All About

Good Food

Assalamualaikum dan salam hari minggu.
Hari ni hari cuti selamat  bersantai dan rileks untuk semua yg sudi singgah nlog kaknoor.

Biasa lah walaupun hari cuti kerja tak pernah habis, surirumah mesti pandai curi masa untuk santai jugak kan!!

Sedang bersantai-santai pagi tadi ternampak disney donut ni untuk idea pada yang suka donut, untuk resepi nya boleh ke pinterest taip saja disney donut mesti keluar yg macam ni best jugak ni untuk birthday anak-anak yg sedang membesar. Untuk yg dah besar pun ok je jangan takut nak makan hehe.

Ok selamat makan tengahari ya.
Disini Alhamdulillah dah selamat semuanya.

Assalamualaikum dan sejahtera utk semuanya.

Cerita semalam semasa melayan cucunda Iman dirumah, dah pandai merajuk dan memprotes bila disuruh menyusu.

Walaupun umur baru nak masuk 2 tahun tak lama lagi, tapi akal nya dah panjang ni, biasa lah tu kan budak-budak zaman sekarang ni, internet pun dah pandai buka sendiri, bila time nak makan Iman akan buka youtube kartun dalam handset. Dua tiga kali tengok kita buat laju je otak dia menangkap. Sekarang ni dia pandai operasi handset tokwan dan maktok asyik buka kartun manjang..

Dah akhirnya merajuk pun pandai jugak ni, esuk-esuk tak tau apa lagi benda dibuat oleh Iman ni, sama2 kita tunggu ok hahaha.

Sorryyy ya hari ni dapur tutup hehe..



Assalamualaikum dan selamat hari minggu semua nya.
Hari ni resepi lopes lagi yang kaknoo nak kongsi kan
Kali ni dengan garden lopes iaitu dengan menggunakan bentuk bunga, love dan cendawan.
Boleh jugak guna bentuk apa pun janji happy je tak kisah kan

 




Bahan nya

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan kisar
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • air gula


  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air

  • Cara nya



    1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit
    2. Untuk garden lopes ni kaknoor hanya ambil acuan kecil-kecil untuk terap kuih tu hanya masukkan pulut dalam acuan tekan-tekan dan letakkan dalam pinggan.  Buatlah sehingga habis pulut mengikut acuan kegemaran supaya mudah kita makan tak payah potong cuma ambil masa sikit lah.  Kemudian taburkan dengan kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
       
       



    Jom menikmati garden lopes ni sedap mata memandang enak di santap percaya lah
    Manis dan menawan kalbu u all...



    Assalamualaikum dan selamat petang semua nya.
    Menu apa agaknya petang ni ya.
    Apa kata kita berchurros pulak hari ni, churros panas di salut coklat memang sedap sangat, tak sedar beberapa batang habis ni, resepi nya mudah sangat, kalau ada yang belum pernah buat churros ni resepi nya lebih kurang sama dengan cream puff jugak. Cuma cream di letakkan cream atau kastad di tengah tapi churros di cicah coklat atau gula saja, selera masing-masing terpulang nak pilih yang mana ok..





    Bahan-bahan nya

    • 1 cawan air
    • 100 gm mentega
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 biji telur
    • minyak untuk menggoreng
    • secukupnya gula kastor
    • sedikit serbuk kayu manis
    • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
    Cara membuatnya
    • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega,biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
    • Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
    • Bila dah betul2 sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
    • Panaskan minyak, masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang.
    • Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan, angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.



    Ada yang terpikat tak dengan coklat yang hitam pekat ni hahaha
    Sebenarnya churros ni ada lah permintaan dari anakanda kaknoor, dah lama dia teringin nak makan, sejak balik bercuti dari UK belum lagi sempat kaknoor buat churros dah berhari-hari minta, asyik buat yang orang punya je kan, kesian anak mama, alhamdulillah dah sampai hajat nak makan churros yang lazat dan ranggup ni, kalau adik-adik nak merasa boleh lah try resepi kaknoor ni ok.



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya ya.
    Semoga adik-adik sihat walafiat di samping tugasan apa saja .
    Pagi ni kaknoor nak tayangkan gambar apam yang sangat lembut ni, warna pun memang original dari bunga telah yang biru tu, memang kaknoor takde campur pewarna lain dalam apam ni memang selamat lah takde masuk bahan kimia hehee jom semak resepi yuk..




