All About

Good Food


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya
Apa kabar agaknya adik-adik blogger semua nya ya
Semoga lepas hariraya ni kita semakin sihat ya
Macamana dengan openhouse semua??
Dah puas hati ke dengan openhouse masing-masing?
Kalau ada yang nak kelainan sikit cuba lah baking ice cream cupcakes ni, memang sedap dan sejukkk je masyuk, mesti ramai yang suka ni.

Ice cream cupcakes ni sebenarnya anak kaknoor yang buatkan sebab dah mama nya bizi dengan macam-macam nak masak jadi anak akak ambil alih untuk buat dessert lah, jadi diaorang terjumpa resepi cupcakes ice cream ni, jom semak resepi jom!!!




Ingredients
For the cupcake batter:
2 cups sugar
1 3/4 cups flour
3/4 cup cocoa powder
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda
1 tsp salt
2 eggs
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil
2 tsp vanilla extract
1 cup boiling water

Ice Cream:
Dreyers S'mores Ice Cream kaknoor guna aiskrim biasa je, jagung dan vanilla

Toppings:
Hot fudge topping
Marshmallows; toasted
Graham crackers;


Instructions
  1. Preheat oven to 350 degrees and fill cupcake pan with liners.
  2. In a large bowl stir together sugar, flour, cocoa, baking powder, baking soda, and salt. Add eggs, milk, oil, and vanilla and mix for 2 minutes. Slowly stir in boiling water.
  3. Pour one tablespoon of batter into cupcake pan.
  4. Bake for 10-12 minutes; cool completely.
  5. Top cupcakes with slightly melted ice cream; freeze for 2-3 hours or preferably overnight.
  6. When ready to serve top with toasted marshmallow, hot fudge sauce and crushed graham crackers. Enjoy!

Pada tak ramai pelanggan boleh lah buat separuh je resepi tu sebab bila jadi nya nanti memang banyak lah, tapi kalau untuk openhouse memang boleh lah mesti ramai yang dapat menikmati kesedapan kek ni ice cream ni, mesti cuba rugi tau!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik blogger semua nya.
Alhamdulillah hari ni ada sedikit ruang untuk mengupdate blog kesayangan ni.
Kerabu kaki ayam ada lah menu puasa baru ni tak sempat nak letak, jadi ini lah hari nya.
Kalau ada yang berpuasa sunat syawal boleh lah dijadikan menu berbuka petang nanti.
Memang sangat mudah, cuma nak mengopek isi kaki tu je agak lambat.
Tapi kalau dah tingin pasti boleh kan!!!!

Resepi ni kaknoor intai dari blog RESEPI CIKGU ANI dan kaknoor ubah sikit ikut selera family kaknoor, terimakasih utk Cikgu Ani di atas resepi nya.


 KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
 kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.
 Cara-caranya:


  1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
  2. Sejatkan kaki ayam.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidangkan.


Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedarp habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasa nya selagi bulan syawal belum habis memang sibuk manjanglah nampaknya.

Dah seminggu berhariraya masih ramai lagi kenkawan yang teringin nak kerumah, memang kaknoor berbesar hati pada yang sudi datang biarpun tuan rumah sedikit letih tapi dalam hati gumbira bila makanan yang kita masak laris oleh tetamu, ada kala nya tuan umah sampai tak sempat nak santap sebab melayan tetamu,  tapi so far so good puasa boleh tahan kan tak kan beberapa jam tak makan pun tak boleh tahan kan!!

Oklah kaknoor belanja beberapa keping gambar semalam yg sempat di ambil semasa awal pagi, bila dah tengahari keaadaan dah tak terkawal no more gambar lagi sebab busy melayan..


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang masih sudi berkunjung kesini. 
Apa kabar agak nya selepas raya ni ?? bagi kaknoor kat Brunei walaupun lepas raya sibuk nya tetap jugak macam tu, ingatkan lepas raya dah berkurang sikit, tapi disebabkan ramai yang nak berkunjung kerumah terpaksa kaknoor sibuk kan diri di dapur menyediakan apa yang patut, first day raya dah buat openhouse sampai ke malam jugak lah tetamu yang datang, insya ALLAH esuk hari jumaat lagi sekali disebabkan ramai lagi yg tak sempat datang masa 1st day tu, jadi kalau ada yang sudi nak singgah umah kaknoor kecil tapak tangan satu padang bola kat Brunei ni kaknoor tadahkan. Tak cukup makanan kita makan je apa yang ada hahaha asalkan ukhwah berpanjangan.



Ini adalah salah satu menu raya baru ni, resepi nya boleh sekodeng di SINI sebab sebelum ni dah kaknoor letakkan ya, boleh cek kalau ada yang teringin nak buat. 



