All About

Good Food


Assalamualaikum dan salam selasa untuk semua nya, pagi-pagi ni mesti dah teringat apa nak masak untuk family tersayang kan, diBrunei masih lagi dalam mood cuti sekolah. Jadi makan pun memang berat lah kalau time cuti sekolah untuk breakfast, sebab boleh merangkap sampai ketengahari jugak ni kalau tak habis lah hahaa.
Pagi ni kaknoor dah show nasi tumis kuning ala orang Kedah gitu, tapi rasa nya negeri lain pun sama jugak kan suka dengan yang kuning-kuning macam ni.




Bahan Nasi Kuning
3 cawan beras wangi
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 inci halia hiris kecil
3 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
sedikit garam dan serbuk kunyit
sedikit minyak / minyak sapi
sedikit rempah, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya.

Cara nya
1.  Panaskan minyak sapi, tumislah rempah nasi, bawang merah, putih dan halia sehingga kuning.
2.  Masukan daun pandan dan beras, kacau rata.
3.  Pindahkan ke dalam rice cooker tambahkan dengan air secukupnya, garam dan kunyit.
4.  Masak lah seperti biasa, bila dah tanak kacau supaya rata kuning nasi tumis ni.
5.  Sedia untuk dihidangkan bersama lauk kegemaran, sambal tumis ke, rendang ke or kari.
6.  Menu paling cepat sambal tumis je lah kan.

Untuk sambal boleh rujuk
Untuk ayam panggang boleh rujuk 




Sepatutnya kalau nasi kuning ni ada acar timun baru best, tapi timun boliawwww maaa, apa yang ada lah kacang botor pun ok jugak tambah ayam panggang dan telor gulung. Ini pun dah nikmat makan rasa nya kan...




Alhamdulillah berkat rajin menulis dan minat jugak dalam bidang masak memasak ni, tak sia-sia rasanya kalau suatu benda kita buat dengan bersungguh-sungguh kan, ini lah ganjaran nya walaupun tak lah berjuta-juta kan, ini pun dah berbaloii rasa nya, setiap hari didalam FB mesti ada yang dah mencari buku-buku resepi kaknoor.  Dulu-dulu memang tak terfikir untuk jadi penulis buku masak sebenarnya, hanya suka-suka letak gambar makanan dalam Fb je, tapi alhamdulillah berbaloiii .



Ini adalah royalty yang di bagi setiap 3 kali setahun mengikut kelarisan buku tu, alhamduillah dah jadi penulis rupa nya kaknoor hahaaa, walaupun sekadar penulis buku resepi kan..



Ini buku pertama kaknoor Kompilasi Masakan Tengahari, boleh dapat kan nya pada yang belum, bagi lah sokongan moral pada kaknoor sikit ya hehee


Ini pulak buku kedua Resipi Blogger, boleh dapatkan dikedai-kedai buku diseluruh Malaysia, di Brunei je takde kaknoor terpaksa pergi ke KL untuk dapatkan buku ni.  Cepat bagi sekongan moral ya, dalam buku kedua ada lebihkurang 77 resepi dessert dan menu tengahari.



Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua nya.  Hari isnin yang biasa-biasa saja, menu pagi ni agak simple dan cepat di sediakan. Sebab kadang-kadang kita beli kentang banyak, lepas tu takde menu pulak utk masak kentang, bila takda kentang, macam-macam menu berligar di kepala ni, last-last nya rebus dan buat macam ni, walaupun simple tapi sangat laris dimakan oleh budak-budak kat umah sebab ada cheese memang cepat je hilang, cara nak buat simple sangat jom tengok!!





Bahan nya
3 biji kentang US ( yang hitam dan besar ) sebab lebih lembut
sedikit english herbs, rosemary, oregano, basil
sedikit chili flakes
garam dan sedikit gula secukup rasa
cheddar secukupnya di parut

Cara nya
Kentang di bersihkan kulit nya, kalau perlu berus lah sikit bagi hilang kotoran, tapi guna berus yg sesuai lah ya.  Kemudian rebus 3/4 masak.  Potong bentuk wedges.  Gaulkan dengan segala herbs garam, gula dan chili.  Perap dalam 1/2 jam kemudian taburkan cheedar cheese di atas nya dan panggang lah sehingga kekuningan lebihkurang 15 minit sehingga cheese cair. Sedap dimakan panas- panas sebagai breakfast, atau bila-bila saja teringin lah kan...



Amacam ok tak?? Kalau dah ada kentang kat umah boleh try, mana tau ada yang dah tumbuh tak tau nak buat apa, cuci bersih-bersih dan rebus ok buat macam ni gerenti sedappp..


