All About

Good Food

Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua nya 
Mesti hari ni ramai yang tak masak kat rumah kan, yalah malam minggu mana tau bawa family makan kat luar kan!!!
Petang ni kaknoor nak kongsikan resepi salsa yang kaknoor sekodeng dari buku 
Matt Preston mesti ramai yang kenal dengan Matt ni kan salah seorang juri dalam masterchef Australia, buku ni pun menantu kaknoor beli kan masa dia habiskan Master dia kat Australia tahun lepas, buku masak memang banyak tapiiii hhmmm jarang mencuba, hari ni agak rajin sikitttttttt mencuba resepi dari Matt kebetulan pulak dah ada buah delima.tapi resepi Matt ni kaknoor dah ubah sikit-sikit ikut  selera family lah yang penting ada buah delima tu..




Bahan nya
Buah delima tu semestinya lah, timun, bawang besar, limau nipis, buah tomato, cili padi, buah mangga atau nenas.  Kesemua buah di hiris dadu, masukan dalam besen, perahkan dengan air limau, tambahkan dengan garam dan sedikit gula. Last sekali campurkan buah delima dan  bawang besar,  dan cili, gaul sebati.  Rasa lah ikut kegemaran masing-masing.  Sedap di ratah begitu saja atau dimakan dengan nasi minyakl..





Kak noor tak letak badam seperti yang Matt letak dan cheese tu macam tak sedap je hahaha, kita derhaka sikit ikut selera kita lah, sebab kita yang buat dia kannnnnnnnn...



Assalamualaikum dan happy weeekend untuk semua nya yang sudi singgah di blog kak noor, dah weekend kan!! sekejabnya masa berlalu, hari yang agak santai, hari ni kaknoor nak kongsikan gambar cucunda kaknoor yang di muatkan dalam majalah Jelita Mac ni, terkejut jugak kaknoor bila ada yang tag di FB gambar cucunda ni, nampak nya Iman lebih famous dari maktok nya ni, maktok pun belum pernah masuk Jelita hahaha...jom layan gambar Iman di majlis kawin auntie nya baru-baru ni..








Dah happy-happy kat atas tu, gambar ni dah letih angkat tangan lah tu kan, sebelum pengantin besar duduk kat kerusi, budak tecik dulu resting-testing kat bawah pelamin hehe..


ASSALAMUALAIKUM
Dari semalam merangkap kehari ni memang busy day sesangat sangat, sampai nak masuk segala ofis maya ni pun tak sempat dan terhad, opis reality lebih memerlukan, tapi hati ni biasa lah sangat rindukan adik-adik blogger semua, jadi sebelum ke majlis akad nikah sekejab lagi, sempat lagi mengupdate blog ni, tapi sebelum ni dah bereskan segala chicken pie order ni ada banyak lagi sbeenarnya chicken pie tu tapi tak muat camera haha, cukup lah sekadar nak jamu mata.



 Pada yang nak rujuk resepi boleh lah ke SINI sebab sebelum ni memang dah buat jugak ikut resepi disana.



Ada yang nak singgah ngopi tak?? jom dah tersedia tu...



Ini versi customer nak yang jenis LOVE ni jamu mata jugak ni, bawak bersabar lah ya pada yang meleleh tu hehee, nak cepat naik belonnnnn.....
Baru dapat makan semua yang kat atas tu...



\
ASSALAMUALAIKUM
Salam kamis untuk semua nya, hari ni kak noor agak sibuk sebab nak kuar mencari bahan masak, di sini dipanggil "tamu" setiap kamis memang kaknoor tak lepas peluang untuk kesini kerana banyak bahan-bahan kampong ada terjual disini,kalau di Malaysia di panggil pasar malam lah, tapi di Brunei takde pasar malam semua nya di waktu siang pagi-pagi hari. Tengoklah nanti apa yang kaknoor beli ya , jadi untuk tidak menghampakan pada siapa yang singgah sini, kaknoor hidangkan buah cherry dulu ya, ambik sebijik sorang hehehe, manis ooo buah ni tak caya??



Buah cherry ni memang fav kaknoor, pantang jumpa kat supermarket memang nak beli walaupun ianya agak mahal sikit, pejam mata jab lah ambik cherry ni.



 Ada tak yang dah tertelan air liur hehee kaknoor memang tak tahan ni kalau tengok macam ni mesti nak terus lima bijik hahaha



Haaa ni lah cucu kaknoor yang selalu dok kacau bila kaknoor mengambil gambar  makanan/masakan dia akan keluar dan berdiri dekat tingkap, camera women pun apa lagi hilang fokaslah terus fokas ke Iman lah pulak haha...



