All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam ya, lately memang sibuk sangat sampai malam baru dapat mengupdate blog kesayangan ni, biasa lah hari ni memenuhi majlis perkahwinan belah tengahari nya, petang dah sibuk dengan urusan dapur pulak, itu lah kan biasa nya ada maid, dia yang uruskan semua nya, kaknoor dapat lah rileks sikit, ini dari A - Z semua nya kena buat sendiri, lagipun injin lama ni lambat lah sikit kerja kan hehe...
 

 Jom layan somtam ni, sedap meratah ni...
 
BAHAN NYA

1 biji betik muda  di potong memanjang

3 -4 urat kacang panjang di hiris kecil
secukupnya daun kemangi di hiris kecilsecukupnya daun selom dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan hiris kecil3  biji bawang putih ditumbuk
1/2 biji bawang besar di hiris di tumbuk
7 biji cili padi tumbuk
1/4 cawan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar 
1/4 cawan air limau  nipis/kasturi
2 sudu besar sos ikan
secukupnya garam dan gula
sedikit kacang goreng tumbuk

CARA NYA
1.   Tumbuk sekadar pecah-pecah betik yang di potong tadi.
2.   Masukkan sayuran dan yang lain kecuali kacang goreng dalam mangkok besar dan gaul rata.
3.   Somtam akan ada rasa manis, masin, masam dan pedas.
4.   Jadi tambah lah apa-apa yang kurang ikut kesesuaian family  sendiri.
5.   Bila hidangkan taburkan kacang goreng tumbuk untuk menambah rasa.

Kak Noor belanja dessert chocolate kisses ni untuk dipadankan dengan somtam yang pedas tu.
Resepi chocolate kisses tu kat SINI YA buat untuk hariraya nanti pun best ni mewah dengan kekacang.



Assalamualaikum dan salam manis untuk semua nya.
Sepanjang minggu ni paling sibuk dengan segala macam tempahan ni, tapi alhamdulillah semua nya dah sampai pada customer dengan feedback yang memuaskan hati, syukran!!
Masih ada tempahan untuk minggu depan lagi, nampaknya setiap minggu kaknoor kena jadi penghuni dapur lagi lah gamak nya.

 
 Ini ada lah tempahan 200 biji frozen karipap pusing dari my regular customer.
karipap ayam, daging dan sardin.
Baru ni ada lagi yang menempah karipap udang lah pulak, insya ALLAH karipap udang menunggu giliran.


 Ini dari customer yang lain yang minta di gorengkan karipap untuk majlis harijadi
Senangkan terus mamam je..


 Juga dari customer yang sama custardhorn ni..


 Lagi blueberry cheesetart


Red velvet brownies cheese versi cupcake dan versi biasa.
Alhamdulillah so far so good masih boleh handle sambil-sambil  menjaga cucunda IMan di rumah.



 ASSALAMUALAIKUM dan salam malam sabtu untuk semua nya.
Hari yang sangat bizi-bizi hari ni dari pagi sampai ke petang, sampai ke dah malam ni baru lah dapat luangkan masa bersenang-senang dan bersantai-santai, kalau time gini kan dapat crispy almond sebalang memang habis ni confemmm....
Tadi pagi ada seseorang adinda blogger ni yang yang pm kaknoor ni minta resepi crispy almond, dalam dok sibuk-sibuk nyiapkan kuih orang sempat lah jugak pm kan adinda tu..
Kalau siapa dapat teka adinda blogger tu kaknoor belanja crispy almond ni hahaa..




Bahan-bahannya

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci 
20 gm bijan ( putih + hitam )

Cara membuatnya.
1. Badam dan kuaci di panggang sekejab dalam oven pada suhu 160'C selama 5 - 10 minit
2. Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Sebenarnya boleh jugak kita bakar dalam loyang, tapi kak noor masukan dalam dulang muffin yang ada 12 lubang tu, sebab kurang rajin nak potong masa panas-panas tu ..
4. Bakarlah pada suhu 160'C selama 10 - 15 minit.
5. Dah siap florenta cookies ni sedapppp sangat



Pada yang tak tau tepung tu cemana rupa nya, ini lah dia, memang mahal lah tepung ni ikut kedai jugak harga nya antara Rm $25 - $30, ada jugak satu jenama lain yg murah tapi selalu habis stok dan rasa nya agak kureng sedap sikit.  Nak sedap lebih baik yang mahal tu, sebab tu lah orang jual mahal cookies ni bahan nya mahal kan, belum lagi masuk badam yang boleh tahan jugak mahal nya tu.. senang je takut mahal jom buat sendiri, dapat banyak dan terjamin kebersihan nya.



 Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua nya.
Pernah tengok tak sambal petai yang masih berkulit macam ni.
Masa dulu-dulu memang sambal petai macam ni lah yang sinonim dengan kaknoor. 
Tapi sekarang ni, ada jugak yang tak suka dengan kulit petai yang agak pahit sikit kan. Tapi kata orang yang pahit tu lah ubat kan, bagi kaknoor memang suka yang ada kulit lah.




 

Tak susah nak buat sambal ni

Yang wajib 2 papan petai dihiris dan direbus
3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan ikan bilis yg digoreng
4 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula


Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi, masukan cili kisar dan tumis sehingga wangi dan naik minyak, masukan air asam jawa, gula dan garam, kacau lagi biar mendidih, masukan petai dan ikan bilis.  Mudah dan senang je  sambal ni dan yang paling best sekali sedap dimakan.  Kalau ada nasi panas memang tak payah lauk lain, sambal tumis petai ni pun dah cukup.

Kalau ada yang tak suka petai berkulit, boleh jugak dimasak dengan tanpa kulit macam sambal sotong ni.
Pilihan sendiri lah ya, tapi dua-dua pun sedap dan tetap busyuk jugak dah nama nya petai kan...




Assalamualaikum dan selamat pagi, dan salam sejahtera untuk semua nya.
Hari ni resepi mudah lagi kaknoor nak kongsikan.
Akibat kentang yang dah tumbuh lagi ni, last - last buat pegedil baru habis di makan. 
Bahan nya mudah sangat jom tengok..




Bahan nya
8 biji kentang kupas cuci bersih dan goreng lalu tumbuk
200 gram isi ayam dikisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
sedikit cili merah hiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

Semua bahan - bahan diatas disatukan dan di bulatkan atau dileperkan, celupkan dengan telur, kemudian celup lagi sekali dengan breadcrumbs dan gorenglah sehingga masak, dihidangkan bersama sos fav masing - masing lah ya.



Selamat menjamu mata ya
Kalau tak tahan boleh lah try..
Tak susah pun sebenar nya.
Pegedil ni kalau dapat di cicah sos pedas memang marbeless sangat..


Assalamualaikum dan salam manis jugak selamat petang untuk semua nya.
Menu breakfast pagi tadi, dah lama teringin asal tengok waffle maker tu, nak buat lah kejab lagi.
Dok kejab lagi, kejab lagi sampai berbulan-bulan tak buat.
Hari ni kuatkan hati dan iman bancuh adunan waffle ni pepagi, dari malam dah standbye bahan supaya tak tertangguh lagi hahaha.
Ini lah hasil nya waffle green chocolate kaknoor hari ni, jom layan mata jom!!!

 


 
Bahan-bahan nya

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur( minyak biasa pun ok)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • topping nuttela ke peanut butter ke,kaya ke terpulang taste sendiri kaknoor guna green chocolate dtambah dengan almond slice dan chocolate warna warni
  • aiskrim, madu dan syrup apa2 pun boleh dimakan dengan waffle ni,selera ditangan sendiri ya
Cara membuatnya
  • Panaskan waffle maker
  • Pukul telur sehingga berbuih dan campurkan semua bahan2 lain dan kacaulah sehingga sebati
  • Tuangkan bancuhan waffle ke dalam waffle maker pastikan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak,sebab kalau sedikit tak nampak pattern,tapi kalau banyak mellimpah ruah susah pulak comot jadinya,jadinya ikut arahan ada waffle maker masing2 ya
  • Buatlah sehingga habis adunan dan hidangkan dengan toping kegemaran masing2 ya ..



Masih ada satu slice ni ada yang nak angkat tangan tau!! 
Jangan marah hah..
Memang sedap waffle ni kalau di makan time panas ranggup gitu, lagipun kaknoor memang sengaja hitamkan sikit di bawah tu supaya lebih terasa rangup bila di makan.