 Ini jugak antara kek roll dan lapis yang sangat famous disini, dan yang palingggggggggg tersangat laris adalah roll tapak kuda macam yang kat bawah ni, roll tapak kuda tak boleh nak join dengan yang lain sebab cepat laris, jadi nya cepat kosong kalau diletakkan bersama yang lain, so kena letak asing-asing supaya kalau dah habis angkat je tray nya hahhaa...


Ini lah roll tapak kuda yang sangat famous tu, kalau ada yang sudi nak mencuba disini kaknoor letakkan resepi nya ya
Memang sedap sangat roll ni, setiap rumah di Brunei rasa nya memang wajib ada ni, macam ketupat lah wajib ada di pagi raya, begitu lah jugak dengan roll ni, boleh cuba pada yang belum pernah rasa mesti nak berkali-kali ni..

 

Assalamualaikum
Salam sejahtera untuk semua nya
Baru bekesempatan mengupdate blog
Ini pun sekadar belanja gambar raya je
Sebenarnya kat Brunei raya hari sabtu
Lewat sehari dari Malaysia
Kat sini cukupkan 30 hari berpuasa
Sebab tak nampak anak bulan
Jadi nya kami rakyat jelata ni
Terpaksa menurut perintah

Jom kaknoor nak belanja sedikit gambar raya kat Brunei ni, insya Allah bila ada waktu lagi kita kongsi lagi gambar lain ya.

Macamana suasana raya di Malaysia or Indonesia masa ni, kat Brunei masih meriah sebab raya disini memang disambut sehingga sebulan, kena pandai cari waktu utk berpuasa sunat lah kan...


Assalamualaikum dan selamat berpuasa yang masih di penghujung ramadhan.
Dikesempatan ini kaknoor ingin mengucapkan selamat berhariraya pada semua adik-adik
Blogger yang selalu singgah disini, atau pada silent reader yang tak jemu-jemu kesini.
Pada akhir-akhir ini memang kaknoor langsung tiada masa untuk ber BW ke blog adik-adik semua
Insya ALLAH maybe lepas raya nanti mungkin ada sedikit kelapangan, Insya ALLAH kaknoor 
Akan menziarahi kalian ya.

Ribuan ampun dan maaf dari kaknoor jika ada salah dan silap semasa menulis ni
Biasa lah kan tangan tak bermata pandai tulissss saja, lagipun kita sebagai insan biasa
Memang tak terlepas dari salah dan silap, jadi sempena bulan yang mulia ini sama-sama lah
Kita bermaafan, jangan simpan di hati tau segala kata-kata kaknoor yang tersinggung ke!! atau 
Ter macam-macam tu..
Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang sebaliknya dari kelalaian kaknoor sendiri.

 

Selamat pulang kekampong pada yang pulang kekampong tu, tahun ni kaknoor beraya kat Brunei je, sebab anak-anak dari UK pun dah balik berkumpul kat sini, jadi memang Brunei lah saja nampak nya.
Hati-hati di jalan raya ya pada yang driving tu.

Untuk warga Brunei boleh lah singgah kat umah kaknoor jika berkesempatan
Biasa nya hariraya pertama kat umah kaknoor memang ada lah sikit openhouse jadi sudi2kan lah datang pada yang dekat tu...

Assalamualaikum adinda-adinda semua
Bulan puasa dah sampai ke penghujung, memang hari-hari sibuk je dengan macam-macam kerja yg tak pernah habisnya.
Memenuhi permintaan anak-anak dapam penyediaan menu berbuka baru ni, ada yg nak pulut inti serunding macam ni lepas tu di bungkus lagi roti jala, bukan apa budak-budak tengok kat tv masterchef Australia, Poh tu buat macam ni jadi nya cepat2 suruh mama buat, resepi nya kena cari sendiri lah ya, ni cuma idea je boleh jugak utk hidangan hariraya nanti kan..

Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya sampai dipenghujung projek seminggu membuat kueh raya,  pada kawan-kawan yang pm bertanya kueh tu, ini sahaja yg sempat kaknoor buat, boleh lah pilih mana yg suka first come first serve!! limited sikit tahun ni sebab pembantu dah takde!

Yang jauh tu hanya pandang-pandang
Jangan pegang pegang ya haha..


Assalamualaikum dan selamat malam.
Alahai tenggelam timbul kaknoor lately kan, tersangat lah sibuknya.
Hari-hari memang tingin sangat nak update blog tapi kekangan masa yg melampau.
Terpaksa lah akur mesti bereskan  yang wajib dan sunat dulu.
Insya ALLAH kalau ada waktu pasti kaknoor akan update blog.
Malam ni nak kongsikan resepi menarik yang selalu nya kita guna pastri, tapi kaknoor guna epal hijau yang ori, memang ada kelainan rasa nya lebih lembut, tak percaya mesti cuba sendiri.

