All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi siput sedut yang sangat jarang di masak, bukan apa sebab jarang jumpa, baru ni kaknoor jenjalan di "tamu "kat sini terjumpa siput ni, terus stop dan beli, sebab memang dah lama sangat tak makan siput ni.  Rasa nya kalau siput mesti di masak lemak je kan, ada ke siput di masak dengan cara lain???? kalau ada kongsi tau, kot-kot terjumpa lagi lain kali dapat di masak cara lain pulak kan..




Bahan nya
1 kg siput sedut di bersihkan dan dipotong ujung nya untuk mudah kita sedut nanti.
Secukupnya daun kadok di hiris kecil
2 cawan santan pekat
2 batang serai di titik
2 keping asam keping
1 batang bunga kantan di hiris kecil
garam dan sedikit gula sebagai perasa

Bahan kisar
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit segar

Cara masak
1.  Masukkan bahan kisar, daun kadok, serai, asam keping, garam dalam periuk dan tambahkan sedikit air.
2.  Kacau biar mendidih, masukkan siput dan santan, perlahankan api agar santan tak pecah minyak.
3.  Tambahkan dengan sedikit gula sebagai perasa dan kantan.
4.  Bila dah mendidih dan secukup rasa boleh lah di tutup api.
5.  Dihidangkan dengan nasi panas memang terangkat.



Mudah kan je pun nak masak siput , tapi sebelum masak tu kena cuci bersih-bersih lah dulu,sampai air nya putih lah takde air hitam tu makna nya dah bersih lah tu.
Jom menyedutttt dan meratah ni..


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.  Hari ni hari yang sangat sibuk, banyak yang perlu di uruskan, jadi stop dulu gambar makanan,  jom layan gambar cucunda kaknoor dulu lah ya.

Dulu-dulu masa anak-anak kecik kita tak sempat nak rakamkan setiap hari masa anak-anak sedang membesar tu, mungkin kerana kesibukan menguruskan rumah tangga jadi masa memang terhad untuk mengambil gambar segala kan, lagipun dulu taklah secanggih sekarang ni, masing-masing setiap masa berkepit dengan hp jadi mudahlah untuk merakamkan gambar-gambar apa saja dan dimana jua. Sama jugak dengan kaknoor hari-hari mesti ada gambar cucu dirakamkan bila dah beres urusan dapur.  Masa kecik macam ni apa saja yang diaorang buat nampak manisss saja kan, mesti ramai yang sokong kaknoor kan. Jadi hari ni jom layan gambar cucunda saja ok, macam-macam aksi dan gaya cucunda Abdullah Iman yang sangat mahal dengan senyuman, rasa nya satu pun takde yang Iman senyum dalam gambar ni kan......

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semuanya, hari ni internet kat umah sangat slow tak dapat buka laptop, terpaksa update blog guna hp jadi terhad gambar dan segala. Hari ni merajinkan diri masak pulut kuning dengan rendang Sodang( sotong + udang) jamu mata lagi lah ni kan..

Ini pulut castle ala Inggeris gitu kan, sebab castle mould tu dah lama beli jugak tapi belum pernah masak apa pun, dek kerana godaan kawan-kawan di Fb, terpikir nak masukkan dalam mould castle ni, so jadilah macam ni..






RESEPI PULUT KUNING

3 cawan pulut di rendam dalam air yang di letakkan sedikit serbuk kunyit kira-kira 2 jam 
2 cawan santan 
beberapa helai daun pandan
sedikit garam dan gula

CARA NYA

1.  Panaskan kukusan sehingga mendidih.
2.  Letakkan daun pandan sehingga menutupi dasar kukusan, dan masukkan pulut yang telah di tos kan.
3.  Kukus lah lebihkurang 20 minit dan angkat.
4.  Masukkan pulut dalam besen dan tuangkan santan, garam dan sedikit gula, gaul rata.
5.  Kukus semula pulut selama 20 minit lagi sehingga pulut lembut.
6.  Angkat dan pulut sedia di hidangkan bersama rendang ayam.