Assalamualaikum dan salam manis untuk semua.
Walau sibuk dengan macam-macam benda hari ni, alhamdulillah ada sedikit ruang untuk mengupdate blog kesayangan ni, nasi lemuni yang ala nasi lemak jugak, cuma warna nya saja agak kehitaman dek kerana daun lemuni tu. Rasa nya sedap dan sikit wangi daun lemuni tu.







Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.
4.    Hidangkan bersama sambal kegemaran, telur mata, timun dan lain-lain.
5. Disini kaknoor hidangkan dengan perut goreng dan ayam goreng.




Ini lah pokok lemuni pada yang tak tau macamana rupa nya.
Kebetulan ada rakan datang nak ambik daun ni, yang dipegang oleh rakan kaknoor tulah daun nya.
Pokoknya kalau tak di tebang memang tinggi giler ni.
Pada adik-adik blogger memang tak tau kot, hanya yang veteren saja yang suka nasi lemuni ni.

Assalamualaikum
Salam hari minggu untuk semua nya.
Hari ni cukup lah tempoh pembantu kaknoor di rumah selama 2 tahun 3 bulan.
Seorang pembantu yang sangat rajin dan tidak pernah curi tulang.  Selama 27bulan dirumah memang Suherni sangat jujur dan pandai cari kerja sekiranya dah takde apa nak buat.  Semoga Su bertemu jodoh yang baik jugak suatu hari nanti aamen.

Mulai hari ni memang semua tugasan terpaksa lah kaknoor yang bereskan sementara menunggu yang baru, entah bila akan sampai. Rasa nya nak masuk ofis maya ni masa nya terhad sangat. Ok lah sampai jumpa lagi di lain entry ya happy sunday lah ..


ASSALAMUALAIKUM 
Salam magrib dari Brunei Darussalam
Hari ni paling busy, macam-macam benda nak kena settle 
Esuk pembantu rumah dah nak pulang ke Indon
Rasa nya lepas ni memang makin sibuk lah dengan tugasan
Tak tau lah dapat masuk ofis maya ni ke tidak lagi.
Tunggu dan lihat saja nanti ya..
Hari ni kaknoor nak kongsi kek choklat tanpa telur yang di buat baru-baru ni.
Resepi nya pun mudah saja semua orang pun boleh buat.

Kak Noor buat versi castle tapi sayang nya di keluarkan dari acuan nya terpecah sikit, jadi nya castle nya dah senget sikit, biasa lah tak sabar nak tengok bentuk castle tu, sepatutnya kena tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan nya, tengoklah hasil-hasil yang telah di potong castle nya.







Super Moist Eggles Chocolate Cupcake
Resepi:DJ


Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sudu ecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (Rahel guna brand Tudor)Kak Noor punya takde brand pun
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dr pt ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco peminat coffee semestinya guna coffee emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau myk jagung atau mentega cair 
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara:
1.Panaskan oven pd suhu 160'C.Sediakan loyang kek.Griskan dengan
   mentega.(Rahel bakar versi cupcake).Kak Noor buat versi castle
2.Ayakkan tepung bersama bkg powder,soda bikarbonat & serbuk koko
   di dalam bekas besar.Masukkan tpg susu,garam dan gula perang.Kemudian
   kacau rata-rata.
3.Masukkan air sejuk,minyak masak,esen vanila dan coffe emulco/chocolate
   emulco.Kacau perlahan-lahan dg whisk.Pastikan adunan tidak berketul.
4.Akhir sekali,masukkan cuka atau jus lemon.Terus dikacau serta merta se
   hingga sebati.
5.Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6.Sejukkan kek setelah masak.Boleh jugak dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Pintu castle yang masih boleh diselamat kan



Lebihan coklat di salutkan pada strawberry memang sangat yummy
Boleh try pada yang ada pokok strawberry yang sedang berbuah sekarang ni haha..
Kat rumah tkde musim sekarnag ni hehee



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya.
Salam jumaat penghulu segala hari.
Semoga semuanya dalam sihat dan walafiat hendaknya 
Dan di bawah limpah dan rahmat ALLAH subha nahuwata'aala

Hari ni kaknoor nak  kongsi resepi sotong sumbat kentang, kalau ada yang teringin nak makan dan buat sendiri jom tengok resepi...