    Bahan nya
    1 cawan nasi sejuk kaknoor guna lebihan nasi kerabu biru
    3/4 cawan gula pasir
    1 1/4 cawan air
    1 cawan tepung beras
    1 cawan tepung gandum
    1 camca teh instant yeast
    Kelapa parut putih dan secubit garam yang digaul rata
    Untuk resepi ni kaknoor gantikan 1 1/4 cawan air tu dengan air bunga telang yang telah diramas sebanyak 20 kuntum bunga tau, tengok lah warna nya yang lembut tu macam warna lavender je kan hehe
    Angkat bakul la pulak ni.. Begitu jugak dengan nasi sebab lebihan dari nasi kerabu maka timbul lah idea nak buat apam nasi bunga telang ni...
      Cara nya

    Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast.
    Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air bunga telang dan gula pasir hingga halus.
    Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin.
     Perap 3 jam.
    Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam.
    Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
    Kukus dengan api kuat selama 15 ke 20 minit
    Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut putih.
    Memang lembut sangat apam ni, anak-anak suka makan, mama suka buat lah. Sebenarnya apam ni tetap lembut walaupun dah lama di luar tau, tapi jangan lah sampai letak di luar rumah kat panas-panas tu pulak, itu memang lah silap2 ada lagi orang lain yang tumpang makan hahaha...




    Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua yang sudi singgah ke blog kaknoor, samaada yang sudi meninggalkan komen atau sekadar lalu di tepian jalan atau sekadar silent reader, tak kisah lah tu kan.
    Hari ni kaknoor nak kongsikan gambar-gambar macaron tempahan dari customer untuk tatapan semua nya.
    Kalau ada yang di Brunei ni  yang teringin nak menempah boleh lah whatsapp kaknoor atau pm kaknoor di FB :  Nooriah Dan Naim
    Whatsapp  :  + 673 8739160

    Tapi untuk yang nak baking sendiri boleh lah rujuk resepi
    DISINI ya, biasa lah kalau pertama kali buat memang lah agak kurang menjadi, tapi lama-lama bila kita dah faham teknik nya Insya ALLAH takde masaalah.






    Alhamdulillah so far so good tempahan macaron memang menjadi-jadi..
    Kalau ada yang nak tau macaron ni memang manis sangat, sebab memang dah itu resepinya kan, kalau kita cuba kurangkan gula alamat tak menjadi lah jawabnya. Lepas makan macaron minum air mineral banyak-banyak Insya ALLAH balance lah kan..


    Alhamdulillah hari ni genap 30 tahun usia perkahwinan kaknoor, terimakasih pada Allah yg telah meminjamkan seorang hubby yang sangat setia dalam melayan kerenah seorang isteri dari dulu masa muda belia sehingga kini walaupun belum kerepot sangat tapi rasa nya tak pernah berkurang kasih sayang yang diberi kan.

    Walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga sendiri nun jauh di Kedah, dan berhijrah ke Brunei tapi tidak terasa janggal dan rindu-rinduan diatas layanan baik yg diterima syukur pada Allah diatas kurniaan ini.

    Semoga Allah manjangkan jodoh kita sehingga ke jannah ameen ya robbal alamin..

    Syukur kepada Allah sekarang dah tak sunyi rumah sebab dah ditemani cucunda tersayang yg selalu dok buat kecoh didapur...



    Assalamualaikum dan selamat petang.
    Ini ceritera semalam ada sedikit majlis orang tua-tua punya rundingan.
    Mesti dah dapat agak majlis apa kan heee
    Kaknoor belanja gambar aje ok.
    Cara orang Brunei mula-mula nak mendirikan masjid.
     

    Sekarang dah tak pakai kertas yang empunya nama semua nya dah di setkan dalam hand set 
    canggih sungguh la sekarang ni kan, bukan macam zaman kaknoor dolu-dolu.
     

    Para ibu-ibu yang sangat anggun 3 adik beradik dan 2 iparduai
     

    Barisan tulang belakang didapur ni..

     
      
    Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan doa selamat dibaca oleh bapa IMan..



    Dua orang yang sangat sibuk melayan orang semalam ini lah, yang baju biru, baju putih dan oren tu..
    hahaha..
     

    Sedikit cenderahati seada nya saja dari tuan rumah
     

    Malu kalau tak sedap makanan tu kan, adusss sabo je

     

    Alhamdulillah ini lah antara yang paling awal dan yg paling setia menjadi camerawoman semalam, sedang menjamu selera se ada nya saja.

    Assalamualaikum dan salam sabtu utk semua masih sudi singgah di blog kak noor.

    Alhamdulillah hari ni kaknoor nak kongsikan satu lagi resepi yang terdapat dalam buku resipi blogger kaknoor iaitu spaghetti aglio olio, sebenarnya kita boleh saja letak apa saja pasta utk aglio olio ni, seafood ke atau sayur saja pun ok jugak, sebab selera ditangan sendiri, pendekata apa yg ada didapur masing2 lah ya, resepi kaknoor memang mudah dan cepat disediakan , jom semak resepi dulu!!

    Assalamualaikum dan selamat malam semuanya.