BAHAN RENDANG
1 ekor ayam sederhana besar di potong 12 potongan.(kaknoor ganti dengan sodang)
2 cawan santan
1 sudu besar kerisik
4 sudu besar cili kisar
garam dan sedikit gula
1/4 cawan minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit

BAHAN MESIN
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai

CARA NYA

1.  Panaskan minyak, dan tumis bahan yang dimesin sehingga beraroma. masukkan cili kisar  dan masak sehingga  naik minyak.
2.  Masukan ayam dan  kacau sehingga air ayam kering tuangkan santan.
3.  Masaklah dengan api perlahan dan tambahkan garam dna gula.
4.  Bila dah santan agak kering tambahkan dengan kerisik dan daun kunyit.
5.  Terpulang selera samaada nak rendang yang kering atau yang agak berair.
6.  Dah secukup rasa boleh di tutup api dan hidangkan bersama pulut atau nasi putih.





Selamat menjamu mata malam-malam ni ya
Dan selamat mencuba pada yang rajin di dapur...



Alhamdulillah akhir nya terpotong jugak chocolate strawberry tart ni, nampaknya kena jamu mata lah semua nya ya, semalam tak sempat nak potong sebab nak show yang sebijik tu.
Alhamdulillah rasa nya sangat sedap ditambah dengan strawberry yang rasa masam-masam manis tu menyerlah sangat...




Sama tak macam kat video yang u all tengok dalam fb sejak dua tiga hari ni ..



Macamana ada tak yang teringin tengok potongan yang kat garpu ni tuan tanah punya tau!!! Masih banyak kat umah ni ada tak yang mau, boleh suruh doremon antar hahaha...


Assalamualaikum dan selamat malam semuanya.
Hari ni hati suka-suka nak mencuba resepi baru yang di kirimkan oleh anak kaknoor yang dari UK tu, macam senang je, lagipun tart pan yang panjang tu dah beli lama belum pernah cuba lagi, jadi sesuai sangat lah, bila resepi yang di kirimkan tu guna pan yang panjang.  Cepat-cepat gi beli strawberry, nasib baik jugak sekarang ni musim strawberry kalau tak pakai berangan lagi lah nak buat ni. Resepi yang agak mudah jom semak jom!!




Bahan nya
Strawberry segar secukupnya
330 gm biskut oreo di hancurkan
110 gm ( 1/2 cawan ) butter dicairkan
200 gm milk chocolate
100 gm bittersweet chocolate
200 ml heavy cream
Tart Pan yang sesuai

Cara nya
1.  Biskut oreo yang dihancurkan dicampurkan dengan butter cair, gaul sebati.
2.  Masukkan adunan oreo dan butter dalam pan tart yang panjang tu, tekankan supaya rata.
3.  Letakkan dalam petiais dalam 20 minit untuk menyejukkan nya.
4.  Milk chocolate dan bittersweet chocolate di potong kecil letak dalam satu bekas.
5.  Panaskan heavy cream kemudian tuangkan heavy cream didalam bekas chocolate.
6.  Kacau sebati kemudian tuangkan di dalam pan tart oreo tadi.
7.  Susun lah fresh strawberry di atas nya, taburkan dengan sedikit badam dan sejukkan.
8.  Potong dan boleh lah di hidangkan.



Resepi baru dapat, baru cuba jadi tak sempat nak potong lagi tak sabaq nak letak dalam blog hahaha, esuk-esuk kaknoor potong boleh kita tengok sesama hasil nya nanti ya...


Insya ALLAH esuk dah potong kaknoor letak lagi cemana rupa nya ya, sekarang ni jamu mata yang besar panjang ni dulu, kadang-kadang kita takde idea nak baking apa dengan tart pan panjang ni, dah dapat resepi tak sabar pulak nak masuk blog hahaha...