Bahannya
1/2 kilo sotong sederhana besar dibersihkan dan gaulkan sedikit garam dan kunyit.
3 biji kentang di rebus dan di lecek
sedikit bawang goreng
1/2 biji bawang besar dadu
mix vegetable frozen secukupnya
garam gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara nya
1. Tumiskan bawang besar sehingga wangi dan garing masukkan mix vege tadi.
2. Masaklah sehingga lembut sayuran nya.
3. Tambahkan dengan garam dan sedikit gula, tutup api.
4.  Bahan tumis tadi di gaulkan dengan kentang lenyek dan sedikit bawang goreng.
5.  Gaul rata, bila dah cukup rasa sumbatlah dalam sotong biar penuh.
6.  Cantumkan kepala sotong tadi dengan lidi.
7.  Panaskan pemanggang ajaib dan panggang lah sehingga masak.
8.  Sedia untuk di hidangkan bersama nasi atau di ratah begitu saja.



Ada dua ketoi yang udah berpotong ni sila lah jangan malu, kalau ada yang terhingin nak merasa, takut ada yang meleleh pulak kalau tak bagi rasa hehehe...



Selamat petang untuk semua nya.
Lately macam-macam sibuk dengan tugasan dan tempahan.
Baru ni ada yang menempah tart shell ni, alhamdulillah dengan ada nya mesin tart ni kerja lebih cepat dan pantas, tambahan kalau tempahan yang banyak memang berbaloii.
Kalau ada yang nak menempah tart shell ni boleh lah whatsapp terus ke kaknoor utk booking ya.
Biasa nya kaknoor buat pada yang menempah saja, lagipun kalau buat banyak dismpan lama-lama tak best jugak. Pada yang nak menempah boleh lah whatsapp kaknoor
8739160 whatsapp// msg  sahaja.





Alhamdulillah so far so good menggunakan mesin lebih cepat. Terimakasih pada SERI  yang memperkenalkan mesin ni pada kak noor ya.
Pada yang nak order mesin boleh lah terus bertanya pada Seri, tapi orang Brunei yang ingin tart shell boleh lah whatsapp kaknoor ok.

Macam-macam tart kita boleh olah bila dah ada tart shell ni, tart choklat, tart blueberry dan apa saja citarasa family dapat kita buat bila dah ada tart shell ni.



ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan sikit info wallahuaklam info ni akak menggoogle je
Tapi gambar tu memang real dari kaknoor tau hanya info khasiat nye saja akak google
Yang baik tu dari ALLAH 
Yang tak baik tu dari kesilapan kaknoor sendiri.

Biasa lah kita makan buah-buah tapi kita kurang tau apa khasiat nya kan, jom dapatkan sikit info di bawah ni, mudahan lepas ni kita sama-sama makan lagi cik limau bali ni..


 Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali [bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.

Antara khasiat anggur yang kaknoor cari :-


  1. Dapat mencegah penyakit jantung
Pada saat mengkonsumsi buah anggur merah, maka zat oksida nitrat yang ada di dalam darah akan meningkat sehingga dapat bermanfaat untuk mencegah pembekuan darah serta mencegah resiko terkena penyakit jantung. Selain itu, kandungan antioksidan di dalam buah anggur dapat menghentikan proses oksidasi kolesterol jahat sehingga dapat mengakibatkan tersumbatnya pembuluh darah.
  1. Dapat mencegah kanker payudara
Dengan mengkonsumsi buah anggur setiap hari, maka akan mencegah resiko terkena kanker payudara. Hal ini di sebabkan karena kandungan senyawa yang terkandung di dalam buah anggur merah sangat efektif dalam melawan dan menghancurkan sel kanker pada payudara.


Gambar anggur ni jugak ori dari kaknoor tau, sebab kat rumah ni memang selalu dan mesti ada buah, tapi sebenarnya kaknoor pun tak tau jugak khasiat nya, Bila dah ada idea nak letak buah ni, terus mencari apa khasiat nya, tak kan nak letak buah polos gitu saja kan, jadi sama-sama lah kita manafaat kan nya.

 ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi semua nya ya..
Dah boring masak merah-merah hari ni kita masak hijau pulak.
Disini semua nya kaknoor gunakan yang hijau-hijau belaka.
Resepinya mudah sangat..