ASSALAMUALAIKUM dan salam rabu untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan gambar laksam hasil dari bunga kantan yang terlebih kembang tu.
Lebihan kantan kaknoor masak sambal goreng berbunga kantan, tapi tak sempat nak snap.
Terlajak laris sangat lain kali ok mesti lepas masak terus snap gambar.

Rasa nya resepi laksam dah ada kat SINI jadi kalau ada yang mampu buat laksam ni sila klik kat situ ok, jom layan gambar , tuan umah layan selera ni hari ni..




SCDHA SEIN inilah hasi bunga kantan tu, tergoda tak??? Masih banyak ni, tak nak travel kat Brunei Darussalam ke?? hahaha..yang lain pun di alu-alukan walaupun Brunei taklah semeriah negeri lain, tapi kalau adik-adik blogger datang sini pasti INSYA ALLAH akan kaknoor raikan di gobok buruk ni.

Selamat petang semua nya hari ni, disini tak lama lagi dah nak waktu magrib ni, jadi sebelum tu sempat lagi kaknoor mengupdate entry ke2 hari ni, pulut kuning menu hari ni, nak makan pulut ni tak payah nak tunggu ada acara apa-apa kan, rasa nak makan pulut masak je, pernah kaknoor masak pulut ni beberapa bulan lepas tapi menggunakan ayam rendang, kali ni kaknoor sengaja guna ikan tongkol rendang, memang best dua-dua pun asalkan lawan nya pulut ni mesti rendang lah, resepi pun masih sama cuma kaknoor gantikan dengan ikan tongkol yang telah digoreng dahulu, tujuan nya supaya tidak  mudah hancur bila lama-lama di atas api..





RESEPI PULUT KUNING

3 cawan pulut di rendam dalam air yang di letakkan sedikit serbuk kunyit kira-kira 2 jam 
2 cawan santan 
beberapa helai daun pandan
sedikit garam dan gula

CARA NYA

1.  Panaskan kukusan sehingga mendidih.
2.  Letakkan daun pandan sehingga menutupi dasar kukusan, dan masukkan pulut yang telah di tos kan.
3.  Kukus lah lebihkurang 20 minit dan angkat.
4.  Masukkan pulut dalam besen dan tuangkan santan, garam dan sedikit gula, gaul rata.
5.  Kukus semula pulut selama 20 minit lagi sehingga pulut lembut.
6.  Angkat dan pulut sedia di hidangkan bersama rendang ayam.



BAHAN RENDANG
1 ekor ayam sederhana besar di potong 12 potongan.( gantikan dengan ikan tongkol digoreng dulu )
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
1/4 cawan minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dimesin sehingga beraroma. masukkan cili kisar  dan masak sehingga  naik minyak.
2.  Masukan ayam dan  kacau sehingga air ayam kering tuangkan santan.
3.  Masaklah dengan api perlahan dan tambahkan garam dna gula.
4.  Bila dah santan agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
5.  Terpulang selera samaada nak rendang yang kering atau yang agak berair.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih.


Ada yang teruja tengok rendang ni? JOm makan jom haha
Memang sedap rendang ikan tongkol ni kadang-kadang tu boring sangat dok makan ayam daging segala kan tukar selera ke rendang ikan PUN SODAP....


 ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya, alhamdulillah hari ni masih lagi diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk kita menghirup udara di dunia ni, dan melakukan suruhan nya disamping pekerjaan kita seharian.  Setiap orang memang tak sama hobi dan kesukaan kan, begitu jugak dengan kaknoor sangat suka buat macaron walaupun sebenarnya kaknoor tak suka makan sebab dek manis nya tu, tapi sebab ada customer yang tempah,memang kaknoor terima dan buatlah walaupun kita tak suka makan. Ini adalah sebahagian dari tempahan yang masih tersimpan gambar nya untuk tatapan semua.  

Jika ada warga Brunei Darussalam yang berminat boleh lah msg/wa kaknoor, order mestilah sekurangnya seminggu dari tarikh ambil .

+673 8739160 
Hanya dalam Brunei saja tau, luar dari tu memang tak sanggup kaknoor nak hantar sebab macaron memang fragile kang jadi sagon bila dah sampai hahaa...



Warna turquoise yang diminta oleh customer



Ini warna purple dan apple green suka suki buat uttuk anak-anak makan


Ini jugak warna tema customer pink dan kuning



Time makan-makan dirumah warna hijau dan kuning macam bendera kedah lah pulak..





Ini jugak warna tema customer pinky-pinky..
Ada yang teringin nak buat tak?? boleh merujuk kat sini kalau nak resepi ya

GOOD LUCK dan SELAMAT MENCUBA YA...