Assalamualaikum dan selamat bercuti untuk semua pada hari ni ya, mesti ramai yang dah tak masak kat umah hari ni kan, bagi kaknoor hari cuti-cuti macam ni masih macam biasa jugak, duduk kat umah, sebab sekarang anak bungsu kaknoor sedang exam. Jadi sejak dari dulu-dulu lagi, kalau time exam macam ni, tak kira lah exam kecik ke exam besar boss/hubby memang tak akan keluar atau bawa kami keluar kemana-mana, semua kena berkorban time anak exam, kata nya takut letih lah, nanti kalau bawa jalan tak sempat nak belajar lah.  Jadi apa lagi nak buat kalau duduk kat umah kan selain dari memasakkk je medang hahaha..

Resepi ni kaknoor intai dari blog Lydiamiza, untuk puan punya resepi izinkan kaknoor letak resepi kat blog akak ya untuk tatapan anak-anak dan rakan-rakan yang lain.




INTI
Sebiji kelapa parut( kelapa inti)
200 gram gula melaka
1/2 cawan gula pasir
Satu sudu tepung gandum
Satu sudu Susu manis
Sedikit air
Secubit garam
Daun pandan -sehelai

Caranya: masak gula melaka dan gula pasir dengan air hingga cair. Tapis dan masukkan dalam kelapa, masukkan susu dan tepung gandum. Masak hingga elok masaknya inti tadi.

Bulat2 kan inti supaya mudah dimasukkan dalam tepung

Tepung:
Tepung pulut
Air
Sedikit garam
Caranya: uli tepung dengan semua bahan lain hingga elok menjadi doh seperti adunan kuih buah melaka. Bulat kan dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit . Terus rebus dalam air panas hingga ia timbul. Tos kan dalam tapis dan terus salut dengan tepung kacang hijau. Saya guna tepung kacang hijau yang beli di kedai saja. 





Kuih tepung gomak ni kali ke2 jua kaknoor buat dalam masa seminggu, sebab first time buat hari tu macam tak puas hati, sebab agak tebal dan inti pun kurang manis jadi nya memang kurang sedap lah, tapi yang ni alhamdulillah lebih nipis dan lebih manis sebab tepung pulut tu memang takde rasa, jadi kena lebihkan inti tu kasi manis baru besttt dan sedapp.



Sebenar nya kaknoor tak pernah makan kuih ni sebelum nya, masa ada majlis makan baru ni, ada yang bawa kuih ni dan kaknoor rasa, aduh sedapp terus jatuh cinta pandang pertama. Lepas tu sekodeng resepi sana sini dan buat, first time try kurang menjadi. 
Lepas ni mesti nak buat lagi dan lagi haha..


Selamat malam untuk semua nya.
Mesti waktu ni semua dah makan malam kan, tapi kalau masih rasa kosong je perut boleh lagi makan laksa kedah ni kan!!!  haha memang kalau makan laksa perut ni tak kenyang lama, tapi kalau dah makan nasi dulu, makan laksa lagi wah baru best ni kan...

Jom jangan tunggu lama-lama tak baik kan hidangan dah depan mata yuk jamu mata..


 Bahan Kuah

1 kg ikan kembung/tenggiri di rebus/ ambil isi/ kisar ( simpan air rebusan ikan )
20 biji cili kering dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
5 keping asam keping
Garam dan gula/ serbuk perasa


Cara memasaknya
1.    Masukan isi ikan yang telah di kisar dalam periuk yang berisi air rebusan yang sudah di tapis terlebih dahulu.
2.    Masukan jugak asam keping, bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan air secukupnya.
3.    Masaklah sehingga mendidih tambahkan garam dan gula sikit atau serbuk perasa.
4.    Kuah laksa yang sedap tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
5.    Seeloknya kuah laksa dimasak sehari sebelum di makan baru terasa kelazatan sebab dah mesra semua bahan-bahan tu.