 Bahan nya
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil disini kaknoor guna dada ayam je
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 batang serai *
  • 10 biji cili padi hijau *
  • 5 biji cili besar hijau *
  • 1 sudu ketumbar *
  • secukupnya daun ketumbar dan daun selasih *
  • secukupnya daun limau purut *
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Minyak untuk menumis
  • garam dan gula
  • tomato ceri dan bawang besar utk hiasan
Cara membuatnya
  • Kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga halus
  • Panaskan sedikit minyak dan masukan bahan kisar dan kacau sehingga layu dan wangi, biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukan ayam dan biarkan sebati dengan adunan rempah tadi,kalau perlu tambah sedikit air,bila ayam dah separuh masak masukan pati santan, asam keping,garam dan gula dan renihkan biarkan ia pecah minyak lagi sekali
  • Ikut kesukaan masing kalau mau berkuah boleh lah ditambah santan nya atau air pun ok jugak
  • Rasa lah masam masin dan manis nya dah puas hati boleh lah di angkat dan hidangkan bersama dengan nasi atau roti....


 Untuk ibu-ibu tu, masak apa agaknya hari ni ya..
Kalau belum ada menu boleh lah try ayam hijau ni
Ada lah kelainan sikit dengan rasa daun limau purut dan daun selasih tu..
Insya ALLAH mesti sedap ni..


 Salam magrib untuk semua nya .
Petang ni kaknoor nak kongsikan dessert yang sedap menepati citarasa kaknoor.
Buah strawberry yang di cari dah jumpa jadi memang nak buat macam-macam dengan strawberry ni kalau tak kena makan oleh anak-anak haha.
Salah satu nya ada lah fruit tart ni, mesti ramai yang teruja tengok kan, banyak kan bersabar ya hahaha..

Yang rajin tu boleh try resepi  ada dah kat bawah ni ya.



Kulit Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan 




RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani
Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 
  • *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.

Buahnya terpulang lah nak letak apa saja, pilihan di tangan sendiri. kaknoor memang suka strawberry ni jadi pilihan utama lah, deco pun terpulang lah, kebetulan ada lebihan macaron kat umah jadi kaknoor just letak saja biar dia berdiri megah kat celah blueberry tu, memang sedap sangat tart ni tak percaya!!!!!!!!!!!!
Kena buat sendiri lah ya..






 Assalamulaikum dan selamat petang untuk semua.
Apa menu minum petang hari ni ya.
Kak Noor merajinkan diri hari ni buat onde-onde ni fresh dari kuali tau.
Sebenarnya onde-onde anak-anak tak makan, hubby pun tak suka tapi dah teringin nak makan biarlah tukang masak makan sorang, dapat banyak makan haha, ada yang nak tumpang??
Cepat hulur tangan kak Noor nak kasi ni..

Resepi onde-onde kakNoor intai dari blog RINA DAPUR MANIS sebab adunan kulit nya ada kelainan sikit dari yang pernah kak Noor buat, untuk Rina ijin ya resep nya kak Noor letak di blog kakak, tapi kakak tukar bahasa sikit dan ada yang kakak tak masukkan.




Bahan Kulit
125 gm tepung pulut
25 gm tepung beras
50 gm gula putih
1/4 sudu kecil garam
100 ml air 
50 gm bijan putih
sedikit bijan hitam
Minyak untuk menggoreng. 


Bahan Inti
100 gm kacang hijau
125 gm kelapa parut
80 gm gula putih
1/4 sudu kecil garam 
Air secukupnya untuk merebus
Rebuslah sehingga lembut, campur semua bahan dan masak sehingga inti pekat.

Cara nya
1.  Untuk kulit campurkan tepung beras, tepung pulut dan garam, gaul rata.
2.  Panaskan air jangan sampai mendidih, campurkan kedalam tepung sedikit-sedikit.
3.  Gaul rata dan uli lah sehingga sebati.
4.  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil kalau timbang lebih cantik, hasilnya sama.
5.  Isikan lah dengan inti, tutupkan semula, gelekkan bijan putih dan hitam.
6.  Buatlah sehingga habis adunan.
7.  Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak, api yang kecil supaya onde-onde tak mudah meletup.
8. Dah kekuningan boleh lah diangkat dan hidangkan. 





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home