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua rakan-rakan blogger, selamat bersantai dan bercuti lah dihari minggu ni, apa agak nya menu breakfast kalian semua nya hari ni, kalau sudi meh kita sama-sama mencubit sedikit pulut berkacang ni, memang sedappp..





Bahan Utk Pulut
2 cawan beras pulut direndam semalaman
3 cawan santan
2 helai daun pandan
1 tin kacang (boleh jugak beli yg belum di rebus dan pastinya kena rebus lah ya)
sedikit garam


Caranya
1.Didihkan air didalam kukusan.
2.Lapikkan daun pisang didalam kukusan dan masukkan pulut yang di rendam.
3.Kukus lah pulut lebihkurang 20 minit.
4.Keluarkan pulut masukkan dalam besen dan campurkan dengan santan,kacang, daun pandan dan garam, gaul sebati.
5.Kukus lah lagi sekali lebihkurang 15 minit sehingga pulut lembut.
6.Biarkan sejuk sekejab sebelum dibungkus dengan sambal.



Bahan Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis goreng
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai di ketuk
1 labu biji bawang besar hiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit asam jawa
Garam dan sedikit gula merah
Minyak masak  untuk menumis. 

Caranya
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga beraroma.
2. Masukan bawang merah dan putih yang telah ditumbuk bersama serai yang diketuk, kacau sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan goreng lagi sehingga pecah minyak.
4. Untuk mendapatkan cili yang pecah minyak kita mesti biarkan api dapor kecil.
5. Masukkan gula merah dan air asam jawa dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan garam dan masaklah sehingga sambal agak kering.
7. Tutup api dan gaul lah ikan bilis goreng bersama dengan sambal.




Ada tak yang suka pulut ni untuk breakfast?? kalau dulu dikampong-kampong memang ini lah dia breakfast sebelum kesawah, dulu lah masa kaknoor kecik-kecik, sekarang ni dah moden breakfast ramai yg cari lebih mudah dan cepat di sediakan, betul tak???
Kecuali makcik-makcik yang rajin je mampu masak pulut untuk breakfast haha, angkatttttt angkattt je...
Selamat petang dan salam mesra semua nya.
Petang-petang macam ni sesudah lunch mesti nak cari yang masin-masin pulak kan.
Rasa nya ramai yang suka kudapan macam ni, nak buat pun sonang sangat, apa lagi kalau makan, cepat je habis sebalang ni, kak noor pun tak sabar jugak nak bersantai ni jom berkepek kepek..






Bahan2nya
Secukupnya isi ketam atau crabstick di siat nipis
Minyak untuk menggoreng dan daun kari
Akan tambah cili flakes,  sedikit tepung beras, garam dan sedikit gula
Lepas di siat isi ketam sampai nipis tambahkan cili flakes, tepung beras, garam dan gula, perapkan sekejab kemudian goreng dengan minyak yang banyak sampai garing ranggup baru masukan daun kari tos kan dan boleh lah dihidangkan,sangat sedap dan ranggup 
MEMANG TAK CUKUP KALAU SEKADAR SATU DUA PEKET ISI KETAM TU
SILA BUAT BANYAK2 PEKET SUPAYA TAK M ENYESAL NANTI YA 




Kalau ada yang suka letak kacang goreng or jagus ke boleh saja, kita yang nak mkan kan, terpulang lah selera memasing..kaknoor memang pencinta tegar kacang jadi tak heran lah semua kerepek kaknoor mesti nak letak kacangggg je..




Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu untuk semua nya.
Ni pagi-pagi kaknoor nak tayang masakan semalam, sebab nak tayang semalam memang tak sempat lah, jadi nya disimpan gambar, kalau makanan nya memang dah takde ni, jom layan gambar je ok, untuk makcik-makcik V memang suka ni.
V for vogue lah kan heee or veteren pun boleh jugak..






Bahan2nya
2,3 keping ikan pilihan dibersihkan dan digoreng garam kunyit
2 inici ubi cekur *
2 biji buah keras *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu cili kering kisar 
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara nya
Tumbuk bahan yang bertanda * sehingga lumat,panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi kemudian masukan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak
Masukan air asam,garam dan gula secukupnya
Dah cukup rasa kegemaran masing2 boleh lah ditambah ikan yang sudah digoreng tadi,golekan sekejab sebab ikan kan udah masak takyah lama2 kat atas dapur nanti hancus pulak
taburkan daun cekur kat atas hidangan untuk tambah wangi.
Boleh lah dihidangkan dengan nasi suam2 kuku kalau panas sangat susah mau makan kan




Ini lah rupa nya pokok cekur tu, kalau ada yang tak pernah tengok, ubi dan daun nya kedua nya pun boleh di guna kan, wangi nya siapa yang suka memang sedap aroma ni, tapi kalau budak-budak memang dia kata tak wangi hee..