KUAH NI MEMANG TAK LETAK BELACAN TAPI TETAP POWER


Bahan sampingan
1 bungkus laksa/ rendam sehingga lembut /rebus dan tos kan
1 biji timun
1 biji  bawang besar
1 kuntum bunga kantan
Secekak daun selom
10 biji cili padi

4 biji telur di rebus
Beberapa biji limau kasturi/nipis

Cara menghidang

1.    Masukan laksa yang sudah di rebus kedalam mangkok, letakkan bahan sampingan yang telah di hiris halus, telur dan limau.
2.    Tuangkan kuah secukupnya di atas laksa.
3.    Sedia untuk di nikmati.




Ada yang tergoda moda tak ni hehee
Tuan umah nak menjamu selera dulu ya..
Happy sunday untuk esuk ya..


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua nya.
Pagi ni sekali lagi kaknoor nak kongsikan resepi tart yang sangat sedap, yang selalu kaknoor buat dan mendapat sambutan yang sangat hebat.  Jom tengok resepi ni ya, memang banyak guna bahan dan tepung tapi berbaloii sebab hasil nya memang tak menghampakan.

Liza Pg memang seorang chef yang hebat, apa saja makanan yang dia masak memang selalu di tunggu oleh anak-anak akak kalau kerumah nya termasuk tart nenas ni memang sedapp, tak percaya boleh cuba.






Tart Nenas

Bahan-bahannya

250 gm mentega
300 gm tepung gandum
90 gm tepung kastad
90 gm tepung jagung
¼ sudu kecil baking powder
50 gm gula icing
2 biji kuning telur
2 sudu susu pekat manis
2 sudu susu tepung


Cara membuatnya
1.    Satukan  tepung gandum, tepung kastad,  tepung jagung, susu tepung,  gula icing dan baking powder, ayak dan ketepikan.
2.    Campurkan susu pekat manis dan telur.
3.    Masukan mentega didalam bekas tepung, ramas-ramas kan sehingga rata, masukan adunan susu dan telur.
4.    Gaul rata dan uli sehingga sebati.
5.    Ambil sedikit adunan, letakkan jem nenas didalam nya, dan buatlah bentuk bujur, gunting tak putus di atas nya, griskan dengan kuning telur dan bakar pada suhu 220’C selama 20 – 25 minit.

6.    Sedap dimakan diwaktu sedang-sedang panas gebu sangat.

Disini kaknoor buat bentuk bunga terap dengan acuan bunga, letak dalam cup kertas, letak jem nenas, picitkan sedikit adunan utk tutupkan nenas tu supaya bila kita bakar tak terlalu keras jem nya.




Alhamdulillah memang sedap dan lembut tart ni, boleh try nanti untuk hariraya pada yang rajin mencuba resepi-resepi baru, tahun ni cuba semua nya kita try buat sendiri untuk elakkan gst yang beratus-ratus kan betul tak??



ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya.
Apa kata hari ni kita jamu selera dengan nasi lemak pulak, sebenarnya kaknoor sayangkan daun pisang yang lebar tu, tapi bila di bungkus dah tak nampak nasi pulak, jadi biarlah sebagai lapik pinggan saja daun pisang tu asalkan ada wangi kan...

Resepi pun simple cer tengok kat bawah ni ya..




BAHAN NASI LEMAK 

3 cawan beras basmathi nak guna beras biasa pun ok
1 kotak santan segera 250 ml  + air jadikan 4 cawan 
sedikit hirisan halia
2 batang serai diketuk
sedikit garam 

Cuci beras dan masukan kedalam rice cooker bersama semua bahan2 nasi lemak dan ON kan tau, jangan lupa pulak! kes naya tu hee


Untuk yang lain boleh rujuk kat SINI ya ada ayam rempah dan sambal tumis bilis yang simple dimple ikut style kaknoor.



