap je pada twkak kaknoor. Dulu2 kaknoor pun guna dulang jugak, tpi masa nk buat ni teringt ada loyang silicon ni terus masukkan dan letak warna warni pelangi maka nya cantik jugak kan hahaha puji lgiii

      Delete
  11. Canteklah kak ton...warnawarni gitu .Bila dah masak dah macam kek pulak kak noor.Saya nk cuba lah kak noor,biasanya ubi rebus ,goreng je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakton ori mmg cantik sngt kan Saniah pandai berckp lagi tu jeles jugak kaknoor haha tkpelah dpt buat ubikayu mcm kakton pun oklah sbb nk jd kakton ori mmg impossible dah ni kan

      Delete
  12. KakNoor memang pandai bermain warna makanan
    Itu yg menarik mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kakzakie kaknoor mmg suka sngt mengaler apa pun nk di kalerkan hahaha

      Delete
  13. Replies
    1. sayang tak syang pun dah habis jugak yan sbb sukaaaa

      Delete
  14. Good untuk ajar generation muda menikmati ubi kayu kan Kak Noor.
    Terpikat dengan warna-warninya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Diana tapi ada jugak yg tak suka disebabkan oleh ubikayu ni anak kaknoor la tu hee

      Delete
  15. Canteknyaaaaaaaaa!
    Kalo Zura, mesti sayang nak makan sebab comel sangat.
    kaler kemain meriah.
    kagum lah tengok orang pandai buat kuih comel2 camnih. zura kalo buat kuih asal siap n boleh makan jer.
    hahahahahahahahaha.

    Salam kenal Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak utk zura timakasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen indah kat blog kaknoor.
      kaknoor tklah pandai sngt pun sekadar ubikayu kukus je pun zura, lagipun menu senang je pun

      Delete
  16. Salam singgah petang kak noor...sedapnya kak noor...bentuk tu yang sangat menarik..kak noor memang kreatif dalam masakkan...rasa sayang pulang nak makan ni kak noor...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. teeimakasih diana selalu aingah sini ya, biasa saja lah cuma di ubah sikit je dgn kaler dan letak dlm bekas tart hehe

      Delete
  17. cantik...menarik....
    kalau saya jiran ngan akak kan best...
    mesti dapat kuih tiap2 petang...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida kalau sudi boleh jdi jiran kaknoor habis jugaklah kueh kaknoor setiap petang..

      Delete
  18. wowww.... amazing lah kakNor.. nampak mcm bukan ubi kayu... hihi.. mesti sedap ni, colourfull..

    ReplyDelete
  19. kak Noor.... cantiknya ubi pelangi petang tu....nak angkut pi Lahad Datu barang 10 ketui ha ha haa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie ada pun 6 ketoi ja mcmana nk angkut 10 ketoiiii hahahha

      Delete
  20. cantiknya, pasti rasanya sedap..

    ReplyDelete
  21. Dah la cantik rupanya. Rasa mesti lemak berkrim. Kirim siket ke sini Kak Noor

    ReplyDelete
  22. perghh kak Noor..warna2 pelangi...rasa nk ngap je sebiji...aduhh menggugat

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home