Selamat  petang semua nya ya, hari ni di luar guruh dan hari pun mendung, biasa nya orang dalam rumah akan lapar sangat kalau cuaca mendung macam ni kan, jadi nya tuan tanah godek-godek di dapur membuat bubur pulut hitam ni, ada dua versi bersama ais krim dan polos, sebab banyak orang banyak ragam, boleh buat pilihan.  Satu lagi dessert hari ni buah cherry yang fresh hasil tangkapan kat oversea baru ni, sanggup hand carry lagi berat belakang kira, tapi best kan dpaat makan cherry fresh macam ni...

Jom ngeteh ke ngopi ke pilihan di tangan sendiri ya...





Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahannya
1 cawan beras pulut hitam
¾ cawan gula
1 helai daun pandan
½  cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sedikit garam

Cara memasaknya
1.    Pulut hitam di rendam lebihkurang 3-4 jam
2.    Rebus sehingga kembang, masukan sedikit garam, gula dan daun pandan kacau sehingga mendidih.
3.    Masukan santan cair dan masaklah sehingga mendidih.
4.    Bila menghidangkan curahkan pati santan di atas bubur.
5.    Sedap di nikmati di waktu panas atau sejuk.




Hari ni dapat buat pilihan yang mana satu dessert pilihan yang fresh or yang dah masak atau dua-dua sekali pun also can maaaa....

Assalamualaikum dan salam jumaat  untuk semua nya. 
Semalam anak kaknoor terjumpa resepi simple dimple ni dalam instagram, memang rasa nya kita pun selalu buat macam ni kan, tapi nama nya masih lagi maggi kan, cuba tengok resepi ni dibawah, walaupun hanya sekadar maggi tapi bila di tukar nama jadi In Ter Net tu kita jadi teringin nak mencuba, jom lepas ni mesti ramai-ramai masak In ter net ni kan lazatttt ooo percaya lah..




Bahan nya
1 bungkus indomie goreng apa saja jenama tak kisah
3 sudu besar cornbeef di goreng dengan sedikit minyak
1 biji telur mata

Caranya
Rebus indomie macam biasa, dah lembut toskan dan letakkan perencah di dalam nya.
Gaulkan indomie tadi dengan cornbeef yang telah di goreng, ratakan.
Letakkan dalam pinggan dan bila menghidangkan letakkan sebiji telur mata di atas nya.
Walaupun resepi ni simple tapi semestinya sedap dan nama nya unik gitu kan

IN -   untuk Indomie
             TER    -    untuk telur           
NET    -  untuk cornet (bahasa indon utk cornbeef)
Maka nya hari ni kaknoor masak INTERNET haha sangat sedap dan simple.
           

Mesti ramai yg dah tertelan ai lio kan hahaa, jangan ckp susah pulak, cepat kedapor buat 
In ter Net ni pasti menggoda tak cukup satu Internet ni tau hahaha..

Resepi 5 minit anytime boleh update blog kan, jom layan Internet sambil ber internet jugak ni..

ASSALAMUALAIKUM dan salam kamis untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi ketam yang sedap, yang di sekodeng dari blog 
ZILA & QH , thanks zila di atas resepi nya, kaknoor nak letak dalam blog kaknoor lagi sekali ya untuk rujukan anak-anak yang sedang nak jadi tukang masak dan rujukan kenkawan jugak.





KETAM GORENG TELUR MASIN
Bahan-bahan:-
·                     3 ekor ketam bunga
·                     10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
·                     2 tangkai daun kari
·                     3 sudu besar butter
·                     5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
·                     2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah) 
·                     1 sudu kecil gula
·                     3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
·                     2 biji bawang putih - di ketuk
·                     3 sudu besar tepung jagung
·                     garam
·                     serbuk lada sulah secukupnya
·                     minyak masak untuk menggoreng

Caranya
1.        rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2.        bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3.        goreng deep fried - asingkan
4.        panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5.        masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6.        Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.(susu QH gantikan dengan santan)
7.        Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.


Memang sedap ketam guna resepi ni dah banyak kali  kak noor buat, memang tak cari resepi lain mesti nak yang ni jugak, cuma kadang-kadang terasa nak kan ada kuah boleh lah kita tambah air sikit, supaya senang menelan nasik, kalau orang tua-tua makan mesti nak basah-basah nanti LEKAT..... kata orang Kedah lah orang negeri lain tak tau lah pulah..