Orang melayu kalau tak makan nasi lemak seminggu memang tercari-cari kan, setuju tak?? atau ada yang memang anti nasi lemak ni, mana tau ada yang sedang diet ke hehehee...
Tuan tanah memang fav nasi lemak ni, so layan je lah kan...
Jangan marahhh....


Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua nya.  Hari ni menu rojak segera je yang kaknoor nak kongsikan, maksudnya kuah nya segera yang dalam botol tu je hahah, kuah rojak Rodziah yang di beli masa balik kampong dulu, jadi dah ada sotong kembang tu, rebus je, tambah apa yang ada kat rumah, tauhu dan tempe pun ok jugak cicah kuah rojak tu kan.



Untuk menggoreng tempe dan tauhu, kaknoor hanya campurkan dalam 1/2 cawan tepung gandum, sedikit kunyit serbuk, sedikit jintan putih tumbuk, serbuk paprika, garam dan perasa sikit. Bancuh dengan air sedikit demi sedikit biar jadi macam batter tu, campurkan sedikit telur putih untuk meranggupkan lagi tempe dan tauhu tu., celupkan tempe yg telah di potong nipis dan gorenglah sehingga garing dan ranggup.

Yang lain tu macam biasa lah telur rebus, sotong pun rebus dan hiris lah timun atau apa saja yang ada lah, kat dalam petiais kaknoor hanya timun je last sayur.  Boleh tambah sengkuang ke kangkung ke atau apa kegemaran sendiri.



Jom meratah jom!! agak-agak apa lah agaknya yang habis dulu dalam semua ni ya, kalau kaknoor memang nak ambik sotong tu dulu, fav sotong ni, tulah kolestrol sikitttttttttt tinggiii..




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.
Jom tengok order macaron hari ni dulu ya, siapa yang tinggal di Brunei Darussalam boleh lah kalau nak merasa "kemanisan" macaron ni, sekarang ni dah ada packaging baru, baikkk punya kan, didatangkan jauh jugak ni casing macaron ni, jadi harga pun up sikitlah, tapi harga macaron tetap harga lama dont worry. Kalau ada yang berminat boleh lah whatsapp kaknoor
8739160 for order ya..


So far ada 3 pack yang belum berpunya
2 pack  yang berisi 7 biji
1 pack yang berisi 6 biji


Jugak yang belum berpunya 5 pack yang berisi 8 biji yang comey ni 



Filling untuk yang purple tu coklat with whip cream
Yang pink tu filling fresh cream dan butterscotch


Yang ni dah berpunya 50 biji for birthday girl yang di order oleh seorang mama yang memenuhi permintaan anak nya yang ingin nak makan macaron masa birthday.  Semoga yang empunya berpuas hati lah dengan macaron ni.

Untuk adik-adik kaknoor nun di seberang lautan biarlah mata dulu kenyang ya..suatu hari siapa yang tersesat kat Brunei ni insya ALLAH kaknoor jamu kenyang-kenyang dengan macs ni.



SELAMAT petang semua nya..
Dah ada menu petang ni?? kebetulan pisang patah baru - baru ni, terus tebang dan buat goreng pisang, buat pengat dan macam-macam pisang lagi. Hari ni buat lepat pisang pulak, sayangkan daun pisang jugak tu maka nya jadi lah lepat pisang, terimakasih CIKMAT GEBU  kaknoor minta izin letakkan resepi di blog kaknoor ya, sebenarnya kaknoor hanya guna setengah je dari resepi asal sebab yang makan ni tak ramai berdua je pun, anak-anak memang tak suka sangat.



Kak noor hanya guna separuh je daripda resepi cikmat ni, sebab banyak sangat lah kalau 700 gm pisang kan.
 