Selamat malam untuk semua nya
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Insya ALLAH  jumpa esuk jika diizinkan ALLAH..


Selamat petang semua nya..
Mesti waktu ni dah rileks kan, jom jamu mata je dengan bunga kantan yang sedap berkembang mekar bak teratai ni, sebenarnya bunga ni dah terlebih kembang, agak keras dah boleh jadi hiasan meja dah ni, daripada duduk kat luar, biarlah kaknoor ambik untuk jadikan hiasan meja kan..




Sila pandang-pandang ~ jangan pegang pegang ~
hahaha ingat tak lirik lagu tu..
tak ingat dah siapa yang nyanyi..
ada yang nak kongsi tak??



Ini pulak orkid "dancing lady" nama nya, hahaha ini ingat pulak sebab nama nya agak unik itulah sekali orang bagitau dah ingat serta merta, memang cantik orkid ni wlaupun agak kecil.
Babai dulu jumpa lagi next entry!!!

Assalamualaikum dan salam isnin semoga semua nya sihat walafiat ya disamping tugasan harian. DiBrunei Darussalam hari ni sambutan National Day jadi memang cuti lah, jadi agak santai sikit kat rumah, tak kelam kabut menyediakan makanan untuk yang sekolah, dapat update brownies cheesecake yang tertinggal masa Cny baru ni. Ini lah dia brownies cheesecake yang di tempah oleh customer.  JOm tengok resepi kalau ada yang nak mencuba..

Sebenarnya resepi ni kaknoor sekodeng dari blog SHIELA SPICES memang menjadi-jadi dan sedap brownies ni tak jemu di makan dengan "kemoistsan" dia tu haha, lagi sekali kaknoor share kan resepi SHIELA disini ya halal tau!!







Red Velvet Brownies Cheesecake

Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya

1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukan.
2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko
3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.
4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.
5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.
6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.
7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.
8.    Sediakan loyang kek yang sesuai masukkan adunan dan ratakan, dan bakar lah dengan suhu 200'C selama 40 - 50 minit.


Bahan Lapisan Cheese

350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur grade A
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya
1.    Putar cream cheese sehingga berkrim masukan gula icing dan putar lagi sehingga sebati.
2.    Masukan telur dan putar sehingga berkilat, tuangkan jus lemon, kacau rata.
3.    Tuangkan di atas cupcake yang telah di bakar tadi sehingga habis dan loreklah dengan lebihan adunan merah di atas nya.
4.    Bakar lagi sekali selama 20 minit dengan suhu 200’C atau sehingga adunan cheese keras.
5.    Rvc dah boleh di santap.


Selamat mencuba pada adinda - adinda kaknoor ya, memang sedap gerenti dan tak rugi makan benda yang sedap-sedap ni kan.



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
Hari ni hari minggu hari cuti dapur kaknoor pun turut bercuti, jadi kita jamu mata dengan orkid saja lah ok, mana tau dapat jadi sumber inspirasi untuk sesiapa yang rajin menanam orkid.  Tapi orkid-orkid ni satu pun kaknoor tak tau nama nya, bukan macam TUKANG KEBUN DIANA tu semua pokok ada nama tersendiri., salute lah kaknoor pada DIANA itu lah orang tak pakar kan, tapi kalau tanya pasal masak boleh lah sikit-sikit hehee, 

JOM LAYAN JOM!!

\






OK semua dah jamu mata kan, cukup lah dulu kali ni ya, sebenarnya ada lagi orkid-orkid ni tapi cukup dulu lah ya kang jemu pulak tengok gambar bunge je kan bukan nya boleh makan pun hahahaa




Assalamualaikum 
Entry kali ni kaknoor just nak flashback tahun 2009 masa anak sulung kak Noor graduate degree, bukan apa dok belek-belek album lama gambar yang tersimpan dalam laptop ni, teringat lah pulak kan, takpe sesekali kita makan gambar je ok heheee..


21 tahun setelah tinggalkan UK masa first time kesana, anak sulung lahir lama nya kannnn



Sempat ke Liverpool tempat anakanda sulung lahir.



Alhamdulillah Jun 2009 anakanda sulung graduate kat Royal Albert Hall


Sebelum balik pergi melawat anakanda ke2 di Headington Oxford. Masa ni belum pandai shopping lagi hahaa, sekarang ni kalau kesana memang asyik nak gi kedai je kan, maklum mata dah terbuka luasssss hahaa, oklah takyah cerita banyak-banyak nanti jemu dan boring kan...


ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu jugak happy weekend yang panjang untuk semua nya, rasa nya weekend ni mesti ramai yang bertumpu kat kedai makan kan, biasa lah kalau cuti-cuti gini mesti nak bawak anak-anak makan luar, kecuali lah orang macam kak noor yang tak suka makan luar, mesti nak masak kat rumah, sebab BIG BOSS memang tak suka makan luar, walaupun sekadar sambal belacan dan ulam dirumah lebih sedap kata nya hahaha, kembang tukang masak sorang ni kan... pagi ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi kerabu yang terlalu banyak songeh nya tapi sedap nya berbaloiii dengan kesongehan nya tu...




Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 


Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula dan sedikit lada hitam

Goreng kelapa dan semua bahan didalam kuali, sentiasa kacau supaya tidak hangit. Tumbuk bahan goreng tadi kalau perlu, kalau nak cepat tak tumbuk pun ok jugak, campurkan garam dan gula dan lada hitam.
Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin 
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar 
 Ayam goreng 
Keropok atau keropok lekor
Solok lada

Solok lada
Bahan nya
Beberapa biji lada merah atau hijau dibuang biji
1/2 cawan kelapa parut
3 ekor ikan kembung ambik isi
5 biji bawang merah
1/2 inci halia
5 biji cili padi 
sedikit lada hitam
garam dan gula secukupnya

Cara nya
Tumbuk semua bahan - bahan kecuali cili besar, rasa lah ikut kesesuaian keluarga masing-masing, sumbatkan bahan tumbuk didalam lada besar tadi dan kukus lah sehingga masak

Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, budu dan sambal.Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, dan solok lada.
Nasi kerabu Kelantan sedia untuk di santap.


SELAMAT MENCUBA PADA YANG BELUM PERNAH CUBA.
SERIUS Kak noor cakap memang banyak songeh nasi kerabu ni, macam2 benda kena buat, itulah kalau kaknoor nak makan nasi kerabu ni, kuah tumis dan solod lada kaknoor memang sediakan awal, letak dalam frezer sehari sebelum nak ada menu nasi kerabu ni . Kalau tak memang lenguh kaki di dapur ber jam jam...

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang semua nya, dah ada resepi untuk minum petang ni?? jom tengok resepi mini sosej muffin kaknoor ni, memang terbaik sebab ada sos untuk dicicah kasi terangkat sikit bila makan.  Resepi ni kaknoor rujuk di pinterest, memang banyak sangat resepi yang hebat-hebat kat pinterest tu, biasa lah kalau kat pinterest selalu nya bahasa Inggeris, malas nak translate lambattttttttttttt hahahah,  jadi pandai-pandai alihbahasa sendiri tau, mudah je pun bahasa memasak ni jom tengok resepi!!!








makes 48 mini muffins

Ingredients

  • 1/2 cup melted butter
  • 1/2 cup sugar
  • 2 eggs
  • 1 cup buttermilk
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1 cup certified gluten-free cornmeal
  • 1 cup gluten-free baking blend or all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon salt
  • 8-10 all-beef hot dogs, cut into 1" bites

Directions

  1. Preheat oven to 375 degrees. Combine butter and sugar in a bowl then whisk to combine. Add eggs then whisk to incorporate, and then add buttermilk and whisk to incorporate.
  2. In a separate bowl, combine baking soda, cornmeal, flour, and salt then stir to combine. Whisk into wet ingredients in two batches.
  3. Spray a mini muffin tin very well with non-stick spray then spoon 1 Tablespoon batter into each mini muffin cup. Place one hot dog bite into the middle of each cup.
  4. Bake for 8-12 minutes or until cornbread is golden brown. Cool in mini muffin tin for 5 minutes before serving. Store leftovers in the refrigerator then re-heat for 20-30 seconds before serving.



Resepi sos tu, kaknoor mengolah sendiri, kebetulan ada lebihan isi ayam, kaknoor just tumis je dengan bawang besar + sos pizza sikit + sos cili maggi + cili flakes + oregano. Masak sekejab di atas api, tambah lah apa yang kurang, gula ke garam ke ikut citarasa sendiri lah, lepas tu dah siap dah boleh makan dengan mini muffin ni.  Sebenarnya mini muffin ni dah boleh makan begitu tanpa sos, tapi sebab di resepii yang lain, kaknoor tengok ada yang di cicah dengan sos, jadi akak mengolah lah sos sendiri, janji sedappp je kan..



Psssssstttt ada yang teruja tengok mini muffin ni?? hahaha cepat kedapur di musim cuti, cer tengok kat gobok tu kalau ada bahan-bahan boleh lah try ni simple je pun dan pastinya tidak menghampa kan.
SELAMAT MENCUBA YA...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home