    Petang ni nak cerita pasal karipap pusing kaknoor, semalam letak resepi ulangan ni kat Pages Dapur Kak Noor, tak sangka sambutan yg luarbiasa daripada sahabat di luar sana dan bertambahlah LIKE kat dapur tu daripada asalnya 6000 ++ sehingga masa kini dah hampir 8000 LIKES, satu kejutan jugak tu tak semena2 pasal karipap pusing meletop lah pulak dapur tu nasib tak terbako je kan, bilangan komen jugak aduh sampai tak larat nak jawah itu ini, jadi pada siapa yg sudi boleh lah ke pages Dapur Kak Noor yang cuba tengok apa yg ada kat sana.

    Disini kaknoor letak lagi sekali resepi karipap pusing tu pada yg teringin nak mencuba sendiri daripada dok beli je sesekali try lah ya resepi ni insya Allah menjadi ramai yg dah cuba dan berpuas hati.

    Selamat jamu mata dengan karipap pusing kaknoor ya jangan jeles haha...perasan lah pulak maktok ni kan..



    Assalamualaikum dan selamat malam semua nya.
    Malam ni nak tayang sambal bambangan ni je untuk kalian adik-adik blogger.
    Buah ni rasa nya ada kat Borneo je kot, kalau ada yang merasa boleh lah datang Brunei hehe
    Atau datang lah Sabah ke Sarawak memang banyak buah bambangan ni sekarang sedang bermusim.

    Memang sedap di buat sambal di cicah dengan segala ulam atau begitu saja meratah pun ok, kalau ada sambal ni memang makan nasik terlajak laris ni..

     


    Bahan nya
    1 biji buah bambangan dihirs
    5 biji cili padi
    3 biji cili besar
    1 sudu kecil belacan bakar
    1 sudu besar air asam jawa
    garam dan gula secukup rasa

    Cara nya
    1. Cara kaknoor untuk cepat masukkan je semua cilipadi, besar dan sedikit bambangan.
    2. Tambahkan dengan air asam dan belacan bakar, kemudian blender je kejab.
    3. Masukkan sedikit garam dan gula dan gaul rata, pastikan jangan terlalu hancur ya.
    4. Tambahkan dengan hirisan bambangan dalam sambal, dah siap boleh di makan bersama dengan nasi panas dan ulaman kegemaran.
    5. Dalam gambar tu ada ulam peria yg di hiris, ulam kadok di celur, pucuk bebuas di celur, kantan muda di belah dan apa saja kegemaran.

    Ini lah gambar bambangan ikhsan dari google untuk yang tak tau macamana rupa bambangan tu.
    Rasa nya masam-masam manis memang sedap di buat sambal.


    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
    Baru berkesempatan bersihkan halaman rumah lepas raya ni.
    Bulan puasa dulu sebelum nak raya biasa lah kan mesti bersihkan jugak.
    Nampak bunga-bunga berkembang yang hampir tidak di pedulikan oleh tuan umah.
    Kesian bunga melur tu yang sekuntum macam merajuk je tak mau berbunga kan..




    Bunga telang pulak walaupun tak di pedulikan masih jugak mampu bertahan berbunga sepanjang masa, sampai kekadang ada kenkawan yang datang ambil utk masak nasik kerabu, alhamdulillah dapat jugak sedekah utk yang pandai menggunakan nya, walaupun sekadar bunga telang je kan...



    Ni mesti semua dah tau kan bunga ulam raja, bukan saja untuk raja -raja je tau ulam ni, untuk rakyat jelata jugak ni boleh makan kan hahaha...



    Ni pulak bunga pokok sawi yang agak pahit daun nya, tapi bunga nya cantik dan comel sebab itulah jadi sasaran camera kak noor..



    Sayur kailan yang dah beberapa kali petik, tapi masih lagi boleh mengeluarkan pucuk - pucuk baru, alhamdulillah terimkasih jugak pada rakan fb yang sudi hantar benih ni pada kak noor.



    Cili Thailand kalau takda pokok cili memang tak sah, selain dari cili putih tu akak jugak suka tanam cili ni, kekadang bila kehabisan cili boleh petik cili kat luar rumah..



    Ini lah satu pokok yang agak musykil dah lama kaknoor tanam, sampai dah tak ingat apa sebenarnya khasiat dan kegunaan nya, memang cantik dengan bunga nya berjuntai 2 tu, cuma nya tak ingat je nak buat apa dengan pokok ni hahaa haru sungguh kan, nak buang sayang, kot2 kegunaan nya hebat susah pulak nak cari nanti.



    Kak berharap sangat kalau ada adik-adik blogger atau silent reader kaknoor yang tau apa khasiat pokok ni dan nama nya sekali boleh kongsi ok,
    Hajah Denah kaknoor tau kita selalu baca blog kaknoor kan, tau tak apa nama pokok ni?
    Yang lain jugak kalau tau boleh lah cerita sedikit sebanyak apa nama dan khasiat ok, kalau tak memang nak kena tebang jugak lah ni..


    Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home