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 700 gram pisang emas/ pisang kapas, buang kulitnya
  • 70 gram gula melaka, hiris halus
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa berkulit basah)
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong pada saiz yang sesuai
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang tadi bersama gula melaka, sedikit garam dan baking powder hingga halus. Masukkan kelapa dan gaul rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tepung habis. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan kukusan. Ambil sehelai daun pisang yang telah disiapkan awal tadi. Letak 2 camca besar adunan di tengah2 daun pisang dan ratakan. Bungkus seperti biasa anda membentuk lepat pisang. Buat hingga siap dan kukus atas air menggelegak selama 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Menghasilkan 16 - 18 biji kuih bergantung pada saiz. 

Sedap sangat pisang di buat lepat macam ni megundang selara jugak ni...
Jangan lupa mencuba tau mesti menjadi



Assalamualaikum dan selamat pagi.  Pernah tak adik-adik buat sambal atau air asam telur ni???
Ini ada lah salah satu fav family dulu-dulu, air asam ni selain telur boleh jugak kita letak isi ikan kembung yang telah di rebus atau ikan apa-apa lah, tapi isi ikan tu di perisi kecil dan gaul rata. Jom tengok resepi yang simple sangat ni...





Bahan nya
2 biji telur rebus
2 biji buah tomato di hiris
5 biji cilipadi hiris
2 biji cili besar hiris
3 biji limau kasturi di ambil jus dan di hiris kulit nya
1 biji bawang besar hiris
sedikit belacan dibakar
garam dan gula sedikit

Cara nya
Masukkan bahan hiris dalam sebuah bekas, tambahkan dengan belacan, air limau, garam, gula dan sedikit air suam,  Gaul rata. Dah cukup rasa masukkan telur rebus, boleh jugak di hancurkan telur, atau di letakkan separuh telur macam ni, terpulang kesukaan family masing-masing.
Sedap dimakan bersama nasi putih dan di tambah ikan masin atau ikan pekasam.

.


SELAMAT MENCUBA YA...
Idea untuk yang sibuk tapi nak yang sedap dan pedas hehe
5 minit dah siap ni. Telur jangan terlalu lama rebus tau dalam 5 minit sedappp.


Selamat petang untuk semua nya. Bagi yang berpuasa tak lama lagi kan nak berbuka puasa, disini magrib 6.30 petang.  45 minit lagi ni. Jom layan gambar curry puff giant ni, gara- gara lebihan pastri.





BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
sedikit jintan putih serbuk1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari dihiris/daun sup dihiris
Garam dan gula secukup rasa 


BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, jintan putih, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga kering air dan tutup api.



Sebenarnya kaknoor guna lebihan dari pastri puff kawan tu, ada order buat portugese egg tart baru ni, lebih tiga keping pastri ni, jadi kaknoor sambong 3 keping tu dan gelek kan bagi nipis, dan letak inti karipap yang kebetulan memang dah stanbye dalam frezer untuk karipap pusing.  Maka jadi lah curry puff besar ni.  Tapi terpulang lah pada adik-adik semua kalau nak buat yang kecil pun ok.  Lepas di gelek pastri ni bulatkan dengan gelas or cawan dan letakkan inti dan kelim macam biasa.  Yang best curry puff ni di bakar jadi nya tak lah berminyak sangat kan..




SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA ...


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni busy dan kebetulan internet sangat slow tak dapat nak online, yang berpuasa rasa nya tak lama lagi dah nak berbuka kan, jadi hari ni kaknoor nak show gambar ulaman sajalah supaya takde yang tergugat nanti. ULam sekitar rumah yang di ronda pagi tadi, banyak lagi sebenarnya tapi cukup lah setakat ini dulu ya, lain hari lagi kita tengok ulaman yang lain ok..


  Yang ni mesti dah kenal kan, pokok kadok, bukan kodok tau, dan bukan jugak pokok sireh, serupa sangat dengan sireh daun nya kan, di rebus buat ulam pun sodap, atau di masak lemak daun kayu campur kadok ni pun besttt.