SELAMAT PETANG SEMUA NYA..
Saje nak tayang sikit toys untuk baking-baking ni yang di beli masa di UK baru ni, mungkin dah nak jadi rezeki kan, terjalan kat lorong di Tesco yang ada benda ni, macam-macam pattern untuk sukatan yang ada, tapi tertarik sangat kaknoor dengan benda yang bentuk angsa ni, terus tak tengok harga dah hahaa, tak mahal sangat pun, lepas tu baru fikir masaalah nak bawa balik, nak letak dalam luggage beg, sebab ada kepala yang panjang takut pulak patah riok sayang je kan.  Tapi alhamdulillah setelah di bungkus dengan kertas, lepas tu di masukkan lagi dalam baju-baju, tapi kaknoor letak di tengah luggage lah.
Alhamdulillah semua nya selamat ke empat-empat ekor angsa ni takde yang patah. macam sayang je nak guna buat sukatan, takpe kita tengok dulu puas-puas lepas ni baru lah kita kotorkan dia haha..




Tunggu mood dah habis dah jetleg ni kita baking-baking ya haha, sekarang ni belum settle waktu, terjaga tengahmalam dah tak boleh tidur, pagi tadi terjaga pukul 2 pagi, pusing punya pusing punya pusing takdapat nak lelapkan mata , terus bangun kedapur memasak apa yang patut, tahajud dan tidur balik, macam-macam perangai sejak dah tak muda lagi ni kan..


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua nya, pagi ni kaknoor nak kongsikan resepi yang mudah lagi iaitu tempura sayur ikut versi kita lah ya, biasa nya kat restoren Jepun selalu nya memang ada lah segala jenis tempura ni, tapi kali ni kaknoor nak kongsikan hanya tempura sayur, rasa nya memang boleh jugak kalau kita nak tempurakan udang ke sotong atau apa-apa dengan bancuhan tepung ni, sebab kita yang  buat kan...





BAHAN NYA

125 gm tepung gandum
1  1/2 sudu kecil baking powder
225 ml ice - cream soda
1 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
sedikit garam
Kak Noor tambah sedikit serbuk kunyit utk kuningkan bancuhan

CARA NYA

Masukan semua bahan dalam satu bekas yang besar dan kacau lah sebati dan tak berketul
Kak Noor double kan adunan ni sebab sedikit je dapat kalau utk family yang suka gorengan macam ni memang tak cukup


BAHAN SAYUR

Kacang botor di belah dua
Brokoli di potong ikut kesukaan masing2
Bunga kobis dan carrot di potong kecil
Carrot yang di hiris nipis

Masukan bahan sayur kedalam bancuhan tepung sedikit demi sedikit dan gorenglah didalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kekuningan boleh lah di angkat dan di hidangkan, sangat sedap di makan ketika panas- panas tu dan best jugak di ratah macam tu je, dua pinggan hasil gorengan sekali makan je hahaha 
TAK PERCAYA  KENA BUAT  SENDIRI SEBAB  KERANGGUPAN  BENDA2 NI BUAT BAGI KITA SUSAH MAU BERENTI MAKAN..



Untuk sos nya, kaknoor hanya campurkan ciliflakes, sos cili maggi, sedikit air panas dan kacau sehingga pekat, lagi pedas lagi best boleh tambah ciliflakes jika suka lebih hot..

SELAMAT MENCUBA, MEMANG BAGUS MAKAN SAYUR MACAM NI, LAGIPUN DI CICAH SOS MEMANG SEDAP TAK TERASA MAKAN SAYUR PADA YG TAK SUKA SAYUR TU.




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk adinda-adinda yang selalu singgah kesini, kaknoor sangat menghargai nya, walaupun kadang-kadang kaknoor tak sempat nak berkunjung balas, tapi insya ALLAH jika diizinkan pasti kaknoor akan membalas kunjungan adinda semua.

DAH lama rasa nya kaknoor tak letak entry makanan kan, hari ni dah tak larat nak posa dah, kak noor nak jamu mata adik-adik semua dengan ikan masak cuka ni, ikan ni memang kegemaran orang-orang utara, terutama nya Kedah lah, ikan ni jugak di namakan jeruk ikan atau ikan masak cuka sinonim nya, kalau kat umah akak kalau masak ni memang terlajak laris ni, apa lagi kalau ada kacang panjang yang ranggup di masukkan dalam masak cuka tu, boleh jugak tak letak kacang, ikut fav masing-masing lah., jom tengok resepi kalau ada yang belum faham menu Kedah mari ni..







Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.