 


Bahan filling:
6 biji epal dibuang kulit dan dipotong dadu
100 gm gula pasir atau gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar butter
2 sudu besar perahan lemon
2 sudu besar tepung gandum
Cara nya
Epal hijau dan gula pasir dimasak dalam periuk.
Kacau dengan senduk,  masukkan serbuk kayu manis, butter dan perahan lemon.
Kacau hingga air yang keluar dari epal tu kering sikit, masukkan tepung gandum untuk memekatkannya
 
Disini kak noor guna apple hijau utk kulit nya, di potong bahagian atas, korek keluarkan isi nya, kemudian isi nya di hiris untuk jadikan filling di dalam apple tu. Untuk bahagian atas baru lah kaknoor guna puff pastri yang di gelek nipis dan di anyam ikut kreativiti sendiri.
 
 
Untuk menarik perhatian tetamu masa raya nanti boleh lah try epal pie ni, mesti ramai yang salute pada yang rajin macam ni kan hehee, kaknoor pun macam nak buat lagi jugak ni..


Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua nya.
Hari ni aktiviti di dapur beres cepat sikit dari biasa dapatlah mengupdate blog.
Lately memang terlalu busy almaklum bulan puasa banyak benda nak kena fikirkan.
Tak payah lah berceloteh panjang kan jom terus ke main topik resepi hari ni yang kaknoor nak kongsi.
Satay Haji Samuri sesekali buat sendiri satay memang best boleh letak apa saja fav kita kan.



Kalau untuk family yang sedikit boleh kurangkan bahan nya tu..

 1 ekor ayam 2kg  (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Untuk kuah Sate Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa


Cara buat sate/satay Samuri

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri
2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit


Cara membuat kuah Sate Samuri

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala


Pada yang rajin sikit boleh lah buat banyak-banyak untuk hariraya nanti tak payah dok beli beli saja, untuk hidangan tetamu biarlah hasil ttitik peluh tuan rumah kan hahaa..
Tapi memang sedap satay ni, akak ada tambah sikit cili dalam perapan satay bagi kick sikit rasa nya.
Tapi kalau nak ikut resepi asal pun ok je memang dah sedap.


Assalamualaikum dan selamat malam semua nya. 
Semasa kaknoor mengupdate blog ni, baru je selesai solat teraweh, tpi dirumah saja sebab dah ada dua orang Imam tu jadi jadi malas dah nak ke masjid,  lagipun kalau Imam dalam rumah taklah kelamkabut sangat untuk kemasjidkan...

Sebenarnya semalam 14 ramadhan kaknoor dah selesai khatam Al-Quran 30 juz Alhamdulillah yg bermula dari hari ke2 ramadhan, hari pertama kaknoor menghabiskan bacaan Quran yg lama yg tinggal di penghujung juz.

Alhamdulillah dah selesai khatam lepas ni bolehlah buat projek kueh lagi disamping mengulang semula bacaan Quran, mana tau dapat khatam lagi sekali penghujung ramadhan nanti Insya Allah..

Sampai jumpa lagi esuk lusa jika ada kelapangan ya..


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua nya yang kaknoor rindui..
Dah seminggu blog ni sepi kan, memang tak dapat nak kejar semua dalam hidup kita..
Kalau kita tumpukan pada ukhrawi kita akan tinggalkan duniawi..
Tapi dalam hati sangat merindui kalian yang selalu datang mengomen disini.

Pertama nya ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada Deanna yang susah-susah menghantar souviner ni untuk kaknoor, wlaaupun dah terkeluar dari Malaysia masih lagi Deanna nak antar untuk 
Top 20 Pengomen Feb - Mei
Sebenarnya souviner ni dah sampai minggu lepas tak sempat nak update blog..
ALHAMDULILLAH hari ni ALLAH bagi kesempatan tqvm sekali lagi untuk 
Deanna Morni yang baik hati, walaupun kaknoor semenjak dua menjak ni dah jarang sangat berjalan kesana sini kesibukan tegar lah konon nya kanaaaa....



Ini lah antara souviner yang di kirimkan oleh adinda Deanna tu, Insya ALLAH akan di manafaat kan sebagai tanda persahabatan kita di alam maya ni, insya ALLAH kalau ada rezeki kita berjumpa di alam nyata pulak kan..


Siapa yang belum kenal Deanna jom terjah blog Deanna dan follow si cantik manis ni, dan rajin-rajin lah mengomen ya mana tau giliran adik-adik blogger pulak utk top pengomen bulan-bulan akan datang heheee betul tak Deanna??

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home