 Ini kemangi merah, kaknoor ada dua jenis kemangi yang merah dan putih, masak lomak sedap letak kemangi ni tau!!


 Ini cili putih walaupun taklah segar sangat tapi banyak cili nya menjadi-jadi..


 Masih lagi cili putih ada lah dalam 5,6 pokok cili ni tak habis makan jugak ni


 Ini saki baki cili scotch bonnet yang benih nya dari UK dulu, masih ada yang berbuah, dah last ni buah nya besar lah pulak, macam capsicum, tapi pedas nya Ya Ampunn...


Untuk kurangkan pedas tu kaknoor buat jeruk je


Ada berani ke yang nak makan scotch bonnet ni??
Untuk bagi terlajak makan nasi makan lah cili ni pasti berselera..





SELAMAT tengahari untuk semua nya.
Menu lunch yang ala kampong sangat.
Dah boring lah menu ayam dan daging segala tu.
Sesekali kita pekena menu ni ada tak yang bekenan.
Macam biasa lah jamu mata je biar kenyang-kenyang ya hahaha...




Resepi Singgang/Pindang kat SINI ya, yang simple is the best kan, jom jamu selera pada yang suka menu kampong ni, hari ni gerenti kolestrol turun serta merta hahaa...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya, selamat berhari minggu dan bersantai bersama keluarga tersayang.  Hari cuti tak payah nak beratkan minda dan kerja macam-macam kan, rilekss lah setelah kerja yang non stop everyday kan, bagi surirumah lah kan, redho dan sabar insya ALLAH ada kemanisan di ujung nya.  

Semalam mencuba-cuba kuih tradisi ni yang pertama kali kaknoor buat, selama ni selalu dok try kuih moden je, sesekali teringin nak merasa kuih tradisi yang terjumpa kat blog AZIE, thanks Azie kaknoor kongsikan di blog kaknoor jugak ya..


Sebenarnya nak try loyang baru jugak tu, yang beli nun jauh disinun belum try, memang mudah pakai loyang ni tak payah letak minyak atau planta sebab ia nya silikon jadi memang tak melekat langsung, kat tengah tu sengaja di kosongkan supaya senang nak keluarkan kuih ni.




Kuih Talam Pandan
Cuba oleh: Azie Kitchen

Try oleh kaknoor

Bahan-bahan (15 org=2 loyang)

Lapisan Bawah Hijau (A)
1 1/2 cwn gula
2 1/4 cwn tepung beras
1/3 cwn tepung gandum
5 1/2 cwn air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 sb air kapur

Lapisan Atas Putih (B)
1/3 cwn tepung beras
3 cwn santan
4 sb tepung jagung
1 sk garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan A. Kacau hingga tak bergentel dan tapis. Masak sekejap dgn api sederhana, kacau. Cukup sehingga naik wap dan gula hancur.

Isikan dalam acuan yg telah disapu minyak. Kukus hingga masak dalam 15-20 minit bergantung kepada saiz bekas. Saya kukus hampir 1 jam lamanya.

Campur semua bahan B. Kacau. masak sekejap dengan api sederhana hingga naik wap.

Tuangkan atas lapisan hijau, dan kukus lagi hingga masak.
Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain, utk menghasilkan permukaan yg cantik & rata. Atau dilap tudung pengukus setiap 5 minit sekali.

Biar betul betul sejuk baru potong, jika boleh menggunakan pisau plastik. 

Nota:
Utk rujukan sendiri, kuih ini sangat sedap cuma lapisan atas perlu dibuat 2 adunan atau 1 1/2 adunan supaya nampak lebih seimbang ketebalan lapisannya.





Biasa lah first time buat kuih talam ni memang lah tak perfect sangat kan, Nampak tak lubang-lubang kat lapisan putih tu, tapi alhamdulillah sedap dan dah tak mimpi kuih talam atau tepung talam dah lepas ni...