Kalau ada yang nak tukar ikan sebab tak suka ikan tongkol pun ok jugak, tapi yang penting ikan tu mesti agak besar sikit lah samaada ikan kembung besar ke atau tenggiri ke, hatta ikan merah pun boleh, jangan ikan kecil sangat tak sedap tau!!
SELAMAT MENCUBA PASTI LARIS NASI NI!!

ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam untuk semua nya ya, Alhamdulillah kaknoor dah selamat sampai kerumah ku syurgaku,setelah berpenat-penat di negara orang beberapa hari, bermusafir bersama anakanda sulung kak noor.
Dr. Faizah ke London, kemudian kerumah anakanda ke3 Nabilah di Bath, lepas tu Nottingham ke rumah anakada ke4, dan akhir sekali destinasi ke London dan sekitar kotaraya nya,,memang meletihkan jugak lah tapi dah kat tempat orang tu walaupun letih nak jugak berjalan-jalan kan, kalau di rumah memang dan pengsan ni..



Sehari sebelum balik tu sempat jugak ke Harroods tempat yang paling famous dan paling mahal di London, tapi biasalah tempat macam ni kita mampu tengok je lah, boleh lah belik yg kecik-kecik kan, tapi ada jugak yang tak tahan nak beli yang besar-besar hahaha...


Masa di London kaknoor tinggal di Hilton Hotel Paddington sebab dekat dengan train station untuk balik ke airport, jadi nya beg-beg berat tu taklah jauh sangat mengheret.


 Ini lah hotel hitlon yang mewah tu, takyah lah semua nya ya cukup lah sekadar katil yang besar tu, muat untuk kami berempat hahaa, ada nampak tak bantal busyuk siapa yang biru tu ?? jauh tu bantal busyuk tu kesana sini, yang confem bukan kaknoor punya tau!!



Ini 3 darasss otw ke tesco mencari cherry dan scotch bonnet tapi hampa nya scotch bonnet takde lah pulak time ni, tak pe sabo je nunggu summer time pesan dengan budak-budak kat sini.



Pantang jumpa bunga makcik sorang ni, lagipun sekarang ni kan musim luruh semua pokok dah togel takde daun, jadi bila nampak yang ada bunga tu memang teruja lah..



Ini fav anak ke4 Madihah suka sangat dengan papan yang tulis-tulis ni layan je lah



Ronda-ronda sampai lenguh kaki.



Sempat lagi sekodeng kedai kek ni, takpe cari idea kan..



Ber wefie dalam camera macam-macam je kerja anak-anak ni..



Paddington tube station yang sangat busy, boleh makcik tu sempat berposing lagi haha..



Disini tempat anakanda kaknoor tinggal selama di London bertahun-tahun.


Last jenjalan terjumpa satu stall yang menjual segala jenis yang pedas-pedas ni, dried ghost chili antara chili yang terpedas di dunia dan dried habanero yang kedua pedas di donya, belum lagi sempat masak apa-apa. ada idea tak utk masak apa dengan very hot chili ni??


Assalamualaikum semua nya.
Insya Allah  hari ni kaknoor akan terbang semula ke Brunei Darussallam, doa kan kaknoor dan anakanda Faizah selamat di awangan ya dan tiada halangan apa2, sebenarnya dah dlm plane sempat lg update blog.
Doa kan yg terbaik utk kami ya .


ASSALAMUALAIKUM
Salam manis untuk semua nya, hari ni dah last day di kota metropolitan ni, esuk petang dah  nak balik, jadi sebelum balik alang-alang dah datang berjalan lah sampai lenguh kaki segala, janji ada gambar kan.  IKut kan anak-anak ni memang nak bawa kesana sini tapi biasalah orang tua ni tak larat nak angkat kaki, diUK ni memang banyak berjalan dengan kaki selain dari naik bus tube segala, memang memenatkan kaki, dah last-last penat apa lagi naik taxi lah hahaa

Mahal!!!! memang mahal lah tapi sesekali tu tak kisah lah, asalkan hati senang kan dan kaki pun tak lenguh sangat..dah tak larat nak bercerita sebenar nya ni, biarlah kak noor belanja gambar saja ok, pemandangan semua nya di sekitar kota London, mesti ada yang dah tau kan kat mana semua nya tu.
Lepas ni nak packing macking bag untuk fly esuk, tapi blog pun nak tulis jugak, memang dua hari jugak tak berupdate blog kalau miss hari ni, jadi kaknoor belanja gambar saja ok.










Esuk lagi penerbangan selama 16 jam lagi, adusss memang tak tau lah, sabo saja lah nak balik jumpa anak-anak cucu yang lain...
Ok babaiiiiiiii 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home