Selamat petang semua nya.  Ada tak yang pernah makan benda kat bawah ni hahaaa, kalau kat Brunei benda ni memang selalu banyak berjual di tamu atau pasar pagi ke pasar malam lah lebihkurang macam tu, tapi biasanya pasar pagi lah.  Ada yang di goreng dan ada jugak di panggang.  Masa mula datang sini memang tak pernah makan, lama-lama dah  tak dapat nak tahan makan makan dan makan hahaa, tapi kaknoor masih sedar diri benda ni tak boleh makan banyak sangat banyak lomak, kolestrol tinggi tu kan...


Ada tak yang pernah makan ni??? Jom angkat tangan ramai-ramai...
Nak masak ni pun simple sangat, di bersihkan, di perap dengan lemon atau limau kasturi lama sikit bagi hilang bau yang tak menyenangkan tu, lepas tu perap dengan jintan putih, asam jawa, garam dan gula atau madu pun ok.  Lagi lama perap lagi baik.  Dah tu masukkan je dalam pemanggang ajaib atau apa saja kuali, jangan masuk minyak lagi tau, lepas benda ni dia akan kuar minyak nya sendiri bila lama-lama di panggang, dah agak garing boleh lah di angkat dan di cucuk dengan lidi.



Dalam rumah kaknoor semua orang suka, kalau nak tau kat Brunei ni bila musim dekat hariraya atau puasa memang susah nak cari benda ni, semua peniaga pasar malam angkut banyak-banyak untuk jualan diaorang.  Masa sekarang ni memang banyak lah di supermarket, ada yang kata masak percik pun sodappppp  tau...lepas ni boleh try percik montot pulak ya hahaha..


Assalamualalikum dan salam manis macam nutella untuk semua nya.
Semalam letak resepi ni kat Fb dan Pages ramai sangat sambutan, jadi nya hari ni letak kat blog lagi sekali, sebenarnya dalam blog memang dah ada lama, jadi hari ni kaknoor repost lagi sekali lah, resepi nya sama cuma gambar nye je di tukar, sebab kalau sekali shooting tu memang lebih dari 10 keping, jadi akak pilih yang belum di letak dalam blog lah, hahah kan nak mencari yang terbaik, terpaksa lah berkorban masa dan tenaga sikit.






BAHAN-BAHAN NYA
150 gm tepung gandum
25 gm gula icing
70 gm mentega sejuk
1 biji telur di pukul dulu
1/2 sudu esen vanilla
nutella secukupnya

CARA NYA
1.  Gaul tepung dan gula icing masukan mentega yang telur, kacau sehingga jadi seolah-olah macam serbuk roti.
2.  Tuangkan esen vanilla dan masukan telur sedikit demi sedikit, seeloknya telur di pukul dahulu.
3.  Gaul sehingga menjadi doh dan perapkan sekejab.
4.  Untuk membuat bentuknya, masukan sedikit-sedikit adunan dalam acuan mini muffin, tekankan dan buatlah sehingga habis adunan.
5. Bakar pada suhu 150'C  selama 25 minit kemudian sejukkan.
6. Masukan nutella dalam piping beg dan picitkan lah di dalam tart tadi.
7. Sedia untuk di hidangkan, atau jika suka sejuk boleh lah di masukkan dalam petiais selama 15 minit .
8. Memang sangat sedap tart ni sebab bila kita letak dalam acuan mini muffin tu, crust nya agak tebal jadi sangat sesuai dengan nutella yang agak banyak jadi balance lah.




Sebenarnya Fb kaknoor memang dah penuh, dah tak dapat add, tapi kekadang ada jugak yang unfriend, tak kisah lah tu, sebab dapat masuk kawan baru kan, tapi untuk cepat boleh lah ke pages kak noor dan sudi2kan lah LIKE  disana ya

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home